BAB 14

20 3 2
                                    

JAM 03:00, Hospital

Kameel masih terbaring lemah di atas katil. Terpaksa dia dibawa lari lagi ke hospital dan sekali lagi ini semua perbuatan orang yang sama. Aku menatap tubuhnya yang menyimpan seribu luka zahir dan batin. Matanya masih tertutup rapat, kelihatan sekali wajahnya yang amat perit dan lelah akan siksaan ini.

"Maafkan saya..." Yassin diletakkan di dalam beg semula. Air mataku mengalir lagi.

Amat sedih melihat keadaannya sekarang ini. Aidyn tidak sanggup untuk berdiri lama di dalam bilik Kameel tempati. Dia terlampau kecewa dan sedih melihat tuan sekaligus keluarga angkatnya ini. Orang yang dijaga sejak bertahun lamanya harus lagi menerima luka tanpa sebarang kesalahan.

"Hanni sabar..." Kamelia yang berdiri di belakangku menggosok perlahan bahu kiri. Aku hanya senyum tawar saja padanya.

"Macam mana dengan mereka?" Soalku, masih tak menoleh kepala dari menatap Kameel.

"Itu Aidyn dah uruskan. Kes diaorang ni dah pun sampai ke balai." Diam menyepi. Jikalau begitu, aku bersyukur sangat.

Aku hanya mahu siksaan buat lelaki yang tak bersalah ini berhenti. Dalam masa yang sama aku mahukan lelaki yang menyiksa nya berubah dan tahu kembali ke jalan yang baik.

Sungguh melihat Kameel dalam keadaan terluka begini buat hatiku tergores. Rasa hati bagai dicucuk oleh paku yang sedikit peluangnya untuk ditanggalkan. Aku sedih dan aku simpati. Aku menyesal tidak berada di sisinya dari mula lagi.

Kalau boleh diputar waktu, saat surat itu berjaya dibaca dan masuk ke otak. Percayalah, aku nak berlari padanya dan menepis orang yang cuba menghalang aku. Aku akan pastikan ada senyuman di bibir itu dan ada wajah yang licin tanpa sebarang goresan berwarna merah serta lebam yang sudah tidak terlihat. Aku hanya nak tengok dia dalam keadaan yang selamat dan gembira.

This world is too cruel for him

And I...want to save him from this world...

"Aku pergi keluar dulu, ye? Nak beli makanan." Aku angguk sebagai balasan. Terdengar pintu dikuak maka kelibat Kamelia terus hilang di pandangan mata.

Pandangan tertumpu pada Kameel selepas itu. Entah bila kelopak mata itu akan terbuka. Aidyn kata, dia sudahpun menjamah selera namun hatiku masih dilanda kerisauan tak henti. Tak mampu hendak mengalihkan bola mata, aku terlalu takut jika bala menimpanya lagi.

Atau aku trauma?

Aku kesat air mata di pipi kiri. Bahkan nafas yang masuk dari hidung untuk dikeluarkan balik pun payah. Rasa sebak di dada tak berhenti. Badanku lemah seolah aku yang dibelasah teruk sepertinya.

Pelbagai cerita baru yang terjadi beberapa hari ini. Hariku terasa muram, penyesalan singgah di hati, mata terasa letih dan lembap, kaki tidak mampu lagi berpijak lantai dengan utuh, otak bagaikan gunung berapi. Bila-bila masa sahaja boleh meledak. Dan aku berasa menjadi hamba yang gagal.

Fikiran aku bercelaru. Serabut dan menyakitkan kepala otak.

"Hanni!" Matanya bulat sepenuh terbuka. Dan itu perkataan pertama yang terbit dari mulutnya.

"Kameel! Awak dah sedar!" Aku berdiri pantas. Terkejut akan Kameel yang sedar dalam gelisah.

Kepala menoleh ke kanan ke kiri. Matanya kadang terkedip-kedip. Terhenti pergerakannya itu saat matanya sudah berhenti di mataku. Terdengar, dia hembus nafas perlahan setelah itu. Meleret bibirnya ke atas secara tiba-tiba.

"Kameel tunggu. Saya pergi panggil doktor." Aku sudah sedia untuk melangkah kaki namun terhalang tiba-tiba...

"Kejap, jangan lagi." Ujarnya. Saat aku toleh dan tunduk ke bawah, satu pegangan kecil pada beg sandang aku.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now