BAB 20

295 20 6
                                    

Sambungan...


             Dyna memandu menyusuri jalan raya. Selesai makan tengahari tadi, dia terus berlalu pergi kerana dia ingin bertemu Zackry.

Selepas beberapa minit perjalanan, Dyna pun tiba di depan rumah teres 2 tingkat itu. Kelihatan Zackry sedang menunggunya di depan pintu rumah. Dyna memarkir keretanya sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam rumah.

" Duduk lah dulu " kata Zackry, lembut. Dyna mengangguk sebelum dia duduk di sofa ruang tamu rumah itu.

" Kau nak air? " Soal Zackry. Dyna mengeleng.

" Tunggu kejap, aku pergi ambil barang sikit " kata Zackry sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas untuk mengambil barang.

Zackry turun sambil membawa komputer ribanya. Dia meletakkan komputer ribanya di atas meja yang berada di ruang tamu itu.

" Tengok ni " arah Zackry. Dia menunjukkan satu rakaman video kepada Dyna.

Video tersebut menunjukkan seseorang yang sedang memerhatikan Dyna dari jauh ketika Dyna keluar bersama kawannya iaitu Dee. Selepas lama memerhatikan Dyna, orang itu terus pergi bertemu dengan Tuan Suhaimi.

Zackry juga menunjukkan video-video lain yang menunjukkan sosok tubuh seseorang yang sama memerhatikan Dyna dari jauh. Orang itu sangat dikenali Dyna.

Dyna mengeluh panjang, dia keliru. Mengapa orang itu sentiasa mengikuti Dyna dan memerhatikan Dyna dari jauh.

" Diorang target aku juga ke? " Soal Dyna, tidak faham dengan situasi yang berlaku.

" Aku tak pasti.. tapi ada video lain" kata Zackry sambil menunjukkan video lain yang juga ditemuinya.

Video kalini menunjukkan seseorang lelaki sedang mengarah orang lain untuk mengangkat beberapa bekas-bekas yang kelihatan sangat berat. Lelaki itu juga sempat membuka bekas itu dan menampakkan isi didalamnya. Dadah. Pelbagai jenis dadah berada didalam bekas-bekas tersebut. Lelaki itu tersenyum puas.

Dyna tergamam sekejap. Dia sangat mengenali lelaki tersebut. Orang yang dia sangkakan baik dan boleh dipercayai sebelum ini telah menghancurkan kepercayaan Dyna.

" So.. dia pun bersubahat dengan Suhaimi beruban tu?" Soal Dyna kepada Zackry. Zackry mengangguk.

" Yee aku dah siasat pasal dia sebelum kau datang sini. Tapi tak jumpa banyak sangat maklumat. Kau kena minta tolong Sam kalau nak lagi banyak maklumat. " Ujar Zackry.

" Okay... Apa maklumat yang kau jumpa? " Soal Dyna, ingin tahu lebih banyak lagi.

" Sebelum tu.. aku nak kau tau benda lain." Kata Zackry. Dyna mengangkat keningnya. Dia menunggu Zackry menyambung ayatnya.

" Suhaimi beruban tu bukannya ketua sebenar geng Black Haisumi tu. Dia cuma pembantu ketua diorang. Kau mungkin takkan expect kalau aku sebut siapa ketua sebenar geng tu" kata Zackry.

" Siapa? "

" Orang yang kau nampak dalam video ni. Tu lah dia." Jawab Zackry, jujur. 

Sekali lagi Dyna tergamam.

" Haha, pandai betul dia sembunyikan identiti dia. Acah baik aje sebelum ni. Buat kerja bagus. Kenapa jadi secret agent kalau diri dia pun ketua geng dadah yang besar. Cable? Bodoh! " Kata Dyna, tidak berpuas hati. Dia marah, rosak nama baik SPAJR jika terkantoi perbuatan orang yang khianati diorang.

" Ayah dia yang mulakan organisasi ni.. so dia macam ambil alih laa.. Suhaimi tu pula pakcik dia. Selamani dia tak kantoi sebab cable lah. Suhaimi tu dia cuma ikut arahan mamat ni la..kau takde rasa pelik ke bila kerja dengan dia? " Sambung Zackry lagi.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now