BAB 15

327 16 0
                                    

                    Dyna memandu menyusuri jalan raya untuk ke rumah Dee. Pagi-pagi tadi, dia sudah bangun dan bersarapan sebelum bergerak. Dia sudah berjanji dengan Dee untuk menemaninya pergi mencari baju nikah dan baju sanding untuk majlis perkahwinan Dee.

Dyna terlebih dahulu menyinggah rumah opahnya kerana sudah seminggu dia tidak pulang kesana.

Setibanya dia disana, dia ternampak Mia yang sedang menyiram pokok bunga.

" Mia " tegur Dyna lembut.

" Akak ! " Mia terkejut melihat sosok tubuh Dyna. Dia menghentikan perbuatannya lalu menyalam tangan Dyna.

" Akak tidur mana? " Soal Mia.

" Akak tidur rumah abang Rafeeq. Kenapa? Rindu ke? " Soal Dyna lembut.

" Err sikit la.. "

" Opah mana? Ada ke? " Soal Dyna sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

" Opah keluar pergi pasar dengan nekma " balas Mia, juga sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Nekma merupakan jiran mereka.

" Ohh.. ok " Dyna menaiki tangga ke tingkat atas rumah untuk mengambil barangnya. Mia mengikuti langkah Dyna.

" Akak nak stay rumah abang Rafeeq lagi ke?" Soal Mia selepas melihat Dyna mengambil barang-barang pentingnya.

" Haah, tolong jagakan opah tau.. " pesan Dyna. Dia terus turun ke bawah selepas mengambil barangnya.

" Akak nak pergi mana?" Soal Mia lagi.

" Rumah Dee. Dia suruh akak teman dia cari baju untuk perkahwinan dia. Akak pergi dulu.." balas Dyna. Mia mengangguk.

Dia tiba di rumah Dee. Rumah Dee berada berdekatan dengan rumah opahnya, jadi dia tidak memakan masa yang lama.

Selepas menunggu 5 minit, Dee keluar dari rumahnya dengan senyuman yang melekat di wajahnya.

" Lama ke? Sorry lambat..." Kata Dee risau jika Dyna menunggu lama.

" Tak unn.. kau nak pergi cari dekat mana? " Soal Dyna lembut.

" Arsyad kata pergi dekat butik mak dia, dia suruh cuba baju yang dia tempah " balas Dee.

" Ohh ok " kata Dyna. Dia terus memandu untuk pergi ke sana.

Selepas 45 minit perjalanan, mereka pun tiba di FairyQ's Boutique. Butik ini merupakan kepunyaan bakal mak mertua Dee iaitu mak kepada Arsyad.

" Dee " sapa auntie Rose.

Auntie Rose merupakan bakal mak mertua Dee sekaligus pemilik butik itu.

" Auntie!!! " Jerit Dee, teruja. Dia terus menghampiri auntie Rose dan memeluknya sebelum menyalam.

" Datang nak cuba baju kan? Arsyad ada bagitau auntie semalam. " Soal Auntie Rose lembut.

" Iyee, ini kawan saya.." kata Dee sambil menarik Dyna.

" Hehe saya Dyna " kata Dyna kekok. Dia juga menyalam tangan auntie Rose.

" Cantikk.. " kata auntie Rose sambil tersenyum. Dyna juga membalas senyuman auntie Rose.

" Dee dengan Dyna duduk dulu kejap, auntie pergi ambil baju Dee " kata auntie Rose. Dyna dan Dee mengangguk lalu mereka duduk di kerusi menunggu.

Auntie Rose datang sambil membawa sepasang baju kurung berwarna putih. Simple tetapi sangat cantik.

" Dee cuba la dulu " kata auntie Rose lembut.

Dee mengambil baju itu lalu pergi ke bilik persalinan untuk mencuba.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Där berättelser lever. Upptäck nu