BAB 49

460 37 1
                                    

     Natashya mengeluarkan dompetnya untuk membayar 3 cawan bersaiz besar Llao Llao yang dibeli olehnya untuk Falique, Falisha dan dirinya.

"Nat, let me pay for you." Yara menolak perlahan dompet Natashya.

"Eh, betul ke? Terima kasih." Natashya tidak menolak. Sudah birasnya mahu belanja. Rezeki jangan ditolak.

"Guna duit Fathi lah." Yara menunjukkan dompet Fathi ditangannya. Yara tersenyum lebar. Tadi, Fathi yang menyuruh Yara untuk membayar perbelanjaan Natashya dan anak-anak buahnya.

"Nanti saya belanja Yara dengan duit Farel pula." Natashya tertawa kecil. Llao Llao yang berada di atas kaunter dihulurkan kepada si kembar dan juga dirinya.

"Yang tu saya suka dengar." Yara mengangguk laju. Pembayaran dibuat pada pekerja di kaunter.

"Sayang, anak-anak nak pergi toilet sekejap. Sayang pergi jalan-jalan dulu dengan yang lain eh?" Fathi menegur Yara sebaik sahaja isterinya berjalan keluar daripada kaunter Llao Llao.
"I'll keep the wallet, alright?"  Yara memeluk erat lengan berotot milik Fathi. 

"Yes, sayang." Fathi mengucup dahi Yara dan memicit pipi isterinya.

"Good and boys...listen to abah, don't play around eh."  Yara memesan pada Fahim dan Farhan. Anak-anaknya boleh tahan degil juga kalau tiba masanya.

"We know lah, mama."

Yara memutarkan bebola matanya. Kemudian, dia berjalan semula pada Natashya dan si kembar.

"Rindulah dengan Farel. Tengok muka Fathi mesti teringat Farel." Natashya memuncung dan mengusap kepala Falisha yang berdiri di sebelahnya.

"Awak jangan macam-macam. Tu suami saya." Yara berpura-pura memberi amaran. Natashya tertawa kecil.

Sedang mereka berjalan melihat pakaian dan kasut yang ada di setiap outlet, Natashya masih memerhatikan langkah Falique dan Falisha. Masing-masing sibuk dengan Llao Llao di tangan. Tak menyempat untuk berpimpinan.

Tiba-tiba, Natashya dirempuh oleh seorang lelaki yang bertubuh tinggi dan tegap. Tak semena-mena, cawan Llao Llao miliknya menyembah bumi. Hanya sudu setia di pegangannya. Hampir menangis Natashya dibuatnya. Banyak lagi Llao Llao di dalam cawannya yang jatuh itu. Membazir satu hal, dapat hilangkan craving sekejap sahaja.

"Pakcik jalan tak tengok depan ke?" Marah Falique apabila melihatkan wajah Natashya yang kini suram. Tangan bercekak pada pinggangnya.

"Uncle Haziq?" Falisha bersuara ketika mendongak memandang lelaki yang telah merempuh uminya. Si kecil itu baru ingin melepaskan amarahnya kerana sudah membuatkan umi kesayangan bersedih, tetapi senyuman segera melebar.

"Sorry lah uncle tak perasan lah. Tadi macam tak ada orang." kata Haziq dan matanya setia memandang ke arah Natashya sahaja.
"Umi punyalah cantik, uncle Haziq tak perasan?" soal Falique polos.

"Haah. Ingatkan uncle langgar bidadari." Haziq tersenyum pada Natashya. Wanita yang didambakan melangkah setapak ke belakang, mendekati Yara di sebelahnya.

"I'm so sorry, Nat...saya sumpah tak sengaja. Saya tak perasan awak pula tadi. Cantik betul bila awak dah bertudung." Haziq menggaru kepala yang tidak gatal.

Natashya tersenyum nipis.

"Lah Haziq...kau jangan pandang pula Nat ni lama-lama. Mendidih darah Farel kalau tahu." ujar Yara.

"Bukan Farel ada pun dekat sini. Dia pergi kursus kan? Tapi, dah alang-alang jumpa ni, apa kata kita pergi makan sama-sama? Bolehlah borak-borak." jawab Haziq selamba.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now