BAB 28

509 38 0
                                    

"Falique, Isha jom balik. Biar cikgu berehat dekat rumah" panggil Farel kepada anak-anaknya.

"Papa! Nak bawa balik marshmallow ni boleh?" Falique segera mendapatkan Farel sambil menunjukkan bungkusan marshmallow pada tangan Falisha.

"Is it okay?" Farel memandang pula ke arah Natashya.

"Tu Aina punya. Tapi, mesti Aina yang bagi dekat diaorang"

"What did both of you should say to aunty?" Farel memeluk tubuhnya ketika memandang si kembar.

"We already said our thank yous, papa" Falisha mengangguk laju.
"Good" ujar Farel.

"Cikgu, kitaorang balik dulu. Cikgu jangan lupa tidur" kata-kata Falisha kepada Natashya menghiburkan guru tadika itu. Natashya turut tertawa kecil.

"Jumpa Isha dengan Falique hari Isnin tau" Natashya mengusap perlahan pipi mereka.
"Okay! Bye!" Falique melambai ke arah Natashya.

"Rest well" kata Farel kepada Natashya. Kemudian, Farel membawa anak-anaknya masuk ke dalam kereta.

Aina mencuit pinggang Natashya ketika dia sedang memerhatikan kereta Farel yang bergerak meninggalkan perkarangan rumah sewa mereka.

"Lama pandang"

"Tadi kau papah aku ke?" Soal Natashya ketika mengunci semula pintu rumah.
"Walaupun kau kecil, tapi kudrat perempuan macam aku mana larat" jawab Aina pula.

"Habis tu?"

"Siapa lagi kalau bukan..."

"Aaaaa!!! Sumpahlah!" Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya, Natashya sudah menjerit.

"Tak baik main sumpah sumpah, nenek aku marah" Aina tergelak besar melihatkan reaksi Natashya yang malu sehinggakan wajahnya merona kemerahan.

- - -

Seketika di rumah Farel, panggilan dibuat kepada Qays. Laporan perubatan Natashya yang diberikan oleh Dr. Luqman melalui email diperhatikan.

"Assalamualaikum, sahabat. Apa mimpi call malam-malam ni? Nak ajak lepak mamak ke?" Suara Qays kedengaran.

"Waalaikumusalam, kau busy tak?" Soal Farel pula.
"Jawapan aku busy ke tak tu berdasarkan permintaan kau. Mimpi apa kau call ni?"

"Nak minta kau tolong aku. Hal ni tak boleh cakap melalui phone. Kena face to face" jawab Farel sambil mencetak keluar laporan perubatan Natashya di dalam bilik kerjanya.

"Macam besar masalah kau ni. Kau nak jumpa dekat mana? Kedai mamak?"

"Datang rumah aku, aku bagi location" Farel memandang ke arah si kembar yang sedang mewarna di sudut bilik kerja pada ruang khas untuk anak kembarnya.

"Okay baik, sekejap lagi aku sampai" Qays tersenyum kepada Eijaz di sebelahnya. Perancangan mereka ingin makan malam berdua sahaja setelah Natashya dan Aina memaklumkan yang mereka tidak dapat ikut serta kerana ada hal tertentu.

Tetapi, rancangan bertukar setelah Farel pula yang mengajak Qays untuk datang ke rumah pada malam itu.

Farel mematikan panggilannya.

'Tak habis-habis ajak lepak mamak. Dah macam bercinta dengan mamak' detik hati Farel.

- - -

     "MAK aihhhh, bapak besar rumah Farel ni" mulut Qays sudah terlopong ketika memandu memasuki perumahan rumah lot banglo milik Farel itu.

"Dia ada buat duit tepi ke selain jadi pensyarah?" Kata Eijaz yang turut terkesima.
"Jual dadah kot?" Kata Qays bersahaja.

"Ada betul juga tu" Eijaz mengangguk setuju.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now