BAB 60

350 17 13
                                    


               Dyna tiba di sebuah bangunan usang selepas 20 minit pemanduan. Kelihatan dua orang lelaki berbadan tegap sedang menunggunya bersama senjata di tangan mereka.

Selepas memarkir motornya, Dyna terus menghampiri dua orang lelaki itu.

" Mana orang tua tu?" Soal Dyna, mendatar.

Lelaki-lelaki itu tidak menjawab, mereka hanya memberi isyarat kepada Dyna untuk mengikuti mereka.

Dyna dibawa naik ke tingkat paling atas bangunan itu, iaitu rooftop.

Setibanya dia di atas, kelihatan Dee terikat dengan keadaan badannya yang lemah. Ada juga beberapa orang lelaki bersenjata. Tuan Suhaimi terus memandang Dyna selepas Dyna menghampiri mereka.

" Lepaskan dia." Arah Dyna, mendatar.

" Hahaha kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan? Tunggu aku bunuh kau dulu. Itu pun aku tak janji la aku lepaskan dia atau tak." Kata Tuan Suhaimi, sinis.

" Apa yang kau nak sebenarnya ni?" Soal Dyna.

" Bunuh kau. Bunuh semua orang yang ada kena mengena dengan kau." Jawab Tuan Suhaimi, sinis.

" Kenapa kau nak bunuh dia sangat hah?!" Tengking Dee.

Seorang lelaki terus melempang pipi Dee sehingga membuatkan pipinya kemerahan.

" Berani kau lempang aku?! Jaga la kau! Aku tunggu kau dekat padang mahsyar!" Marah Dee, tidak berpuas hati selepas dirinya dilempang.

" Tutup mulut dia. Bising." Arah Tuan Suhaimi. Lelaki itu terus melekatkan pita pelekat di mulut Dee.

Dyna memandang tajam ke arah lelaki yang melempang Dee tadi. Senyuman sinis terus terukir dibibir Dyna.

" Aku perlukan penjelasan. Alasan yang kukuh, kenapa kau nak sangat bunuh aku? Dan kenapa kau nak bunuh orang yang ada kena mengena dengan aku?" Soal Dyna, mendatar.

" Semuanya salah ayah kau. Edwan Malik." Kata Tuan Suhaimi.

" Apa yang dia buat?" Soal Dyna.

" Disebabkan dia, abang aku mati. Dia tak sepatutnya bagi kantoi perbuatan abang aku." Jawab Tuan Suhaimi.

" Ohh, ok aku dah faham." Kata Dyna.

" Abang kau.. uncle Sufian yang acah baik tu eh? Yang banyak memberi sumbangan dekat orang yang memerlukan tapi dari hasil jual dadah Haram dia tu? Am I right?" Soal Dyna, sinis.

Tuan Suhaimi mengempalkan tangannya. Dia marah. Dia tidak berpuas hati selepas mendengar soalan Dyna.

" Kenapa diam? So.. betul la kan? Hihihi pandai aku meneka. Maksudnya... Darwish tu anak Sufian lah kan? Wah, like father like son. Nampak baik, tapi jahat." Kata Dyna, selamba.

" Baik kau diam." Kata Tuan Suhaimi.

" Kenapa? Belum habis lagi eh? Ha apa sebab yang lain?" Soal Dyna.

" Eiman. Kalau bukan disebabkan dia, mesti sekarang aku dah jadi ketua polis untuk SPAJR." Kata Tuan Suhaimi.

" Disebabkan dia, pasukan aku dulu siasat tentang Black Haisumi. Sikit lagi aku nak kantoi. Tapi, misi gagal. Aku taktau pula lepas aku bunuh dia, misi pasukan tu terus gagal. Tapi, ada bagusnya juga, kalau Eiman bagitau orang lain, mesti aku dah dalam penjara. Hahaha tak sia-sia aku bunuh dia." Sambungnya lagi.

" So, kau mengaku lah kau bunuh dia?" Soal Dyna.

" Hahaha, ya.. seronok tau bunuh orang. Lagi seronok bila kau polis, boleh bunuh orang sesuka hati. Semua orang percayakan kau." Kata Tuan Suhaimi.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now