BAB 43

650 41 0
                                    

     "Umi tak sihat ke?" soal Falique ketika Natashya kelihatan kurang ceria berbanding sebelum ini.

"Umi sihat je." Natashya mencuit hidung dan juga mengusap kepala Falique.

"Habis tu, kenapa umi macam sedih je?" Falique memeluk Natashya ketika menunggu ketibaan Farel di tadika.
"Umi penat kot. Dah lama tak masuk kerja. Low energy." Natashya tersenyum nipis.

"Umi...umi, Isha sayangkan umi tau. Papa pun sayangkan umi." Falisha memandang Natashya dengan pandangan yang susah digambarkan. Nampak riak wajahnya seperti sedang bersedih.

"Umi pun sayangkan Isha dengan Falique." Natashya mengucup kepala si kembar.

"Papa? Umi sayang papa tak?" soal Falisha dengan polos. Natashya hanya tersenyum nipis. Tidak menjawab soalan daripada Falisha itu.

"Cikgu Nat, encik suami dah sampai dekat luar tu." Cikgu Wawa menjengah ke dalam tadika sebelum menghantar pelajarnya kepada penjaga yang turut menunggu di luar. Natashya mengangguk kecil dan melangkah keluar daripada tadika bersama Falique dan Falisha.

"How's school?" Soal Farel bersama senyuman tidak lekang di bibirnya.
"Fun! Kawan-kawan tak sangka Cikgu Nat jadi umi Falique dengan Isha." ceria Falique menjawabnya.

"Falique dengar cakap umi tak?" Farel membukakan pintu kereta tempat duduk belakang untuk anak-anaknya.
"Mestilah."
Farel mengusap kepala Falique dan membuka pintu kereta untuk Natashya juga. Kemudian, Farel memandu pulang ke rumah agamnya.

"Awak nak makan apa hari ni? Tak perlu masak, kita makan luar. Awak mesti penat.". Farel mengusap perlahan peha Natashya.
"Tak apalah, kita balik je. Saya masak dekat rumah." Natashya menolak secara lembut.

"Saya tolong awak masak."

Natashya hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Sejurus sampai di rumah, Natashya menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum memasak untuk makan malam mereka pada hari itu. Sejak pulang daripada tempat kerjanya, Natashya lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti sebelum ini, Natashya seakan-akan sedang berfikir di dalam diamnya itu.

Farel sedar akan perubahan drastik isterinya, tetapi dia hanya menjadi pemerhati buat masa itu. Dalam diam, Farel turut mengira jika tarikh kemungkinan Natashya mengalami datang bulan semakin hampir. Tetapi, bukan pada masa yang terdekat.

"What's playing in your mind? Something happened?" tegur Farel ketika melangkah ke aras atas, Natashya sedang memerhatikan gambar dia bersama Eshal semasa graduasi arwah isterinya itu.

Natashya segera menoleh ke arah Farel.

"Tak ada apa. Saja tengok gambar kak Eshal. Cantik sangat."

"You can tell me anything, you know that right? I can be a great listener too." Farel memeluk Natashya daripada belakang. Dagunya direhatkan di atas kepala Natashya. Isterinya hanya mengumam perlahan.

Tidak sampai lima minit memeluk Natashya, tangan Farel sudah dileraikan. "Saya ada kerja sikit nak buat. Kalau awak nak air atau apa-apa, bagitahu saya."

Natashya segera berjalan menuju ke bilik si kembar.

Farel mengusap tengkuknya dengan perlahan sambil memerhatikan Natashya yang hilang daripada pandangan.
"Ada apa lagi ni?" keluh Farel.

Sedang Natashya duduk di ruang tamu bersama si kembar yang sedang membuat kerja rumah mereka, Farel membawa sebalang biskut coklat yang menjadi kegemaran isterinya sebelum berkahwin dahulu.

"Awak tahu tak, hari ni saya busy gila. Tak sempat nak jumpa pensyarah yang lain. Nasib baik awak ada bekalkan lunch untuk saya. Bolehlah saya makan sambil buat kerja." Farel memalingkan badan sepenuhnya pada Natashya. Farel mencuba nasib jika Natashya turut ingin bercerita mengenai hari kerjanya.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now