BAB 18

479 39 0
                                    

     Farel memandang semula baju kebaya labuh Natashya yang berwarna kelabu cair itu dan juga baju Melayu yang dipakainya juga kelabu cair. Ton warna yang sama.

Natashya mengalihkan pandangannya dan tersenyum kecil pada si kembar.

Falisha dan Falique terus berlari untuk mendapatkan cikgu kesayangan mereka. Farel sudah kaku, berdiri di tempat yang sama, tidak sangka akan berjumpa dengan Natashya disini.

"Cantiknya cikgu" Falisha tersenyum gembira.
"Isha pun cantik juga" Natashya tertawa kecil.

"Tak tahu pula kau bawa date" bisik Aina di telinga Natashya.
"Ingat kelakar ke?" Natashya turut sama berbisik.

"Handsome juga Farel tu eh, jauh lagi helok daripada waktu belajar dulu" Aina mengangguk memandang Farel yang hanya memerhatikan Natashya bersama si kembar.

"Nak ke? Pergilah, duda lagi tu" Natashya menyenggol Aina disebelahnya.
"Tak berminat. Bukan taste aku" Aina menggelengkan kepalanya.

"Cikgu kesayangan ramai ni" ujar Laila, pengantin perempuan yang berada di atas pelamin itu.

"Kembar ke bang?" Kamarul, pengantin lelaki pula bertanya kepada Farel. Kepala diangguk sahaja.

Terus pengantin lelaki turun daripada pelamin dan bersalaman dengan Farel. Terkejut Farel dibuatnya.

"Ambil berkat bang, doakan saya dapat kembar juga" Kamarul tersengih lebar manakala, Farel hanya tersenyum nipis. Tak tahu ingin bereaksi macam mana. Ini pertama kali baginya untuk menghadapi situasi seperti ini.

"InsyaAllah" kata Farel.

"Isha, Falique..datang sini balik" Farel memanggil si kembar kembali.
"Tak nak, nak stay dengan cikgu" Falisha menggelengkan kepalanya.

"Isha nak ambil gambar dengan pengantin tak?" Natashya bertanya pada Falisha, dihiraukan Farel yang memanggil si kembar itu.
"Boleh ke?"
"Apa pula tak boleh" Natashya tertawa kecil.

"Laila, anak-anak murid aku nak ambil gambar dengan korang. Boleh tak? Mengganggu tak?" Natashya memandang ke arah rakan-rakannya itu.

"Boleh je, mari naik" Laila mengangguk. Kamarul turut mengangguk sama.

"Cikgu ikut sekalilah" Falique mendongak ke arah Natashya.
"Okay" Natashya mengukirkan senyuman manis. Walaupun dia cuba untuk tidak terlalu rapat dengan si kembar selepas 'kejadian' itu, tetapi ia sukar baginya apabila si kembar yang selalu mendekati.

"Papa, sinilah" Falique mengajak Farel ketika dia sudah berada di atas pelamin.

"Tak apa lah. Papa tunggu dekat bawah" Farel menggelengkan kepalanya.
"Ehh mana boleh. Cepatlah, papa" rengek Falique pula.
"Boleh je, bang. Naik naik". Ujar jurukamera itu. Nak, tak nak Farel melangkah juga ke atas pelamin bersama senyuman nipis di bibir.

Aina mengambil gambar mereka berempat bersama Laila dan Kamarul di atas pelamin menggunakan telefon pintarnya.

"Sweet" kata Aina sendirian.

"Okay dah, jom balik" Farel sudah berura-ura ingin meninggalkan pelamin itu
"Awal lagi, papa" Falisha memeluk erat pinggang Natashya.

"Tadi kata nak ambil gambar je. Habis tu, nak buat apa lagi?" Farel menggelengkan kepalanya.

"Nak stay dengan cikgu Nat" ujar Falisha.
"Mana boleh macam tu, Isha" Farel mengeluh perlahan.

"Encik ada nak pergi tempat lain ke lepas ni?" Soal Natashya kepada Farel ketika mereka menuruni pelamin itu.
"Tak ada" sepatah dijawab.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now