BAB 36

608 41 0
                                    

"Farel, ikut aku beli ais jap"

"Farel, tolong alihkan khemah, bagi rapat terus. Nak tambah meja lagi, takut tak cukup meja untuk tetamu, kitaorang yang jem"

"Laki dak Nat oi, tolong angkat periuk nasi yang dah masak ni ke khemah lauk. Orang dapur nak tanak nasi untuk periuk kedua pulak"

"Eh Farel baguslah kau ada, tolong aku cuci periuk ni kejap. Pinggang aku dah sakit duk sental daripada tadi"

Antara arahan yang diterima oleh Farel. Tak duduk diam pengantin baru itu apabila ada sahaja yang memanggil dirinya untuk merewang. Walaupun ini merupakan yang pertama kali buat Farel Gibran.

Malah, bukan dia sahaja yang disuruh buat kerja. Eijaz dan Qays turut sama melakukan kerja merewang itu bersamanya. Jadi, tidaklah Farel berasa keseorangan kerana ada dua orang rakannya itu jika berbual bersama sepupu-sepupu lelaki Natashya.

"Awak" panggil Natashya daripada atas beranda. Farel tidak mendengarinya kerana suasana yang agak bising dengan gelak tawa anak-anak kecil dan juga suara-suara tukang masak kampung yang berdekatan dengan tempatnya berehat bersama kaum lelaki yang lain.

"Farel, bini kau panggil lah" sepupu Natashya menepuk bahu Farel yang duduk disebelahnya.
"Mana?" Farel menjungkitkan keningnya.

"Sana tu, dekat beranda" Qays menunjuk ke arah Natashya.

"Nat panggil pun kau tak dengar apa lah" sambung Qays dengan mulutnya dicebikkan.
"Lembut sangat suara dia panggil aku" Farel berseloroh.
"Kau tengok le, dah tua nanti suara macam petir. Tu macam makcik-makcik kitaorang" gelak sepupu Natashya itu lagi.

"Dah sayang, terima seadanya" jawab Farel.

"Menyampah lah aku" Eijaz memutarkan bebola matanya. Dia tahu, Farel sengaja berbangga diri lagi-lagi sudah ada hubungan yang Halal. Dia dan Qays sahaja yang tersangkut lagi.

Farel terus pergi melangkah menuju ke beranda dimana Natashya sedang menunggunya.

"Saya ada buat teh panas. Minumlah dulu" Natashya mengarahkan Farel untuk duduk bersila di atas beranda itu.

"Macam tahu je aku nak minum air panas"

"Telepati" gurau Natashya.

Farel menghirup sedikit teh panas itu bersama senyuman kecil di bibir. Natashya memerhatikan si kembar di bawah khemah kanopi bersama-sama anak saudaranya yang lain. Masing-masing duduk di meja makan tetamu itu. Gayanya macam serius sangat perbualan mereka.

"Falique dengan Isha okay tak? Diaorang selesa tak?" Soal Natashya.
"They look fine" Farel mengangguk dan diletakkan cawan itu ke dalam dulang yang dibawa oleh Natashya tadi.

"Saya risau diaorang tak selesa dekat sini"

"I know my kids. They love to be here. Ramai kawan walaupun muka Isha tu kadang-kadang tak ada manis" ujar Farel dan tiba-tiba dia meletakkan kepalanya di atas pangkuan Natashya.

"Ya Allah...nikmatnya" keluh Farel apabila dapat berbaring buat seketika.
"Awak penat ke?" Spontan Natashya bermain pada rambut milik Farel itu.

"Nampak sangat ke?" Farel memandang Natashya, anggukan yang diterima.
"Aku tak cukup tidur semalam. Ada hamba Allah ni kata tak boleh tidur. Baru 10 minit aku selawat terus dia lelap. Lepas tu, aku pula tak boleh tidur" adu Farel pula.

Natashya tertawa kecil dan mengambil tangan Farel untuk menyalaminya sebagai tanda maaf.
"Sorry"

"Ewah, seronok eh korang berdua ni" Aina memegang tiang kayu beranda dan melihat pasangan pengantin baru itu di antara tiang kayu beranda.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now