BAB 53

500 42 1
                                    

      Sementara menunggu kepulangan Farel, Natashya bermain Lego bersama si kembar di ruang tamu. Pembinaan rumah berdasarkan Lego sangat melekakan mereka bertiga.

"Assalamualaikum." suara Farel kedengaran lemah.

"Waalaikumusalam, papa!" serentak si kembar berkata. Natashya menuju ke arah Farel dan menyalami tangan suaminya. Wajah Farel yang seakan-akan pucat itu diperhatikan.

"Abang tak sihat ke?"

"Tak sedap badan lah. Daripada tadi rasa nak muntah, tapi tak keluar pun."

"Abang naik atas dulu, mandi. Saya masakkan bubur ayam untuk abang ye?" Natashya mengusap perlahan bahu Farel.
"Jangan banyak-banyak, abang tak ada selera."

Natashya mengangguk perlahan. Langkah kaki Farel menuju ke tingkat atas hanya diperhatikan sahaja.

"Papa suka bubur ayam letak lada hitam waktu demam." kata Falisha.
"Terima kasih sayang. Umi masak untuk papa sekejap. Isha main dengan Falique dulu." Natashya tersenyum senang dan menuju ke ruang dapur.

Bahan-bahan bubur ayam disediakan terlebih dahulu, sebelum digaulkan bersama-sama.

Natashya kerap mengacau bubur di atas periuk kecil itu agar tidak hangit, sedikit garam dan juga lada hitam diletakkan ke dalam bubur ayam. Sedang Natashya menggaul, lengan encik suami melilit kemas pada pinggang Natashya.

"Pagi tadi, saya tengok abang sihat je?"

"Tengahari tadi baru rasa loya tekak. Kepala ni berdenyut je, sakit." adu Farel, tetapi wajahnya disorokkan pada batang leher Natashya. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa mual yang ada.

"Sekejap lagi bubur abang siap, abang makan eh?"

Farel mengangguk perlahan. Natashya menyentuh wajah suaminya dan juga dahi, suhu normal sahaja. Tetapi, memang pucat wajah Farel ketika itu. Nampak tidak bermaya.

Tiba-tiba Farel berlari ke arah bilik air tetamu yang berada berdekatan dengan ruang dapur.
"Eh abang, kenapa ni?" Natashya mematikan api dapur terlebih dahulu dan segera mendapatkan Farel di dalam bilik air. Pintu dikunci oleh suaminya.

"Umi, papa kenapa?" Falique turut datang ke bilik air itu, diikuti oleh Falisha.

"Papa tak sihat." Natashya mengusap kepala si kembar.
"Abang? Buka pintu, bagi saya masuk." Natashya mengetuk pintu bilik air itu.

Tak sampai tiga minit, pintu bilik air dibuka luas oleh Farel.

"Abang okay." kata Farel. Kepala si kembar diusap perlahan.
"Pergi klinik nak tak, papa?" Falisha menggenggam tangan Farel.
"Esok baiklah ni, papa salah makan je kot." Farel berjalan semula ke ruang dapur. Bubur Natashya seakan-akan mengembalikan selera makannya.

"Abang duduk dulu, saya hidangkan sekejap." Natashya segera mengambil satu mangkuk dan diisikan bubur ayam yang sudah siap dimasak ke dalamnya.

"Papa kalau esok tak sihat juga, kita pergi klinik eh?" kata Falisha dalam kerisauan. Farel mengangguk setuju.

Farel menjamah satu suap bubur ayam itu. Ingatkan dia akan memuntahkan balik seperti makanan yang dibeli di kafeteria, tetapi rupanya selera makannya tiba-tiba ada. Bubur ayam yang dimasak oleh Natashya itu habis dimakan. Licin.

"Betul ke abang sakit ni? Ke sakit mengada?"

"Mengada dengan isteri abang pun tak boleh ke? Minta recharge energy, tak nak pula."

"Dah dapat empat hari lepas, nak lagi ke?" Natashya mencubit lengan Farel.
"Itu empat hari lepas, hari ni lainlah."

"Ewahhh Encik Farel, tadi macam sakit bebenau."

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now