BAB 19

456 40 0
                                    

     "Tadi kau pesan aku suruh beli apa weyh? Aku lupalah" Natashya melihat pada rak kabinet yang meletakkan segala rempah ratus itu.

"Serbuk kunyit, serbuk kari ayam, serbuk lada hitam, jangan lupa minyak masak dengan sabun basuh baju pula" pesan Aina di dalam panggilan telefon itu.

"Okay, aku dah ingat. Bye" panggilan telefon dimatikan. Segala yang dikatakan Aina sebentar tadi diambil dan dimasukkan ke dalam troli. Kemudian, Natashya menolak troli ke bahagian sabun pula. Tangan mencekak pinggang, otaknya pula ligat mencari sabun basuh baju yang baru dan lebih wangi.

Tangannya menggapai sabun basuh baju jenama Daia Smart. 'Tengok review macam elok' detik hati Natashya.

Tak ramai pengunjung yang datang ke pusat membeli belah ini. Mungkin kerana masih awal bulan lagi.

Setelah dapat apa yang dipesan oleh Aina, Natashya terus berjalan di sekitar itu untuk mencari barang rumah yang kemungkinan diperlukan. Sedang Natashya membelek tin sos spaghetti untuk membandingkan harga, kedengaran bunyi barang jatuh berteraburan. Terus kepalanya menoleh ke arah kanan.

Seorang wanita dalam lingkungan umur orang tuanya sudah menunduk mengutip barang yang jatuh daripada beg tangan. Kelihatan seorang lagi wanita berusia pertengahan 20-an hanya memerhatikan wanita tua itu dan berlalu pergi.

"Sorry, cik...barang mak awak jatuh tu, kenapa tak tolong?" Natashya menghalang wanita muda itu daripada berlalu.

"Mak? Dia bukan mak aku, lagipun dia yang jalan tak pandang depan" wanita itu memutarkan bebola matanya.
"Walaupun silap dia tak pandang depan, cik sebagai yang lebih muda tak salah untuk tolong" Natashya sudah bersuara dengan tegas. Orang berperangai begini menaikkan amarahnya.

"Semaklah kau ni, dia yang langgar aku, habis tu nak aku tolong?"

"Dia yang langgar ke, cik yang tengok phone sampai tak nampak depan cik ada orang? Kalau betul puan tu tak nampak cik sebab terleka, yang cik tengah berjalan tu tak boleh nak mengelak ke? Kecuali cik pun tak fokus apa yang ada depan mata cik sebab phone tu" Natashya menunjuk pula pada telefon pintar di tangan perempuan muda itu.

Terus wajah wanita itu berubah. Natashya tersenyum nipis. Tahu wanita muda itu sudah terkantoi dengan kesalahannya.

"Walau cik tak nak tolong pun, sekurang-kurangnya minta maaf" Natashya mengangguk perlahan. Wanita muda itu memutarkan bebola matanya dan badan terus dihadapkan kepada wanita tua yang dilanggar tadi.

"Maaf makcik, silap saya" wanita muda itu menunduk sedikit dan segera melangkah pergi selepas memberikan jelingan tajam pada Natashya, tanda tidak berpuas hati.

Natashya menggelengkan kepalanya perlahan.

"Makcik okay tak?" Natashya mengutip dompet, pen, kertas dan beberapa lagi barang milik wanita tua itu yang berteraburan di atas lantai.

"Makcik okay. Terima kasih banyak-banyak" wanita tua itu tersenyum manis.

"Berani ye kamu tegur perempuan yang langgar makcik tadi" sambungnya lagi.

"Kena tegur, biar dia tahu perbuatan dia tu salah. Makcik serius okay ke ni?" Natashya membantu wanita tua itu untuk bangun daripada berlutut. Dapat dilihatkan wanita tua ini bukan sembarangan orang, beg tangan berjenama, begitu juga dengan barangan yang ada di dalam beg tangan itu.

"Biasalah, dah berusia ni. Sengal-sengal sendi tu biasa" wanita tua itu tertawa kecil.

"Nama kamu siapa?"

"Saya Natashya. Makcik?" Soal Natashya pula.
"Raissa" wanita tua itu mengangguk kecil.

"Bertuah makcik jumpa orang sebaik Natashya dekat sini. Terima kasih ye sebab dah tolong makcik. Sekejap, makcik ada upah" Puan Sri Raissa mengusap perlahan bahu Natashya itu. Beg tangannya dibuka dan dompet dikeluarkan semula.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now