BAB 17

16 2 12
                                    

"Nah!" Pinggan berisikan makaron diletakkan oleh Kameel di hadapan Aidyn dan Kamelia. Aku berdiri di sebelahnya.

Aidyn memberi pandangan curiga terhadap Kameel. Dia menggosok-gosok bawah dagu sebelum bersuara.

"Betul ni Kameel buat? Entah-entah, Kameel tolong tengok saja Hanni buat," ujar Aidyn. Aku tahu dia hanya ingin menyakat Kameel.

"Kameel buatlah, Hanni tolong ajarkan." Kameel tak tunjuk reaksi apa-apa melainkan senyuman. Jawapan yakin darinya membuat kami bertiga ketawa kecil.

Memang benar, aku hanya berbicara dan dialah yang bergerak. Memang agak susah tapi akhirnya dapat juga disiapkan. Bahkan kami pun tidak rasa lagi makaron itu, apabila sudah siap, terus dibawanya kepada Aidyn dan Kamelia.

Lalu selepas itu, dapat dilihat Aidyn dan Kamelia mengambil satu makaron dari pinggan lalu digigit selepas bacaan bismillah.

Terus teruja pandangan aku begitu juga Kameel. Apa yang kami berdua tunggu sekarang ini adalah reaksi mereka berdua. Sama ada sedap atau tidak sudah aku tahu.

Come on, this is chef Hanni okay! Of courselah sedap!

Tapi aku tahu bagaimana perasaan Kameel sekarang ini. Terlihat matanya yang bersinar-sinar, mengharapkan reaksi yang setimpal dengan usahanya.

"Masha-Allah!" Ayat pertama yang terbit dari mulut Aidyn setelah mencuba makaron.

Terus aku berpandangan dengan Kameel sambil senyum lebar, kami berdua sama-sama tepuk tangan bagai meraikan makaron tak seberapa itu.

Selepas itu, aku lihat Kamelia. Dia tersenyum gembira kepada aku dan Kameel. Anggukan darinya sudah memberitahu bahawa makaron itu sedap di mulut.

"Taniah!" ujarku kepada Kameel. Tak lekang senyuman di bibir.

"Thank you, Hanni." Sebaris gigi sempurna dia hadiahkan kepada aku.

Dan setelah itu, kami senyum sambil menatap lama antara satu sama lain...

----

Langkah diambil menuju katil. Sebelum baringkan badan, sempat aku menarik getah yang mengikat rambutku.

Solat Isyak, dah. Basuh muka, dah. Gosok gigi, dah.

Sekarang waktu untuk tidur. Badan dibaringkan sebelum aku pejam mata namun sebelum aku jatuh dalam alam mimpi, terdengar deringan lagu di tepi bantal aku. Terus mata dibuka kembali.

Ish! Siapa pula ganggu tengah malam ni? Memang cari maut betul!

Telefon itu aku capai lalu membaca nama yang tertera. Hilang rasa amarah apabila melihat nama si pemanggil.

Tombol warna hijau ditekan sebelum telefon pintarku dialih ke pipi kanan.

"Assalamualaikum..." Riang sekali suara Juwita.

"Waalaikumussalam..." Suara aku pun tak kalah riang.

"Akakku Hanni...." Amboi! Bukan main lain nada suaranya kali ini. Walaupun sudah biasa mendengar tapi dalam hatiku masih ada rasa was-was.

"Nak apa? Nak kata dapat boyfriend?" Aku meninggikan sedikit suara dalam nada bergurau. Yalah, kemunculan Juwita hanya ingin menyakat aku saja.

Juwita terkekeh kecil sebelum dia bersuara. "Ish! Akak ni! Takkan itu aje adik nak cakap?"

"Habis tu apa?" soalku menunggu jawapannya.

"Alah, saja nak tahu khabar akak," jawabnya. Aku mengerut dahi walaupun orang di sana tak boleh melihat.

Khabar? Hmmm... Lambat lagi aku nak percaya.

"Adik nak tahu pasal ayah," katanya secara tiba-tiba. Penuh bulat mataku hingga jantung rasa berdegup kencang.

Love From Mr. PerfectDonde viven las historias. Descúbrelo ahora