BAB 8

17 3 2
                                    

Pagi yang sedia cerah dengan panahan dari matahari, bunyi kicauan burung bermula dari terbit fajar sudah dan diri sendiri yang ralik menghadap skrin telefon dengan gelisah.

"Hanni kau rilek je lah, jangan lah gelisah." Kamelia berada di sebelah menegur. Namun belum tentu mampu membuat aku tenang.

Badanku yang dari tadi terhenyut-henyut membuat tilam ini sekali terikut. Aku tahu Kamelia serabut dengan tindakan itu tetapi dia juga memahami kenapa aku begini.

"Hanni, duduk diam! Macam mana nak type kalau tangan kau menggeletar." Tegur Kamelia lagi dengan sedikit meninggikan suara.

Dengan pantas telefon pintar aku lemparkan saja di atas tilam. Kalau atas lantai! Alamatnya memang nak makan saiz kaki Kamelia.

"Ish! Kau ni! Yang lempar fon tu apasal!" Bahuku ditepuk kuat.

"Aku takut lah Kamelia." Luahku. Nak lagi senang aku gementar hendak memasuki pertandingan itu.

Keahlian aku dalam memasak belum di tahap tinggi lagi tapi akibat pujukan hati dan kawan baikku itu, aku bertekad hendak mendaftar diri sebagai salah satu peserta pertandingan itu. Tambahan lagi, anjuran pertandingan itu dari restoran kegemaran aku sejak kecil lagi.

Kalau bukan sebab arwah ibu mungkin aku takkan kenal restoran berharga itu. Layanan di restoran itu bagai raja dan ratu, amat memuaskan seperti harga yang di bayar. Selain itu, kemewahan kawasan dan suasana mereka menambahkan lagi tempat itu kelihatan menarik. Sehingga mampu menarik pelancong dari luar.

Tetapi pada tahun-10 restoran itu berkhidmat, pemiliknya yang masih tidak ketahui membuat keputusan untuk membuka cawangan restoran di beberapa buah negara; satu negara satu buah restoran.

Dari situ juga sudah dilihat, betapa istimewanya hidangan menu yang mereka sediakan. Kerana aku pernah pergi sebab itu aku berani meletakkan restoran itu sebagai tempat impian aku bekerja suatu hari nanti.

Ini bukan saja impian aku melainkan impian ibu juga.

Kerana keistimewaan yang ada pada restoran itu, dan kesempurnaan makanan mahupun minuman disediakan memang patut mendapat pujian dari sekeliling. Akhir sekali, harga yang sangat berpatutan mengikut kesedapan menu yang di pesan Membuat hati orang ramai terpikat malah sering didatangi. Bahkan menu yang paling murah sekali pun masih akan terasa sedap di lidah.

Oleh kerana kehebatan yang mereka miliki membuat seluruh negara mengenal restoran dari Malaysia yang lain tak bukan...

Restaurant Perfect Table

Perkataan 'perfect' pada nama restoran sudah terbukti apa yang akan dilihat di dalamnya. Memang sempurna!

Nama dah sedap, layanan pun mesti sedap! Kan?

Oleh sebab itulah aku masih ragu dan tak senang hati apabila hendak masuk pertandingan memasak yang dianjurkan 'Restaurant Perfect Table'.

Rasa diri sangat lah tidak layak bagi peluang yang mungkin akan muncul sekali seumur hidup saja. Aku tahu, aku adalah salah satu orang yang terawal dan juga sangat beruntung kerana dapat peluang mendaftar walaupun hanya di online.

Yang aku fikirkan hanya lah saingan aku, kadang memang tak boleh berharap kepada sesuatu perkara namun dalam hati aku penuh pengharapan memenangi pertandingan ini. Jauh di sudut hati, aku tak mampu mengalahkan para peserta yang lain.

Telefon yang menjadi mangsa ketakutan aku tadi, aku capai semula. Kamelia dari tadi hanya menjeling segala perbuatan aku.

Tentu dia marah tambahan lagi dia ni kuat memaksa.

"Nombor ic dengan telefon, dah. Tarikh lahir, dah. Semua maklumat dah lengkap kenapa dia kata masih tak lengkap ni?"

Aku dan Kamelia dua-dua berkerut kening sambil fokus melihat skrin telefon itu lagi. Tak silap aku semua maklumat yang mereka sudah diubuh olehku. Tetapi masih ada tulisan warna merah di bawah tanda masih tidak mencukupi.

Love From Mr. PerfectUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum