BAB 11

8 3 8
                                    

Aku makin gelisah pula bila Aidyn masih mendiamkan diri. Tiba-tiba saja dia berhenti dari menyambung ayatnya. Buat aku makin tertanya apa permintaan dia untuk aku.

Buku rujukan memasak? Itu pun buat aku pelik. Maksud Aidyn buku aku yang pernah Kameel terambil ke apa? Tapi jauh naluri aku kata begitu.

"Maaflah kalau permintaan saya ni jauh dari apa yang saya sampaikan tadi." Ujarnya. Aku makin penasaran.

"Sudikah cik Hanni bekerja dengan saya?"

Deng! Apa? Bekerja? Dengan dia? Jadi inilah permintaannya. Cerita tadi itu untuk apa? Tak ada mengena langsung dengan permintaannya.

Aku garu hidung seketika.

"Bekerja macam mana tu ye?" Kenapa aku? Dan kenapa secara tiba-tiba? Disebabkan Kameel kenal aku ataupun pekerjaan itu berkait dengan Kameel?

Ya lah, dari tadi dia hanya bercakap tentang kisah Kameel lalu tiba-tiba ajak aku bekerja. Baru bangun mimpi ke apa mamat ni.

"Saya nak awak jadi guru masakan untuk Kameel." Aku kerut kening. Apa benda mamat ni cakap?

"What do you mean?" Aku makin keliru. Dia punyalah cerita seluruh hidup Kameel padaku dan dia hanya nak aku bekerja sebagai guru masakan pula.

"Ha,ah Aidyn. Saya pun tak faham apa maksud awak ni." Kamelia menyampuk. Kini kami berdua memandang Aidyn dengan wajah tanda tanya.

"Since Kameel was interested in the cooking reference book, he started learning to cook but failed. And because Kameel already knows you, I think he is very interested in you teaching cook plus you're a culinary student." Katanya menjelaskan.

What the hell?

Aku makin kerut dahi memandang Aidyn. Dia nak aku jadi guru masakan Kameel dan salah satu sebabnya Kameel kenal aku dan aku pelajar culinary.

"Just because I'm a culinary student and Kameel knows me, doesn't mean I'm good at teaching people to cook." Balasku. Alasan Aidyn amat tidak logik untuk aku setuju bekerja dengan dia.

"I can give you anything you need." Ujarnya dengan wajah yang yakin.

Tangan Kamelia di bawah tiba-tiba tepuk peha aku beberapa kali. Aku pandang wajanya aneh.

"Kenapa?" Separuh berbisik.

"Terimalah." Dia berbisik juga. Namun segera aku geleng kecil.

"Taknak aku!" Separuh berbisik juga.

"So how?" Aidyn bersuara. Aku mula memandangnya kembali.

"Takkan hanya kerana itu saya kena terima." Aku tegakkan badan dan silangkan lengan di dada. Aku sudah bersedia untuk membalas setiap apa yang keluar dari mulutnya.

"Nak mudahkan hal ini, apa yang saya boleh buat supaya cik Hanni terima pekerjaan ini?" Soalan yang buat otakku harus berfikir lagi.

Kalau nak diikutkan, nak saja aku suruh dia beli kereta BMW dan satu rumah banglo untuk aku. Tapi ya lah kan, aku bukannya siapa-siapa sampai dia sanggup buat macam tu. Berani juga eh dia tanya soalan macam tu? Seolah-olah dapat dikabulkan saja.

"Apa yang awak boleh bagi?" Disebabkan aku malas berfikir, jadi hanya ini saja jalan penyelesaiannya.

"Anything. You. Need." Sama seperti tadi, kami seolah bergaduh dalam percakapan ini.

"Banyak yang saya perlukan dan saya rasa awak tak mampu kabulkan." Ujarku sedikit datar.

"Lagipun saya rasa-" tiba-tiba Kamelia memotong ayatku.

Love From Mr. Perfectحيث تعيش القصص. اكتشف الآن