BAB 2

787 39 1
                                    

Papan kekunci ditekan. Dia melakukan kerjanya dengan tekun. Fahrin meneliti satu persatu maklumat yang dihantar oleh Tuan Nizam. Dia sempat menghantar data dan file misi kepada rakan sekerjanya yang lain.

" Mari kita tengok siapa dalang disebalik organisasi ni " katanya perlahan. Hanya dia sahaja yang boleh mendengar. Fahrin menggunakan kebolehannya dengan mudah untuk melakukan kerja ini. Biasalah biro Siber kan.

" Uii Fahrin " tegur Kyle.

" Yow, asal? "

" Aku nak minta tolong sikit "

" Why? Tolong apa? " Soal Fahrin.

" Aku cuba cari ketua organisasi tu tapi tak jumpa. Kalau ada pun tak nampak muka sebab gelap, gambar pula tak clear. Penat aku dari tadi cuba tak boleh juga. Semtegheh. " Luahnya . Fahrin mengekek sedikit apabila mendengar luahan Kyle.

" Kau ni takkan la sebab tu terus give up? Biar aku settle kan. Kalau tak boleh jugak aku minta tolong Dyna. Sekarang ni cuba kau cari lokasi terakhir diorang bawa masuk dadah and tempat diorang proses dadah-dadah tu semua. Kalau boleh kau cari la sekali last diorang beroperasi dekat mana. Lepas tu rojer aku eh?" Arah Fahrin.

" Ye baik, tapi kau tau tak nama organisasi tu? " Soal Kyle.
Fahrin hanya mengeleng menandakan dirinya tidak tahu.

" Black Haisumi " kata Kyle.

" Macam pernah dengar " Fahrin berfikir sejenak. Dia terus mengingati sesuatu. Fahrin menekan papan kekunci komputernya.

" Here, tengok ni "
Fahrin menunjukkan maklumat yang dia dapat. Kyle membaca dan mencuba untuk memahami apa yang disampaikan oleh Fahrin. Dia mengangguk.

" Haa... macam yang kau tengok ni, Black Haisumi merupakan organisasi dadah dan pemerdagangan haram yang pernah famous dekat Malaysia dulu.Diorang ni dah beroperasi lama, ramai ja pihak yang cuba tangkap diorang tapi tak berjaya. Tapi Kes ni dah ditutup dulu sebab diorang dah lama tak tunjuk belang. Kenapa tetiba diorang suruh agensi kita buka balik Kes ni? " Fahrin menerangkan dengan teliti kepada Kyle. Dia berasa hairan dengan arahan yang diterima untuk membuka balik Kes yang sudah hampir setahun ditutup.

" Diorang bukan tak tunjuk belang. " Sampuk Dyna. Fahrin dan Kyle sedikit terperanjat dengan sampukkan Dyna yang entah datang dari mana.

" Terkejut aku. Kau ni datang dari mana tetiba ja muncul. Nasib baik tak terkeluar jantung aku. Roh aku melayang untuk 3 saat tau. Kalau aku mati terkejut dekat sini macam mana? Dah la aku tak kahwin lagi. " Marah Kyle sambil mencekak pinggangnya, tetapi dia tidak meninggikan suaranya kepada Dyna.

" Aku dah lama ada dekat sini. Korang aje yang tak perasaan. By the way, bukan aku sorang yerr yang dengar korang berborak. Ni si Rezza dengan Sarah pun ada. " Tanpa mereka sedari Rezza dan Sarah lebih lama memasang telinga mendengar perbualan mereka sebelum Dyna datang. Rezza dan Sarah hanya mampu tersenyum seperti kerang busuk apabila perbuatan mereka sudah kantoi.

" Dah alang-alang korang cakap pasal Black Haisumi ni, better panggil semua sekali. Kita share maklumat yang kita jumpa " kata Dyna. Mereka mengangguk. Sarah memanggil kesemua ahli pasukannya yang lain.

Baiklah, semua dah ada. Apa kata kita bagitau apa yang kita dah jumpa pasal misi kalini " kata Rezza.
Perbincangan dimulai dengan Fahrin.

" Kyle dapat tau nama organisasi tu. Black Haisumi. Tapi Kes untuk organisasi ni dah ditutup dulu. Dalam setahun yang lalu."

" Sebab? " Soal Darwish

" Diorang tak tunjuk belang. So kerajaan ingat diorang dah stop edar dadah and kerja haram lain. " Jawab Ayie. Ayie mengetahui sedikit sebanyak tentang Black Haisumi kerana kawan baiknya pernah menyiasat untuk Kes yang sama.

" Emm tak. Macam yang aku cakap tadi, diorang bukan tak tunjuk belang. Tapi operasi diorang tu yang tak kantoi. Agensi yang handel Kes ni dulu ambil mudah pasal Kes ni. Lagipun Black Haisumi ni ada orang dalam sebabtu diorang tak kantoi bila buat kerja. " Sampuk Dyna.

" Hah? Maksud kau? Orang dalam? Tak faham lah cuba lukis. " Soal Alya.

" Ya diorang ada orang dalam. Agensi yang siasat Kes ni dulu ada pengkhianat dalam kalangan diorang. Tapi dia buat kerja clean. So tak kantoi. Diorang dibutakan macam tu ja. Lagipun diorang bukannya stop siasat sebab Black Haisumi tak tunjuk belang, tapi sebab lain. " Terangnya.

" Sebab lain? " Tanya Sarah. Soalan Sarah membuatkan Dyna terdiam. Dia hanya mengangguk dengan soalan Sarah.

" Sebab lain? Tolong la sambung ayat kau, kenapa dibiarkan tergantung. " Rayu Darwish. Dirinya tidak faham . Dyna hanya mengangkat sedikit bahunya menandakan dirinya tidak tahu.

" Eh jap-jap, mana kau tau ni? Bapak cepat kau dapat maklumat." Soal Rezza. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri mendengar penjelasan kawan-kawannya.

" Eh kau ni takkan tak tahuu.. itu Dyna la. Agent terbaik SPAJR. Memang la cepat dapat maklumat." Jawab Fahrin bagi pihak Dyna. Dia bangga dengan rakannya yang seorang ini. Dyna hanya berdiam diri mendengar pujian Fahrin.

Fahrin memandang Dyna sambil tersenyum nipis. Dia tahu apa yang disembunyikan Dyna dan mengapa Dyna tidak berterus terang tentang Black Haisumi.

" Ok dah la. Ada apa-apa lagi maklumat? ", soal Rezza
Semua orang mengeleng menandakan tidak.

" Kalau macam tu kita sambung kerja kita. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang korang dapat dan share with others. " kata Rezza

" Baik, aku akan cuba jejak lokasi terakhir kumpulan ni beroperasi" kata Kyle.

" Aku pula akan cuba cari dalang disebalik kumpulan ni " sambung Fahrin.

"Aku dengan Alya akan pergi ke agensi lama yang siasat Kes ni. Manalatau diorang boleh bantu. " Kata Ayie. Alya hanya mengangguk tanda bersetuju.

" Aku dengan Darwish akan cuba siasat kenapa diorang berhenti siasat Kes ni. " Kata Sarah.

Rezza mengangguk.
" Aku dengan Dyna.. " belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Dyna terlebih dahulu bersuara.

" Aku ada hal. Kau nak buat apa pun aku tak kesah. Esok bagitau aku apa maklumat yang kau jumpa. Cuba la siasat sorang-sorang dulu. " Rezza terkedu mendengar kata-kata Dyna. Suka betul si Dyna ni menyampuk bila orang tengah bercakap. Ikut perangai siapa lah?

" Kau nak pergi mana? " Soal Rezza sedikit kecewa.

" Aku ada hal. Kau settle kan la dulu apa yang kau boleh settle. Esok, kalau Kyle dah jumpa lokasi terakhir diorang beroperasi, kita pergi siasat dekat situ. Oh yaa, Esok korang bagitau aku apa maklumat yang korang jumpa. " Kata Dyna mendatar. Dia terus berlalu pergi tanpa menunggu jawapan daripada Rezza.

Rezza mencebik. Dingin betul layanan Dyna kepada dirinya. Rakannya yang lain juga turut pergi melakukan kerja mereka masing-masing setelah Dyna meninggalkan mereka.

" Sabar ya Rezza. Dyna memang macam tu, nanti kau terbiasa la tuu. " Pujuk Fahrin sambil menepuk-nepuk bahu Rezza untuk memujuk. Rezza mengangguk dan terus berlalu pergi.





Kereta Audi R8 nya dipandu menyusuri jalan raya. Dyna menghubungi seseorang. Dia mendail nombor orang yang hendak dihubunginya. Nombor ditekan.

1 saat
2 saat
3 saat

Telefon diangkat.
" Hello " Kedengaran suara garau seorang lelaki disebalik Telefon.

" Hello. Dyna nak jumpa korang. Ada hal Dyna nak bagitau. Jumpa dekat tempat biasa. Dyna on the way, lagi 20 minit sampai. "

" Baik " kata lelaki itu.

Telefon diletak. Dyna terus memandu pergi ke tempat yang sudah ditetapkannya.



Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt