BAB 6

431 24 6
                                    

" Uii, Dyna " tegur Rezza yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam pejabat Dyna.

" Kau apahal? Tetiba masuk tak ketuk pintu. Dah nak mati ke?" Soal Dyna. Dia sedikit terkejut.

" Uishh garang. Sorry-sorry. Tapi ini urgent " kata Rezza dengan selamba.

" Urgent apa sampai masuk terjah macam ni? " Soal Dyna dengan nada menyampah.

" Tak la urgent sangat, tapi urgent la juga. Boleh tak kau teman aku pergi siasat bekas kawasan Black Haisumi edar dadah dulu? " Soal Rezza.

" Bukan ke kau kena pergi dengan Darwish? Asal tetiba aku? " Dia membiarkan sahaja soalan Rezza tadi tanpa jawapan.

" Ya memang, tapi Darwish ada hal dengan Sarah. So engkau ja yang boleh tolong aku. Nak minta tolong Ayie dia tak balik lagi.. Please..." Rezza Cuba untuk memujuk Dyna untuk menemaninya.

" Hmm ye la. Tapi kenapa Ayie tak balik lagi? Bukan ka sepatutnya diorang dah masuk kerja harini?" Soal Dyna.

" Diorang tak jadi balik semalam. Jalan jammed. Esok diorang masuk kerja."

" Ohh, faham.." balas Dyna sambil mengangguk.

" Bila nak pergi tempat tu?" Soal Dyna.

" Bila kau free? "

" Sekarang aku free, sampai pukul 3.00 " jawab Dyna.

" Ok bagus, pukul 3.00 kita pergi " balas Rezza.

Dyna yang mendengar terus menghantar jelingan kepada Rezza.

" Kau bodoh ke tak bijak? " Soal Dyna mendatar.

" Hehe gurau aje. Jangan la marah.." kata Rezza.

" Huh, ingatkan tak bijak. Ye la takkan la ejen terbaik SPAJR diorang pilih orang bodoh lak enn? " Kata Dyna. Dia sempat menghantar senyuman mengejek kepada Rezza.

" Tak pa lah kalau tak bijak. Aku boleh belajar. Macam mana kalau ejen terbaik SPAJR takut tikus? Apa nak dibuat? " Soal Rezza dengan nada mengejek.

" Blah la kau. Malas aku cakap dengan kau, buat sakit hati aje." Kata Dyna.
Dia.menyampah.

" Hahaha.. awok takut tikus kee.. alololo ciann dierr " dengan selamba Rezza mengejek. Dia terus berlari keluar meninggalkan Dyna yang seperti gunung berapi mahu meletus.

" Dasar Rezza Fitriey. Aku hantar masuk kubur baru kau tau" Dyna mengumam sendiri.

" Ohh yaa.. kejap lagi pukul 11 yerr kita pergi. Bubyee" kedengaran suara Rezza disebalik pintu pejabat Dyna.

Dyna yang mendengar Cuba untuk mengawal amarahnya. Kalau dilayan perangai si Rezza, boleh runtuh office SPAJR ni.


Jam menunjukkan pukul 11.00

" Dyna.." sapa Rezza. Sempat dia mengetuk pintu pejabat Dyna sebelum masuk. Kelihatan Dyna yang sedang merenung tajam kearahnya.

" Uishh terkejut aku. Kenapa kau tengok aku macam harimau nak makan? Uishh.. janganlah marah.. aku gurau aje tadi. Jangan marah-marah nanti cepat tua " kata Rezza.

" Kau pernah check-in kubur? " Soal Dyna mendatar.

" Tak pernah " selamba Rezza menjawab.

" Nak cuba rasa pengalaman check-in kubur? " Soal Dyna lagi dengan mata yang masih merenung Rezza.

" Hehe taknak lah, jangan la marah Dyna.. aku janji aku tak ejek kau dah" kata Rezza. Dia juga mengangkat jari kelinkingnya.

" Orang gila ja percayakan janji kau" kata Dyna. Kakinya terus melangkah keluar dari pejabatnya.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now