BAB 15

13 3 0
                                    

"kenapa?"

Kamelia dan Aidyn mengeras di tempat masing-masing. Semuanya bagai beku. Aku tak faham akan gerak geri itu.

"Dengar tak?" Soal Aidyn. Kening sebelahku terangkat.

"Hanni, Kameel." Kamelia menunjuk-nunjuk jarinya ke arah pintu bilik yang ditempati Kameel.

Tanpa berfikir panjang, aku terus melangkah laju mendekati pintu tersebut diiringi Aidyn dan Kamelia sekali.

Daun pintu dipulas hingga pintu terkuak. Saat sahaja mata lurus ke depan. Dapat dilihat sosok Kameel yang sedang memberontak sambil menjerit.

"Kamelia! Panggil doktor!" Suara Aidyn penuh kerisauan dan ketakutan. Tentu terkejut melihat keadaan Kameel sekarang ini.

Dia menghampiri Kameel dan sambil menepuk-nepuk lengannya. Aku yang berada di sebelah lainnya cuba menyedarkan Kameel dengan menyebut namanya berulang kali. Tetap tidak berubah. Dia menjerit seolah dalam ketakutan. Gugur lagi hatiku dibuatnya.

"Ummi! Ummi!" Panggilan itu diseru beberapa kali.

Aidyn menggoncang tubuhnya, menjerit namanya, menepuk-nepuk pipinya. Tidak! Kesedaran Kameel masih belum datang.

Bunyi pintu terbuka. Terpapar seorang wanita berpakaian serba putih. Aku tahu itu doktor. Terus mengekalkan jarak antara aku dengan katil.

Muka diraup. Hati berdebar
Air mata boleh saja luluh. Tangan menggeletar. Aku tak kuat dan tak sanggup melihat keadaannya begini.

Aku tak mampu menahan mata membiarkan ia melihat pandangan ini. Pandangan yang membuat separuh hatiku sakit. Sakit yang tidak diketahui kenapa ia amat sakit. Sakit yang perih. Pandangan yang membuat diri ini lemah. Membuat diri ini tak berdaya. Membuat diri ini tak mampu berdiri utuh. Dan aku tak mahu diri ini lemah sedangkan aku harus kuat dihadapannya.

Terus aku melangkah keluar dari bilik itu. Dada tercungap-cungap.

Kamelia yang entah dari mana muncul pantas memelukku. Dia tahu sahabatnya ini sakit. Dia faham perasaan aku.

Ya Allah, kenapa ia amat sakit?

----

Kopi panas di atas meja hanya menjadi tenungan mata. Dagu ditongkat dengan lemah. Jiwa terasa kacau dan hati terasa kosong. Adakah ini semua salahku?

Tidak berhenti menyoal diri sendiri. Menyalahkan segala masalah ini terhadap diriku. Betullah...aku yang mendatangkan beban.

Dua hari sudah berlalu. Aku rehatkan fikiran seketika begitu juga Kamelia. Hendak redakan kebisingan yang bermain di dalam kepala.

"Hanni?" Suara Kamelia muncul dari arah belakang. Aku pantas pusingkan kepala ke arahnya dengan sedikit senyuman di bibir.

"Ya?"

"Kau buat apa tengah malam ni? Minum kopi?!" Mata Kamelia semakin membulat, jelas kelihatan terkejut ketika secawan kopi terlihat di hadapan aku.

"Aku...aku... tak boleh tidur." Kopi itu ditenung kembali. Kamelia yang tahu akan suasana tegang itu, menggosok perlahan belakangku.

"Nanti kita kena bersiap pergi kampus dah. Kau patut berehat, Hanni. Tengok, dah macam panda mata kau." Kamelia membuat jenaka. Aku hanya memberi senyuman kecil.

Terdengar keluhan berat darinya.

"Kau ada apa-apa nak bagitahu?" Dia seekan tahu keadaan aku, kerusi ditarik lalu didudukinya bersebelahan aku.

"Aku tak tahu Kamelia, aku rasa... kosong." Luahku tanpa bertemu mata dengannya.

"Aku ni hanya bawa bala pada orang selalu."

Love From Mr. PerfectTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon