BAB 17

270 20 1
                                    


                    " Dyna !!!!!! " Jerit Rezza yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam pejabat Dyna.

" Eishh kau apahal terjerit-jerit? " Marah Dyna.

" Hehe.. kenapa kau tinggalkan aku dengan Sarah semalam? Sampai hati kau...." Kata Rezza. Mulutnya dimuncungkan tanda merajuk.

" Bukan masalah aku. Sapa suruh kau main-main lagi dekat sana. Aku dah lapar so aku blah laa." Jawab Dyna,jujur.

" Kau sanggup tinggalkan aku demi perut kau?" Soal Rezza dengan nada yang sedih. Kitonyo manjoo.

" Ha ya " jawab Dyna.Malas.

" Aku merajuk ! " Jerit Rezza sebelum dia berlari keluar meninggalkan Dyna.

" Dia ada kad selain ic ke? " Soal Dyna sendiri. Dia pelik dengan perangai manja Rezza.




               Dyna mengemas meja kerjanya terlebih dahulu sebelum kakinya melangkah keluar dari pejabatnya.

" Uii " tegur Fahrin yang ternampak Dyna.

" What? " Soal Dyna, menunggu jawapan Fahrin.

" Nak pergi mana? " Soal Fahrin, tertanya-tanya.

" Lunch " jawab Dyna, ringkas.

" Nak ikut ! " Jerit Fahrin, dia terus menghentikan kerjanya.

" Haa " jawab Dyna.

" Kau nak pergi makan dekat mana? " Soal Kyle yang mendengar perbualan Dyna dan Fahrin.

" Kedai tomyam yang selalu aku pergi. Kenapa? Nak ikut juga ke? " Soal Dyna.

" Boleh ke? " Soal Kyle pula.

" Ikut aje la.." jawab Dyna, ikhlas.

" Hehe jumm" kata Kyle teruja.

" Aku pun nak ! " Kedengaran suara Alya menjerit dari jauh. Dia berlari menghampiri mereka.

" Aikk? Telinga dia ni besar gajah ke? Dari situ boleh dengar." Kata Fahrin,selamba.

" Biar la dia nak ikut " kata Dyna pula.

" Jum ! Aku naik dengan Dyna" kata Alya.

" Hmm " jawab Dyna malas.

Mereka tiba di satu kedai Siam yang terkenal dengan kelazatan tomyam disana.

Mereka memesan makanan yang mahu dimakan lalu menikmati makanan tengahari bersama-sama.

" Dyna, Sarah kata kau dengan Darwish tinggal dia semalam dekat kilang daging tu. Betul ke? " Soal Alya tiba-tiba.

" Haah " jawab Dyna,jujur.

" Kenapa? " Soal Alya kerana dirinya ingin tahu.

" Dia dengan Rezza pergi main forklift dekat sana. Sampai nak langgar orang, nasib baik aku tak kena langgar. So aku tinggal la.. lagipun aku lapar waktu tu." Jawab Dyna,jujur.

" Hahahahahahaha.... Memang patut pun kau tinggal diorang. Korang pergi sana untuk siasat bukannya bersuka ria main forklift. " Kata Kyle selepas mendengar jawapan Dyna.

" Lepastu dia balik naik apa? " Soal Fahrin pula.

" Dia kata, dia balik naik teksi. Nasib baik dia bawa duit waktu tu" jawab Alya.

" Tadi aku dengar Rezza menjerit, katanya 'aku merajuk'. Kenapa eh? Sebab kena tinggal tu ke? " Soal Kyle.

" Haah " jawab Dyna.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now