BAB 10

503 39 0
                                    

     "BABE,  aku on the way balik dah ni. Lupa nak bagitahu kau yang aku ada hal di luar butik tadi. Jumpa klien dekat Cheras ni hah"  ujar Aina. Sengaja menelefon Natashya kerana meinginkan seorang peneman dikala dia berjalan berseorangan menuju ke keretanya. Walaupun jam baru menunjukkan angka 8 malam, keadaan di situ agak sunyi sepi.

"Jauhnya, kau sorang ke? Pekerja butik tak ada dengan kau?" Soal Natashya. Risau juga apabila dia dapat tahu Aina berseorangan di sana.

"Ha'ah, tapi aku okay je. Insya'Allah" Aina melihat sekelilingnya. Sunyi.

"Aku nak sampai dekat kereta ni, jumpa kau dekat rumah eh?" Aina memandang ke arah keretanya yang hanya berjarak 15 kaki dari tempat dia berjalan.

"Okay, baik-baik tu. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam" Aina mematikan panggilannya. Beg komputer riba dan beg tangan digenggam erat. Baru sahaja panggilan dimatikan, tiga orang lelaki yang seorang bertubuh besar dan dua orang bertubuh sederhana besar datang menghampiri Aina dari arah yang berbeza.

Perkataan menyesal timbul dalam hatinya. Menyesal kerana mematikan panggilan bersama Natashya tadi.

"Dari mana nak ke mana?" Lelaki bertubuh besar itu segera menghampiri Aina. Dia cuba mendapatkan perhatian Aina ketika mengeluarkan kata-kata itu manakala, dua orang lelaki yang bertubuh sederhana besar itu pula cuba merampas beg tangan serta beg komputer riba yang disandang oleh Aina.

"Lepaslah!!" Aina menjerit sekuat hati. Kedua-dua begnya di genggam erat. Cuba untuk menahan sepenuh hati.

"Kalau korang nak duit, aku boleh bagilah!" Aina segera memeluk beg tangannya.

"Kitaorang bukan nak duit je" lelaki itu tersenyum sinis.
"Kau dekat, gigi kau patah kena dengan penumbuk aku" Aina sudah menaikkan penumbuknya. Walaupun seumur hidup tidak pernah menumbuk orang, mungkin ada yang akan kena penumbuk sulongnya malam ini.

Ketiga-tiga mereka tergelak besar.

"Makin geram pula kitaorang dengan kau" lelaki itu menggigit bibirnya yang merekah seribu. Bibir gelap lelaki itu mengukirkan senyuman lebar yang misteri.

"Setapak kau dekat, aku call polis" Aina segera mengeluarkan telefon pintar di dalam poketnya. Cuba menggertak lelaki-lelaki itu daripada menghampirinya.

"Polis datang pun, kitaorang dah settle main dengan kau" ujar lelaki tersebut.

"Cubalah kalau berani. Aku ada tali pinggang hitam" laju sahaja mulut Aina menipu untuk menggertak tiga orang lelaki itu.
"Aku pun ada, nak tengok?" Salah seorang daripada mereka bersuara dan menyelak sedikit bajunya untuk menunjukkan tali pinggang hitam yang dipakai.

Rakan-rakan sekutunya ketawa besar.

"Kau nak berapa? Aku boleh bagi. Aku ada cash" Aina cuba menyelongkar beg tangannya. Dia biasa menyimpan pisau lipat, sebagai langkah berjaga-jaga kerana ada masanya Aina bergerak berseorangan untuk berjumpa klien. Tiada peneman. Tak sangka pula kejadian berbahaya seperti ini akan menimpa dirinya pada waktu sekarang.

Beg tangannya tiba-tiba direntap kasar oleh lelaki itu. Bahunya turut ditolak ke belakang. Aina menoleh ke arah kiri dan kanan, cuba berfikir dengan pantas untuk melepaskan diri. Tapi, tidak ada apa-apa dalam fikirannya.

Hanya rasa takut, risau. Langkah terakhir apabila tiada apa yang boleh dibuat adalah.....

Sekuat hati Aina menendang celah kelengkang lelaki bertubuh besar dihadapannya itu. Terus lelaki itu terduduk melutut di kaki Aina.

"SIAL LAH KAU PEREMPUAN" jeritnya yang sedang menahan kesakitan yang amat.

"Kau lagi sial daripada aku" Aina terus berlari menjauhi dua orang rakan sekutu lelaki itu tetapi malangnya, salah seorang daripada mereka merentap kasar lengan kiri Aina, baju blouse berlengan panjang yang dipakai hampir tertetas jahitannya.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now