BAB 44

245 16 1
                                    


                   Dyna mencapai Telefonnya. Sempat dia memandang dirinya di hadapan cermin. Senyuman dibibir terukir menandakan dirinya berpuas hati.

" Akak dah siap ke? " Soal Mia dari luar pintu bilik Dyna.

" Yaa " jawab Dyna. Suaranya dikuatkan sedikit agar Mia dapat mendengar.

" Ok jom la" kata Mia.

Dyna terus menghampiri pintu biliknya. Pintu bilik dibuka, kelihatan Mia sedang berdiri tegak disertakan baju tshirts dan bercardigan. Mulutnya sedikit merah kerana memakai lip tint.

" Pakai lawa-lawa nak ngorat siapa? " Soal Dyna sebaik sahaja dia melihat Mia.

" Mana ada nak ngorat orang. Kita nak pergi rumah orang kena la pakai lawa-lawa, takkan la nak pakai baju kelawar pula." Kata Mia sambil tersenyum.

" Huh.. apa salah nya kalau pakai baju kelawar." Kata Dyna.

" Yang akak pakai lawa-lawa ni dah kenapa? Nak ngorat siapa?" Soal Mia.

" Akak memang lawa " balas Dyna dengan selambanya. Dia terus berlalu pergi untuk turun ke tingkat bawah. Mia juga mengikuti langkah Dyna.


" Opah mana? " Soal Dyna sebaik sahaja mereka berdua tiba di tingkat bawah.

" Opah macam biasalah. Dia akan pergi dulu daripada kita." Jawab Mia. Dyna mengangguk tanda faham.

" Abang Sam mana? " Soal Dyna lagi.

" Tadi ada.." jawab Mia.

" Ada ja ni" sampuk Sam yang datang dari arah dapur.

" Ha jom la pergi" arah Dyna.

" Sam tak pergi " jawab Sam.

" Why? " Soal Dyna.

" Malu laa" jawab Sam.

" Malu? Seriously? Hahahaha" Mia ketawa terbahak-bahak selepas mendengar jawapan Sam.

" Diam la budak" kata Sam sambil menjeling Mia. Mia terus menjelirkan lidahnya kepada Sam.

" Jom laa.. teman Dyna" pujuk Dyna.

" Mia kan ada.. nak kena teman apanya? " Soal Sam, lembut.

" Mia tu nak dating.. Sam teman la Dyna please.." pujuk Dyna sambil memegang lengan Sam.

" Ya laa " kata Sam, pasrah. Dyna terus tersenyum selepas mendapat persetujuan Sam.

" Ok jom " kata Mia.

Mereka terus pergi ke rumah Dee dengan berjalan kaki. Malam ini, keluarga Dee mengadakan sedikit jamuan makan dan BBQ. Hanya keluarga dan kawan yang rapat sahaja akan berada di sana.




       Mereka tiba disana selepas beberapa minit berjalan. Kelihatan sekumpulan orang sedang membakar ayam dan bahan masak yang lain.

" Dyna ! " Tegur Dee selepas ternampak Dyna. Dia juga melambai tangannya.

Dyna membalas lambaian Dee. Mereka terus menghampiri Dee.

" Sampai pun.. masuklah dulu " kata Dee, lembut.

" Ammar mana akak? " Soal Mia kepada Dee.

" Gatal. Aku bagitau mak kau, kau gatal " bisik Sam kepada Mia.

" Bagitau la.. tak kesah pun" balas Mia juga dalam keadaan berbisik.

" Ada dekat dapur tadi " jawab Dee.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now