BAB 16

302 18 2
                                    



                Pintu pejabat diketuk dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.

" Dyna jum " kata Rezza kepada Dyna.

" Sapa lagi pergi? " Soal Dyna.

" Aku,kau,Darwish dengan Sarah." Jawab Rezza.

" Ohh. Ha jum laa" kata Dyna sambil menyimpan barang-barangnya.

" Weii Dyna.. aku nak naik dengan kau boleh? " Tegur Sarah berlari ke arah Dyna.

" Eh, kenapa pulak? Kau pergi la naik dengan Darwish." Sampuk Rezza yang mendengar permintaan Sarah.

" Aku nak naik dengan Dyna. Kau pergi la naik dengan Darwish, sibukk aje.." kata Sarah.

" Eh, partner kau bukan Dyna. Dah la pergi naik dengan Darwish" Rezza menghalau Sarah. Tetapi Sarah tetap mempertahankan kehendaknya.

" Biar laa... Sepak kang! Aku nak naik dengan Dyna.. dah tepi" kata Sarah. Dia menolak Rezza yang ingin memasuki kereta Dyna.

" Ehh budak ni.. tolak-tolak orang pula" kata Rezza tidak berpuas hati.

" Eh sudah la! Main tolak-tolak pulak. Dua-dua naik dengan aku senang. Tak payah bergaduh " marah Dyna. Rezza menjeling Sarah. Sarah juga menjeling Rezza.

" Ha bila nak habis gaduh? Orang nak cepat dia boleh buat perangai kebudak-budakkan." Kata Darwish yang datang selepas dirinya disidai lama didalam kereta.

" Masuk cepat Rezza. Tinggal kang menangis kau" arah Dyna. Rezza terus masuk kedalam kereta Dyna.

Rezza dan Sarah menumpang kereta Dyna untuk pergi ke kilang daging itu, manakala Darwish memandu sendirian.

Selepas memandu selama 45 minit, mereka pun tiba di kilang tersebut.

Dyna memarkir keretanya berhampiran dengan pintu kilang itu.

" Dah jumm!" Jerit Sarah, teruja. Rezza yang tadinya tidur terus terbangun kerana terkejut mendengar jeritan Sarah.

" Weh, aku mimpi ada gorilla menjerit tadi " kata Rezza selamba dengan muka mamainya.

" Sarah eh gorilla yang kau maksudkan? " Soal Dyna selamba.

" Rasanya la.. sebab macam suara dia dalam tu" jawab Rezza jujur. Sarah tidak mendengar perbualan Dyna dan Rezza kerana dia terlebih dahulu keluar dari kereta.

" Nice.. dah la bangun" kata Dyna. Rezza pun keluar dari kereta dan terus pergi ke Darwish.

" Kamu semua mahu siasat ini kilang? Ada waran ka? " Soal pemilik kilang itu dengan slang cinanya.

" Ya la uncle, ini warannya.. boleh kan? " Kata Darwish sambil mengeluarkan waran dan diserahkan kepada pemilik itu.

" Ya la boleh. Tapi kamu jangan kacau orang lain tengah buat kerja ya.. " pesan pemilik itu.

" Boleh uncle no problem " kata Rezza pula.

Mereka pun masuk ke dalam untuk melihat suasana di sana.

" Err sorry " tegur Sarah kepada seorang pekerja yang sedang memotong daging.

" Ya? " Soal pekerja itu.

" Saya nak tanya.. dekat sini ada pekerja nama Zahrul Zackry tak? " Soal Sarah lembut.

" Ada.. tapi dia tak datang harini " jawabnya.

" Ohh boleh saya tahu kenapa? " Soal Sarah lagi.

" Ohh dia cuma part time jaa.. dia dah berhenti kelmarin sebab dah jumpa kerja tetap tak silap saya " jawab pekerja itu, jujur.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now