BAB 48

234 12 4
                                    


Sambungan....






                    Dyna memarkir keretanya sebaik sahaja dia tiba di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat itu. Kelihatan Khai, Fairuz dan Zackry sedang menunggu di hadapan pintu rumah.

Dyna terus menghampiri ketiga-tiga jejaka itu selepas dia keluar dari keretanya.

" Kenapa? Ada masalah ke? " Soal Fairuz. Dyna tidak menjawab, dia hanya menganggukkan kepalanya.

" Masuklah dulu " kata Fairuz. Dyna terus melangkah masuk ke dalam.



" Masalah apa? " Soal Zackry.

" Pasukan Alpha ada misi baru. Misi diorang adalah untuk tangkap Zackry dan Dyna. " Jawab Dyna.

Ketiga-tiga jejaka itu sedikit terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Dyna.

" But, why? Diorang dah tahu yang korang masih hidup?" Soal Fairuz.

" Haah, Dyna rasa Alya yang bagitau " jawab Dyna.

" Bagitau apa? " Sampuk Rafeeq yang baru sahaja tiba. Fahrin dan Sam juga turut tiba bersama.

" Kenapa korang datang sini? " Soal Dyna, dia pelik.

" Abang Khai yang call tadi. Dia cakap Dyna nak jumpa " jawab Fahrin, jujur.

" Dyna nak jumpa Zackry aje.. bukan korang." Kata Dyna.

" Tadi, Zackry cakap Dyna nak datang sini.. " kata Khai.

" Ya la, sebab nak jumpa Zackry. Kan dia stay sini untuk sementara waktu." Jawab Dyna.

" Ouhh faham. Tapi cakap ajelah dengan kitorang. Kitorang nak dengar juga" kata Khai.

" Ya la, dah alang-alang semua ada dekat sini, senang la sikit" kata Dyna.

" Pasukan Fahrin ada team baru. Betul kan Fahrin? " Soal Dyna sambil melihat Fahrin.

" Ya.. mana kau tahu? " Soal Fahrin. Seingat dia, dia tidak lagi memberitahu Dyna.

" Rezza. Dia datang rumah opah tadi, untuk jumpa Dyna. Dia marah, dia tanya betul ka Dyna ugut Alya untuk bunuh Alya dan Suhaimi tu." Terang Dyna.

" Kau jawab apa? " Soal Zackry.

" Nak tak nak Dyna jujur ajelah. Dyna tak boleh tahan kemarahan waktu tu. Dia cakap Dyna sabotaj misi diorang sebab nak tutup kesalahan Zackry. Dia cakap Dyna tolong Zackry larikan diri. " Kata Dyna.

" Eh jap, siapa Rezza? " Soal Fairuz.

" Haah kan? Siapa Rezza? " Soal Khai pula.

" Alu pun tak kenal siapa Rezza" kata Rafeeq.

Fairuz, Khai dan Rafeeq masih tidak pernah berjumpa dengan Rezza dan mereka tidak mengenali siapa itu Rezza.

" Partner kerja Dyna dulu.. salah seorang ejen terbaik SPAJR juga. " Jawab Fahrin bagi pihak Dyna.

Ketiga-tiga jejaka itu mengangguk perlahan kepala mereka tanda faham.

" Eh, Sam kenal Rezza? " Soal Rafeeq kepada Sam.

" Yaa, aku ada jumpa dia waktu family Dee buat makan-makan. Kan aku pergi rumah opah waktu tu" jawab Sam. Rafeeq mengangguk kepalanya.

" Ok dah sambung. Rezza cakap apa lagi dekat kau?" Soal Zackry.

" Dia cakap pihak atasan dah tahu tentang kematian palsu Dyna. Misi diorang sekarang adalah untuk tangkap Dyna dan Zackry. Dia juga cakap, Alya bagitau diorang Zackry lah penyebab bangunan waktu misi tu meletup. Diorang tuduh Zackry yang hidupkan bom tu sebab Alya ada nampak." Ujar Dyna.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now