BAB 30

630 39 1
                                    

Lagu: Hati Ini Telah Dilukai, Ajai Ft Krisdayanti

🌻🌻🌻

Eijaz terkejut dengan percikan darah pada bajunya. Farel yang berada berhadapan Eijaz dengan perlahan-lahan merebahkan dirinya ke atas lantai bersimen itu.

"Farel...Farel.." Eijaz melihat pada baju Farel yang sudah berlumuran darah. Peluru yang mengenai lengan dan perut Farel dilihat. Eijaz kaku.

"Eijaz! Keep your mind straight. Bawa Farel pergi hospital sekarang!" jerit Qays bagi menyedarkan Eijaz yang masih kaku berlutut di sebelah Farel. Ini pertama kali baginya melihat kejadian tembakan seperti ini. Eijaz agak terkejut.

"Eijaz! Bangun!" Natashya menggoncangkan tubuh Eijaz yang masih membatu itu. Si kembar sudah meraung kesedihan melihatkan keadaan Farel yang berdarah.

"Papa...papa..jangan tinggalkan Isha" menggigil anak kecil itu bersuara.

"Farel...kau...kau bertahan dulu" Eijaz segera bangun dan memapah Farel menuju ke kereta milik Farel itu.

"Isha, Falique masuk kereta dulu" Natashya menunjukkan ke arah kereta milik Farel. Falique terus mengambil tempat di sebelah pemandu, manakala Falisha di tempat duduk belakang. Natashya turut membantu Eijaz untuk memapah Farel sehingga ke kereta.

Natashya membolosi dirinya di tempat duduk belakang. Eijaz merebahkan tubuh sasa Farel yang jelas kelemahan itu di tempat duduk belakang, kepala Farel diletak beralaskan pangkuan Natashya.

"Nat, tekan sini. Tekan kuat sampai kita dekat hospital" Eijaz meletakkan tangan Natashya pada perut Farel yang ditembak.
"Isha, tolong tekan sini ye? Untuk papa" Eijaz meletakkan tangan kecil Falisha pada lengan Farel yang turut ditembak. Falisha segera mengangguk.

Lalu, Eijaz segera memandu kereta milik Farel ke Hospital Putrajaya. Lampu double signal dibuka menandakan kecemasan untuknya.

Natashya mengesat air mata yang mengalir deras menggunakan tangan kirinya. Farel mengusap perlahan tangan kanan milik Natashya yang menekan bahagian perutnya itu.

"I will be fine" Farel mengangguk perlahan.

"Isha, Falique...anak-anak papa dah balik" Farel memegang tangan kecil Falisha dan juga Falique yang menoleh ke belakang itu.

"Papa janganlah banyak cakap. Baring diam-diam je" pesan Falique sambil memandang Farel yang direhatkan pada pangkuan Natashya.

"I'm happy to see you again, sweethearts" Farel tersenyum nipis, matanya memandang Falique, Falisha dan juga Natashya bersilih ganti. Muka Farel sudah memucat akibat kehilangan darah yang banyak.

Tambahan pula, waktu sudah pagi memang waktu orang ramai pergi bekerja. Jalan raya agak sesak tetapi, mujur Eijaz pantas dan cekap dalam pemanduannya.

Mata Farel mula kelihatan penat. Tenaganya turut memudar dan akhirnya mata Farel terpejam rapat.

- - -

SAYUP-sayup kedengaran suara beberapa orang yang berada di sekelilingnya waktu itu. Dengan perlahan Farel membuka mata, pembiasan cahaya yang menerjah ke kornea mata mengecilkan semula matanya.

Kemudian, Farel mula memandang ahli keluarga serta rakan-rakannya yang berada di segenap ruang bilik wad itu.

Cuma wajah seseorang sahaja yang tiada di sana.

Farel menguatkan semangatnya untuk bangun daripada pembaringan, namun kesakitan pada jahitan abdomen mula dirasai.

"Angah nak pergi mana ni?" Faqihah segera menerpa ke arah Farel.
"Cikgu Nat mana? Dia okay tak? Jantan tu ada culik dia lagi ke?" Soal Farel yang dalam kerisauan.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now