BAB 46

506 41 0
                                    

     FAREL bangun seawal 5 pagi pada hari itu kerana komputer riba miliknya tertinggal di pejabat dan dia perlu datang awal untuk menyemak semula dokumen kertas ujian sebelum dicetak keluar.

Natashya menggosok matanya ketika tersedar daripada lena. Kelibat Farel yang kehulur-hilir dipandang dalam kegelapan bilik tidur itu.

"Awalnya awak bangun?" Natashya mencapai bantal tidur yang digunakan oleh Farel dan dipeluk erat. Bau wangi suaminya sentiasa melekat. Selimut turut ditarik sehingga hanya kepala Natashya sahaja yang dapat dilihat oleh Farel.

"Saya tertinggal laptop, hari ni pentadbir nak tengok kertas ujian untuk pengesahan. Lagipun saya tak semak lagi semua soalan tu." Farel berjalan mendekati katil semula, punggungnya dilabuhkan pada sebelah Natashya.

"Saya dengan anak-anak kena pergi tadika awal ke?"

Farel menggelengkan kepalanya bersama senyuman manis. "You can drive my car. It's yours too."

"Which car?" wajah Natashya sedikit cuak. Kereta Farel kesemuanya berjenama mewah, kalau tergesel ke? Terlanggar ke? Makan banyak modal nak bayar.

"Mercedes." Farel mengusap perlahan pipi Natashya.
"Your white Mercedes? Farel....saya takutlah nak drive kereta tu." Natashya sudah membayangkan Mercedes AMG A45 S kalau dipandu olehnya. Memang jahanam.

"Habis tu? Volkswagen Tiguan?"

Natashya menggelengkan kepalanya lagi.

"Saya berani drive kereta Axia saya je. Kereta awak mahal sangat untuk saya pandu."

"No excuses bintang hati. Just drive my car, it has more safety than your Axia."

"Awak pun tak percaya saya drive kereta awak kan? Sebab tu mention awal-awal pasal safety" Natashya mencebik.

"Kereta semua sama je, Nat. Awak jangan risau, selagi saya izinkan awak untuk pergi ke kerja sendiri, selagi itulah doa saya akan mengiringi awak dengan anak-anak sehingga selamat sampai di destinasi." Farel mengucup kedua-dua belah pipi Natashya.

"Faham?" Farel sengaja merapatkan jarak antara wajah mereka berdua. Natashya mengangguk perlahan.

"Awak pergi kerja pukul berapa? Saya nak buat sarapan dulu."

"No need. I will buy my breakfast on my way to UPM."

"Sure? Alang-alang saya dah bangun ni."

"Awal lagi ni. Kita solat Subuh sama-sama je. Lepas tu, saya terus pergi kerja." Farel memicit pipi Natashya dengan geram. Muncung Natashya memanjang sedepa apabila mula merasakan kesakitan dipicit pipinya oleh Farel.

Tetapi, laju sahaja suaminya mengucup pipi itu semula untuk memujuk Natashya. Memang berhasil apabila senyuman isterinya melebar kembali.

- - -

     "Um...umi?" berkerut dahi Falisha, kepalanya disengetkan sedikit ketika nampak kelibat Natashya di ruangan dapur itu.

"Good morning, sweetheart." Natashya memalingkan tubuhnya untuk menghadap Falisha.

"Cantiknya umi Isha niiiii." Falisha segera meletakkan beg sekolah di atas kerusi meja makan dan berlari untuk memeluk Natashya.
"Selama ni umi tak cantiklah? Hari ni je cantik?"

"Hari ni umi extra cantik. Macam mama." Falisha tersengih manja.

"Taklah, mama Isha lagiiii cantik daripada umi." Natashya menggelengkan kepalanya.
"Mama cantik, umi pun cantik. Sebab tu Isha cantik juga." ujar Falisha mengangkat bakul sendiri.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now