BAB 49

235 18 6
                                    



                       Telefon bimbit milik Fahrin berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Fahrin yang sedang tidur terus terjaga dari lenanya.

Dia meraba-raba meja yang berada di sebelahnya untuk mencari Telefonnya. Fahrin mencapai Telefonnya, dia terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nombor yang tertera.

" Hmm hello? " Soal Fahrin dengan suara yang serak kerana baru bangun tidur.

" Kau baru bangun ke? " Soal Rezza.

" Siapa ni? " Soal Fahrin yang masih mamai.

" Kau mamai lagi ke? " Soal Rezza lagi.

" Siapa ni? " Soal Fahrin. Soalan berbalas soalan.

" Ni aku la Rezza.." jawab Rezza.

" Ouhh Rezza.. ha kenapa? "

" Aku ganggu kau tidur ke? "

" Tak.. kau selamatkan aku. Tadi aku mimpi kena kejar kambing." Jawab Fahrin, jujur.

Ya, dia memang mimpi kena kejar kambing tadi.

" Apa kau buat sampai kambing tu kejar kau?" Soal Rezza.

" Entah, aku hensem sangat kot.. bukan manusia ja tergilakan aku, kambing pun sama." Jawab Fahrin, selamba.

" Hahahaha ikut kau laa.." kata Rezza, dia ketawa sedikit selepas mendengar kata-kata Fahrin yang selamba sahaja itu.

" Betul la.. kau call ni kenapa?" Soal Fahrin.

" Nak ajak breakfast.. lepastu aku ada nak tanya something. Boleh ke?"

" Ouhh, kau belanja ke? "

" Haah, aku belanja.." jawab Rezza.

" Mantap, ok dekat mana? "

" Warung kedai kopi dekat dengan rumah kau tu.. nama apa tah " jawab Rezza.

" Ouhh, kedai Abe Samad tu.."

" Haah, situ.. boleh ke? "

" Yaa, lagi 30 minit aku sampai" kata Fahrin.

" Mak aii 30 minit? Lama naww" kata Rezza sedikit terkejut.

" Ya laa, orang hensem memang bersiap lama.. dah la aku letak dulu. Kejap lagi aku tambah lagi 30 minit kang." Kata Fahrin.

" Ya la " kata Rezza.

Fahrin mematikan panggilan. Dia terus bangun dari tempat tidurnya. Dia mencapai kain tualanya lalu terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan bersiap-siap.








          Selesai bersiap Fahrin terus bergerak ke warung yang di beritahu Rezza tadi. Fahrin memandu motorsikalnya untuk pergi ke sana.

Setibanya dia disana, kelihatan Rezza sedang menunggu di meja makan.

" Lama betul kau bersiap, last-last pakai jersey aje? " Soal Rezza yang melihat Fahrin berbaju jersey dan berseluar tracksuit.

" Ya la, takkan nak suruh aku pakai baju melayu pula? Lagipun kedai ni tak jauh unn dari rumah aku. Kejap lagi aku balik sambung tidur aa. Esok dah kerja. Baik aku habiskan masa aku dengan perkara yang bagus." Jawab Fahrin.

" Huh, ya laa" kata Rezza, pasrah.

" Kau nak cakap apa ni?" Soal Fahrin.

" Kejap, sebelum tu kita order dulu" kata Rezza. Fahrin mengangguk perlahan kepalanya.




Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt