BAB 52

491 36 3
                                    

     SEJAK kejadian Natashya dan Haziq itu, Farel lebih banyak mendiamkan diri. Tetapi, masih juga Farel memanjakan Natashya dengan pelukan dan ciuman yang biasa dibuatnya.

Namun, hati Natashya masih tetap yakin yang Farel menyembunyikan perasaannya sendiri. Entah marah atau pun sedih. Sudah seminggu kelakuan Farel masih begitu.

"Abang, dah siap?" Natashya mengusap belakang badan suaminya yang segak berkot itu. Mereka dijemput oleh Aina bagi memeriahkan pertunjukan fesyen pakaian pengantin baharu untuk butik yang Aina bekerja itu. Falique dan Falisha sudah mereka tumpangkan di rumah Tan Sri Faahad dan Puan Sri Raissa.

"Dah. Nak gerak sekarang?" soal Farel.
"Boleh juga, tempat duduk kita dekat depan sekali. Aina kata VVIP, nanti dah ramai segan pula nak ke depan." Natashya memeluk lengan berotot Farel itu.

Farel mengucup dahi Natashya dan melangkah keluar daripada bilik tidur itu. Langkah mereka berdua terus menuju ke kereta milik Farel. Sempat juga Natashya menghantar pesanan ringkas pada Aina, memaklumkan kedatangan mereka berdua sekejap lagi.

     Buat beberapa ketika, Farel memarkir Audi RS7 miliknya di parkir tingkat bawah tanah. Mereka berdua berpimpinan tangan menuju ke dewan hotel dimana pertunjukan fesyen itu diadakan. Natashya menghulurkan dua tiket kemasukan kepada kaunter pendaftaran yang dibuka, lalu mereka berdua diiringi oleh seorang wanita berpakaian kebaya nyonya ke kerusi yang didaftar atas nama Farel dan Natashya.

Farel setia menggenggam tangan Natashya ketika melihat persiapan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di atas pentas. Tiba-tiba mata Farel memandang ke arah pasangan yang cukup dikenalinya. Berkerut dahi Farel dan juga pasangan yang sedang menghampiri dekat itu.

"Angah, ya Allah....pusing-pusing jumpa kau juga." tegur Fathi.
"Eh Yara! Tak sangka dapat jumpa dekat sini." Natashya segera bangun dan memeluk Yara yang berpakaian songket itu. Tema klasik, memang ikut tema mereka berdua itu. Lain pula dengan Natashya dan Farel.

Natashya hanya mengenakan abaya satin beserta tudung shawl satin berwarna kelabu cair. Manakala, Farel pula mengenakan baju kot berwarna kelabu cair yang sama dengan Natashya.

"Kawan saya punya fashion show. Nat? Memang beli tiket untuk tengok ke?" soal Yara pelik kerana dia rasa Natashya bukan wanita yang materialistik, untuk pergi melihat pertunjukan fesyen seperti ini.

"Ohh, kawan saya antara designer untuk baju-baju hari ni." Natashya tersenyum kecil.
"Bagus sangatlah, tak ada aku bosan sorang-sorang." Fathi menepuk bahu Farel bersahaja. Farel pula hanya memandang Fathi dan memutarkan bebola matanya.

"Datang bulan ke, Nat?" Fathi bertanya pada Natashya sambil menunjuk ke arah Farel. Natashya segera menggelengkan kepala bersama isyarat mata untuk tidak mengusik suaminya.

"Sorry for disturbing but....I need a help." Aina tiba-tiba menyampuk perbualan mereka berempat.
"Kenapa kau ni? Nampak gelabah je." Natashya memandang ke arah Aina.
"Model aku tak sampai-sampai. Show mula pukul 8:30. Ini dah pukul 8. Nak bersiap lagi, nak touch up makeup pun satu hal juga." Aina memicit pelipis dahinya. Pening.

"What kind of help?" soal Yara ingin tahu.

"I need a model. Hari ni je..." Aina memandang pada Natashya. Sudah tentulah Aina akan meminta tolong Natashya kerana Yara adalah kawan baik bos di butiknya, mana mungkin tetamu ternama perlu menggantikan orang.

"Eh aku mana reti. Yara paling sesuai bukan aku." Natashya segera menolak.
"Saya pun tak retilah." Yara menggelengkan kepalanya.

"Hah, tengok tu Nat....pleaseeee, kau je harapan aku sekarang." rayu Aina lagi.
"Awak setuju jelah, Nat. Kalau si Deja tu tahu model tak cukup sorang, memang kawan awak dia hamukkan tau." ujar Yara. Maklumlah, dia kenal sangat dengan bos kepada bukti itu. Hatinya baik tapi, bila bercakap agak berbisa.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now