BAB 50

262 16 2
                                    



                  " Bangun !!!!!!!" Jerit Khai di tepi telinga Dyna. Dia juga mengoncang-goncang badan adiknya itu.

Dyna terus mencelikkan matanya. Dia terbangun selepas mendengar jeritan Khai.

" Nak apa?" Soal Dyna, perlahan. Matanya masih tertutup rapat.

" Bangun la Dyna" kata Khai.

" Malas laa" kata Dyna, dia menekup mukanya menggunakan bantal.

" Bangun jangan tidur balik.." kata Khai lagi.

" Malas. Dah pergilah keluar, shuhh shuhh" halau Dyna.

" Sampai hati halau kitee, kite merajuk la." Kata Khai, manja. Dia juga mencebik mulutnya.

" I don't care" kata Dyna, selamba.

" Ouhh! Dah tak sayang Khai eh?! " Soal Khai sambil mencekak pinggangnya.

" Haah" jawab Dyna, selamba.

" Takpa laa Dyna.. tapi Khai nak minta tolong sikit ajee" kata Khai.

" Apa? " Soal Dyna, malas.

" Pinjam kereta boleh? "

" Kenapa tak naik kereta sendiri?" Soal Dyna.

" Masuk bengkel " jawab Khai.

Dyna terus bangun dari baringnya. Matanya terbuka perlahan. Wajah Khai terpampar di depan mukanya.

" Kenapa? " Soal Dyna, perlahan.

" Tukar warna" jawab Khai.

" Kerap-kerap tukar warna. Warna apa pula kalini?"

" Neon pink" jawab Khai.

" Perhhh terang betul warna. Cerah seperti masa depan Dyna." Kata Dyna, sedikit terkejut.

" Khai nak jadi one and only di Malaysia." Kata Khai, selamba.

" Kukmung. Tu kunci kereta. " Kata Dyna sambil menunjukkan ke arah kunci yang berada di atas meja komputernya.

" Ok thanks ya.." kata Khai.

" Tapi Khai nak pergi mana? " Soal Dyna.

" Kerja la.."

" Ouhh, ok."

Kerja? Kerja yang mana satu?













                      Rezza memarkir keretanya sebaik sahaja dia tiba di pejabat SPAJR.

Hari ini, dia dan pasukan Alpha akan kembali bekerja selepas bercuti selama beberapa hari.

" Uii Rezza" tegur Darwish yang juga baru sahaja tiba.

Rezza terus menghampiri Darwish. Mereka berdua masuk bersama-sama ke dalam pejabat itu.




" Harini ada meeting" kata Kyle kepada Fahrin.

" Hmm " jawab Fahrin, malas.

" Kau ok tak?" Soal Kyle.

" Ok. " Jawab Fahrin, ringkas.

" Nampak macam tak ok. Kau fikirkan apa ni?"

" Entah la.."

" Dyna? " Soal Kyle.

Fahrin tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri.

" Kalau pasal Dyna.. kau marah dia ke?" Soal Kyle.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now