BAB 9

18 3 1
                                    

"Awak?!" Membulat sepenuh mataku.

"Awak?!" Dia bersuara sama. Mata kami bertembung dan terus dapat mengecam masing-masing.

Berapa kali aku kena jumpa mamat ni? First, kami jatuh sama-sama. Second, kat majlis sepupu dia tu. Third, kami jumpa untuk buku masing-masing dan itu juga dia dalam keadaan buli.

Dan kini kami jumpa lagi di restoran. Dalam keadaan accident juga. Tetapi untunglah dia yang menyelamatkan aku.

"Awak Hanni kan?" Wajahnya kelihatan bersemangat sekali ditambahi senyuman yang meleret itu.

Aku hanya membalas dengan anggukan perlahan disertai senyuman yang sama. Macam mana aku boleh tak kenal dia, pakaian yang lebih kurang dan yang paling aku kenal ialah cermin mata yang menghiasi mata tajam itu.

"Hmm Kameel kan?" Alah acah-acah tak kenal pula kau ni. Mengada eh, jual mahal pula.

"Urm...haah." kekok saja terasa. Tegang situasi bila sepatah ditanya sepatah juga dijawab. Bukan dia melainkan kami berdua.

"Urm...awak buat apa kat sini?" Aku tercengang akan soalan itu. Terus kening sebelah terjongket memandangnya. Buat apa? Kat restoran?

"Oh saya nak mendaki kat sini sekaligus nak berkhemah kat dalam tu." Aku jawab ala-ala budak otak senget. Huh! Tanya lagi kan aku nak buat apa.

Kameel garu kepala sambil dengan raut wajah pelik. Aku yang tak tahan terus tersembur ketawa.

"Saya nak makanlah kat sini. Boleh buat apa lagi kat restoran ni." Jelasku disambut anggukan Kameel. Tanda faham akan joke bapak-bapak aku.

"Saya pergi dulu lah ye." Aku minta diri sebelum kaki beranjak ke pintu yang amat besar itu. Hanya mampu gelak jahat dalam hati mengingatkan hal tadi.

Saja jer!

"Hanni, kau pergi mana lambat sangat?!" Kamelia bersuara tinggi apabila aku ambil duduk di hadapannya. Lambat sikit dah macam orang gila minah ni!

"Ambil beg ni lah buat apa lagi?" Aku jawab tenang. Sudah normal perangai Kamelia.

"Lambat tau..penat aku tunggu." Terus mata dijulingkan ke atas. Bohong sangat! Sekejap sahaja aku minta diri untuk pergi ke kereta dah kata aku lambat.

"Sepuluh minit pun tak sampai tau." Aku tunjuk jam tangan di hadapan wajah Kamelia. Fitnah ni.

"Ish! Ye lah...aku tak sabar sangat nak makan." Ujar Kamelia ceria sampai badannya terhenjut-henjut. Aku mengecilkan mata memandangnya.

"Tahulah kau teruja nak makan kat sini tapi aku tahu apa yang buat lagi teruja." Aku bagi teka teki tetapi aku sendiri nak menjawabnya. Kamelia menunggu.

"Sebab pakai duit aku!"

Plak!

Bahu digosok-gosok perlahan. Aku pandang Kamelia sinis kerana bahuku ditampar kuat.

Sampai hati.

"Yang kau cakap kuat sangat tu kenapa?!" Katanya dalam bisikan. Arh! Tak tahu pula ada kesan macam ni.

"Ish! Sakitlah!" Aku meringis perlahan. Jahatnya.

"Ha tulah malukan aku lagi." Mana ada aku malukan dia. Aku hanya memberi tahu fakta ataupun faktor sahaja kenapa dia teruja begini. Itupun nak marah!

"Kau dah pesan an?" Soalku saat situasi kembali normal daripada drama Melayu tadi.

"Haah, aku baca yang kertas kau bagitahu aku tu lah." Kamelia menjawab serta kertas kecil diulurkan kepadaku. Nota kecil yang berisikan menu-menu di sini. Kamelia tak faham akan nama mereka yang agak pelik jadi aku buat nota untuknya.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now