BAB 36

235 17 8
                                    



                  " Semua dah sampai? " Soal Darwish kepada rakan sekerjanya yang sedang berkumpul.

" Dah " jawab Sarah.

" Ok bagus. Berkumpul dulu.. Tuan Suhaimi nak cakap something" arah Darwish. Mereka semua mengangguk lalu berjalan mengikuti Darwish.

" Assalamualaikum semua " Tuan Suhaimi mula membuka mulut selepas kesemua team Alpha berkumpul.

" Waalaikumsalam Tuan " jawab mereka serentak.

" Baiklah, hari ini kamu semua akan pergi jalankan misi. Saya nak kamu bersedia sepenuhnya sebelum kamu bergerak ke sana. Rancangan semua sudah disusun, jadi ikut rancangan yaa. " Ujar Tuan Suhaimi.

" Baik Tuan " kata mereka serentak.

" Ingat, tangkap semua yang ada. Kumpul semua bukti, rampas semua dadah-dadah dan yang paling penting jangan ada yang tercedera. Pastikan tiada yang terlepas. Masuk secara senyap, keluar secara senyap. Saya taknak orang awam tahu pasal ni. " Sambung Tuan Suhaimi lagi. Mereka semua mengangguk tanda faham.

" Baiklah, semoga berjaya. " Kata Tuan Suhaimi. Dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka.

" Dah ready ka? " Soal Ayie kepada Rezza.

" Yaa.. maybe? " Jawab Rezza, ragu-ragu.

" Jangan risau laa.. aku akan pastikan perkara yang sama tidak terjadi " sampuk Darwish.

" Yaa.. betul. Jangan risaulah" kata Ayie, yakin.

Rezza terus mengangguk sambil tersenyum selepas mendengar kata-kata kawannya itu.

" Team Siber dah ready" sampuk Sarah yang datang menghampiri mereka.

" Ok baik. Jom la.. kita bergerak " arah Ayie.

Mereka semua terus masuk ke kenderaan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan bagi menjalankan misi mereka.

Hari ini, team Alpha akan pergi menyusup masuk ke dalam kawasan Black Haisumi beroperasi bagi melanjutkan misi mereka.

Team Alpha terbahagi kepada dua kumpulan untuk misi ini. Kumpulan pertama ialah kumpulan Siber. Fahrin, Kyle dan Alya akan berada di pejabat SPAJR bagi memberi maklumat untuk kumpulan kedua.

Kumpulan kedua merupakan team gempur. Rezza, Ayie, Darwish dan Sarah akan bersama-sama menyusup masuk ke tempat yang sudah ditetapkan mengikut rancangan mereka. Misi kali ini tidak berat, jadi mereka tidak memerlukan bantuan dari team SPAJR Eagle seperti misi sebelum ini.











                  Dyna mencapai kunci motornya. Lalu, dia terus melangkah keluar dari biliknya dan turun ketingkat bawah.

Kelihatan abang-abangnya sedang duduk di sofa sementara menunggu dia turun.

" Dyna pergi naik apa? " Soal Rafeeq selepas melihat kelibat Dyna menghampiri mereka.

" Motor " jawab Dyna.

" Ouhh ok.. " kata Rafeeq sambil mengangguk perlahan kepalanya.

" Jom la.. lambat nanti tak sempat pula " kata Dyna.

" Eh jap, kita kena pergi mana? " Soal Khai.

" Dyna dah share location.. tengok la" kata Dyna. Khai terus membuka Telefonnya.

" Korang pergi naik kereta kan? " Soal Dyna.

" Tak, Sam naik motor juga.. " jawab Sam, lembut.

" Okey.. dah jom " arah Dyna. Mereka terus bergerak ke lokasi yang sudah ditetapkan.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang