BAB 7

484 34 0
                                    

"JANGAN balik lambat sangat, anak dara tak elok keluar berdua dengan lelaki sampai lewat malam" pesan Aina ketika Natashya menyalami tangannya sebelum keluar rumah. Itulah rutin mereka berdua, pasti bersalaman sebelum keluar bekerja atau kemana sahaja.

"Tak ada lah sampai malam aku keluar. Pergi tengok wayang je kot"

"Yelah, hati-hati tu" Aina mengangguk, sudah serupa seorang ibu lagaknya.

Natashya tersenyum lebar dan menyarung kasut tumit tinggi di hadapan rak kasut. Pintu utama dibuka luas. Luthfi mengangkat wajahnya dan tersenyum manis ke arah Natashya ketika menunggu kekasihnya itu.

Sejambak bunga matahari dihulurkan kepada Natashya.

Bunga kesukaan Natashya yang sudah tentu Natashya tidak akan menolaknya

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.


Bunga kesukaan Natashya yang sudah tentu Natashya tidak akan menolaknya.

"You look as beautiful as the sunflowers, sayang" Luthfi mengusap perlahan rambut Natashya yang didandan kemas itu.

"Thank you" Natashya mengangguk perlahan dan menjauhkan jaraknya daripada Luthfi.

"Saya dah booking ticket wayang pukul 1. Kita makan dulu, eh? Saya laparlah"

"Boleh, ikut awaklah" Natashya mengangguk perlahan. Pintu di sebelah tempat pemandu dibuka oleh Luthfi. Memang inilah cara layanan Luthfi kepada Natashya jika emosinya dalam keadaan yang baik.

Memang terserlah sikap prihatin dan sayang pada Natashya.

"How's work? I'm so sorry, saya banyak kerja kena uruskan sampai tak dapat call atau mesej awak selalu" Luthfi bersuara ketika Natashya ralit bermain jarinya pada bunga matahari di pangkuannya.
"Nat marah saya ke? Sebab hal hari tu?" Soal Luthfi.

"Mana ada saya marah...saya tak ada benda nak cerita. Kerja saya macam tu jelah, jaga budak-budak, ajar diaorang cara uruskan diri, mengeja. Itulah rutin saya" Natashya memandang ke luar tingkap.

"Tak nak tanya saya balik? Pasal kerja saya?" Luthfi bertanya sekadar berbasa-basi kerana kekasih hatinya hanya berdiam diri sejak tadi.

"Kerja awak macam mana?" Natashya memandang sekilas pada Luthfi.

"Saya rasa tak cukup masa je sebab selalu sangat jumpa klien dekat luar. Office pun, saya dah jarang masuk. Bila ada urusan je baru saya datang ke sana"

"Waktu dengan sayang pun tak ada, waktu dekat office pun tak ada. Sampai satu tahap kepala saya sakit gila" ujar Luthfi lagi.

"Badan kita nak pakai lama, jangan terlalu ikutkan kerja sahaja. Sampai kesihatan diri terabai" pesan Natashya.
"Saya kerja untuk senangkan awaklah. Saya boleh bawa sayang saya ni jalan-jalan. Keluar makan" Luthfi tersenyum manis.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin