BAB 6

18 2 1
                                    

"Akak?" Perkataan yang sama aku ulang sambil pandang aneh ke arahnya.

Akak again?

Aku terus buang pandangan ke hadapan dan jalan terus tanpa berpaling. Meski dapat mendengar beberapa panggilan 'akak' dari arah belakang tetap aku meneruskan kakiku berjalan.

Sampai saja di pintu pagar, ada terletak pondok juga di tepinya. Aku labuh kan punggung di situ sambil lengan bersilang. Masih dengan muka cemberut. Kepala aku tundukkan pada bawah saja di mana kakiku sedang bergoyang-goyang tidak dapat menyentuh tanah.

Tiba-tiba berasa kehadiran manusia yang duduk juga di sebelah aku, terus aku pandang ke arah bertentangan dengannya. Malas lihat wajahnya.

"Akak kenapa tinggal saya?" Suara garau itu bertanya.

Aku tolehkan semula wajah ke arah dia dengan muka tak puas hati.

"Biarlah, kenapa saya kena tunggu awak?" Aku tujukan pula soalan.

Dia tidak membalas selain diam saja. Riak mukanya bingung dan mula sudah habitnya iaitu melihat ke lantai. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Di sebelah wajah dia ada banyak kesan lebam dan juga luka berdarah bahkan di sudut bibir. Perasan juga aku tadi akan cermin matanya yang pecah sedikit. Habis lunyai wajah kacak Kameel.

Namun aku abaikan tadi akibat sakit hati dengan panggilan 'akak'. Hehehe.

"Kameel, awak okay?" Soalku. Serta merta wajahnya naik semula. Dan perlahan kepala itu digelengkan membuat rasa kasihan aku terbit kembali.

"Kameel Zarul sepupu awak kan?"

"Ye..." Perlahan kedengaran.

"Habis kenapa dia sanggup buat awak macam ni?" Makin serius nada aku.

Namun tiada jawapan dari dia melainkan tidak bersuara dan mengalihkan pandangan dariku. Aku tahu kenapa jawapannya tapi aku hendak dengar sendiri dari mulut Kameel.

"Jawab saya."

"Akak sa-" Terputus katanya kala ada esakan terdengar sedikit.

Tangannya terus dipindahkan pada bahagian mata walau cermin tebal itu masih menghiasi lengkap kedua mata itu. Aku tahu dia menangis dan aku mahu dia menangis. Aku hendak dia luahkan segala keperitan yang dia pendam. Aku tahu hal itu dipandang remeh tapi ketahuilah hal seperti inilah juga boleh terjadinya kejadian bunuh diri.

Aku membiarkan air mata itu mengalir dan biarkan dia menangis kuat. Dia bukan dewasa dan dia tak seharusnya mendapat layanan begini. Masyarakat yang hidup menghakimi membuat pelbagai bulian berlaku. Bagai adat sudah diamalkan selalu oleh zaman kini.

Beberapa minit kemudian, tiada sudah suara, hanya keheningan pula yang ada. Tandanya Kameel sudah berhenti menangis. Aku tidak memandang dia, hanya lantai di bawah menjadi pandanganku.

"Dah okay?" Soalku lagi.

"O-okay." Hanya senyuman aku balas.

Kepala kami menunduk, meneliti lantai yang entah tiada apa-apapun namun aku tahu hati dia sedang serabut sekarang ini. Bagi pihak Kameel mungkin canggung namun aku rasa baik saja kerana aku tidak akan begini jika bersama lelaki lain tetapi kerana mengatahui situasi Kameel aku berani berada dalam begini.

"Saya nak balik tapi saya tunggu awak." Ujarku sambil menunjuk.

"Akak balik-" ayatnya terpotong lagi olehku.

"Berhenti panggil saya akak atau buku awak takkan pernah sampai ke tangan awak dah!" Ugutku. Sudah lama dibiarkan panggilan akak buatku. Aku bukan tua sampai kelihatan makcik-makcik di mata Kameel ataupun memang ya?

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now