BAB 42

571 33 2
                                    

"Abang, kalau saya ditakdirkan pergi dulu, abang cari pengganti tak?"

"Buat apa nak cari pengganti sebab Eshal Dhamirah hanya ada seorang sahaja dekat muka bumi ni." Farel mengucup dahi Eshal.

"Habis tu....kesianlah dekat Falique dan Isha. Takkan diaorang nak membesar dengan abang je? Abang dah lah tak boleh independent kalau saya tak ada. Semua nak harapkan saya buat."

"Nak manja-manja dengan isteri pun tak boleh ke? Abang boleh je buat semua tu sendiri." lagak Farel berkata.

"Baguslah kalau macam tu, sementara tunggu pengganti saya, abang boleh besarkan anak-anak."

"Sayang cakap bukan-bukan lagi." dahi Farel berkerut seribu.
"Abang kena terima dengan hati yang terbuka." Eshal mengusap perlahan pipi Farel, kucupan mesra turut diberikan oleh Eshal di pipi milik Farel.

Sejurus itu, Farel tersedar daripada lenanya. Natashya di sebelah kanan yang masih lena memeluk bantal itu di pandang sekilas.

"Astaghfirullahalazim." perlahan Farel berkata. Wajahnya diraup sekali lagi. Kemudian, pipi Natashya dikucup sayang sebelum berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Alang-alang sudah terjaga, lebih baik Farel menunaikan solat tahajud. Ini pasti cara Allah untuk mengejutnya bangun bertahajud, dengan mimpi berjumpa arwah isterinya.

Farel mendirikan solat sunat tahajud bersendirian dan selepas itu, kebiasaannya Farel akan membaca Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu Subuh.

"Pergi!! Lepaskan saya!"

Farel tersentak ketika membaca Al-Quran. Jeritan daripada Natashya mengejutkannya.

"Tolonglah...lepaskan!"

Tanpa menunggu lagi, Farel segera mendapatkan Natashya di katil itu. Isterinya kelihatan gelisah, tangan Natashya seakan-akan menolak sesuatu daripada dalam mimpinya. Kakinya turut menendang tanpa henti. Selimut entah ke mana, begitu juga dengan bantal yang dipeluk tadi.

"Nat, bangun. Awak mimpi je ni." Farel memegang erat pergelangan tangan Natashya. Lagi kuat isterinya meronta-ronta di dalam pegangan Farel.

"Astaghfirullahalazim, Nat. Wake up, it's just a bad dream."

"Lucas... Lucas lepaskan saya...saya tak nak. Pergi!" Natashya menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Natashya, bangun!" tegas Farel berkata bersama goyangan di bahu Natashya untuk menyedarkan isterinya.

Pang!

Wajah Farel terteleng ke sebelah kanan. Dapat dirasakan hangat tamparan daripada Natashya masih ada pada pipinya.

Farel memandang isterinya semula setelah beberapa saat cuba menghubungkan sel-sel otaknya, mencari punca dia ditampar oleh Natashya.

Si isteri masih kelihatan takut, Natashya mengesot menjauhi Farel. Selimut segera ditarik sehingga paras dadanya.

"Pergi..." perlahan Natashya berkata dengan nada yang ketakutan. Tubuh isterinya menggigil hebat.

"Nat, ni sayalah. Farel." Farel mengusap perlahan pipi Natashya. Tangannya turut ditepis kuat oleh si isteri. Farel tahu, isterinya masih belum sedar. Bukan salah Natashya dia ditampar.

"Bintang hati, kenapa ni?" Farel cuba lagi memujuk Natashya. Pandangan Natashya berubah menjadi sedih. Wajah Farel ditatap sepenuhnya, Natashya segera memeluk tubuh Farel dengan erat. Penyelamatnya.

"Tadi..Lucas ada dekat sini.."

"Awak mimpi, daripada tadi saya je dekat dalam bilik ni." Farel mengusap perlahan belakang badan Natashya.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now