BAB 55

270 20 7
                                    


Sambungan....




                 
                " Kau tunggu sini" sempat Dyna berkata kepada Rezza.

Rezza turut dengan arahan Dyna. Dia menunggu didalam keretannya.

Dyna pula berlari masuk ke dalam rumah sebaik sahaja mereka tiba di rumah opah.

Kelihatan opah sedang terbaring tidak sedarkan diri sambil kepalanya berlumuran darah. Manakala Mia, sedang duduk menangis di sisi opah. Badannya juga berlumuran darah seperti ditikam.

" Sampai pun.. cepat pula kau datang. Sikit lagi ja nak arwah dua orang ni.." kata seorang lelaki berbadan tegap yang sedang duduk di kerusi ruang tamu utama rumah itu.

Dyna tidak menghiraukan lelaki itu, cepat-cepat dia menghampiri opah dan Mia tetapi dihalang oleh lelaki berbadan tegap yang lain.

Dyna terus menyepak lelaki itu, tetapi ada lelaki lain yang menyepak Dyna pula sehingga membuatkan dia jatuh.

" Kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan diorang ni? Haha" soal lelaki itu, sinis.

" Apa kau nak?!" Tengking Dyna.

" Emm, aku hanya terima dua arahan.. satu, bunuh orang dalam rumah ni. Yang kedua, bakar rumah ni." Jawab lelaki itu, jujur.

" Aku takkan biarkan." Kata Dyna, mendatar.

Dyna terus bangun lalu menumbuk lelaki itu sehingga membuatkan cecair merah keluar dari mulutnya. Lelaki lain cuba untuk menghalang tetapi Dyna terlebih dahulu bertindak.

Dyna membelasah satu-persatu orang disitu. Dyna mengeluarkan pisau lipat yang berada di belakang seluarnya lalu menikam mereka. Satu-persatu lelaki itu tumbang ditikam Dyna.

Sekarang, hanya tinggal Dyna dan lelaki tadi, nampak seperti ketua dikalangan mereka.

Dyna menikam dada lelaki itu, dia juga mengores lengan dan badannya. Banyak cecair darah keluar dari badan lelaki itu. Lelaki itu rebah kerana kehilangan banyak darah.

Dyna mencengkam leher baju lelaki itu, tangannya yang sebelah lagi elok memegang pisau yang berlumuran darah. Dyna merenung tajam lelaki itu.

" Dyna! " Jerit Rezza yang datang selepas lama menunggu di dalam kereta.

Dia terkejut, kawasan ruang tamu penuh dengan darah. Banyak tubuh badan manusia terbaring. Kesemuanya tidak bernyawa. Ngeri.

" Apa kau buat ni?" Soal Rezza.

" Dyna?" Sampuk Khai yang datang bersama Zackry. Mereka juga terkejut dengan keadaan rumah itu.

" Musibat ni dengan kawan-kawan dia dah cari pasal." Kata Dyna, mendatar. Lelaki tadi masih elok dicengkam Dyna.

" Jangan macam ni Dyna.." pujuk Rezza sambil menghampiri Dyna.

" Jangan datang. Korang bergerak selangkah aku potong kepala musibat ni." Kata Dyna. Dia sudah tidak dapat dikawal.

" Shit. Zackry call Raf dengan Sam sekarang." Bisik Khai kepada Zackry.

Zackry terus berlari keluar dari rumah itu. Dia mengeluarkan Telefonnya lalu menghubungi Rafeeq dan Sam.

" Dyna.. letak pisau tu Dyna.." pujuk Khai, cemas. Dia tahu apa yang akan terjadi sekiranya Dyna hilang kawalan.

Dyna tidak menghiraukan kata-kata Khai.

" Kau nak hidup?" Soal Dyna, mendatar kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengangguk lemah.

" Jawab soalan aku. Siapa hantar kau?" Soal Dyna sambil pisau yang dipegangnya dicucuk perlahan di bahagian leher lelaki itu.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now