BAB 57

266 16 9
                                    


                   " Uii Rezza" tegur Darwish yang baru sahaja keluar dari keretanya apabila dia ternampak Rezza.

Rezza mengangkat tangannya sebelum dia berjalan menghampiri Darwish.

" Lambat pula kau sampai harini. Selalunya awal." Kata Darwish.

" Aku bangun lambat. Mengantuk la, semalam tidur lambat." Kata Rezza.

" Kau pergi mana semalam?" Soal Darwish.

" Misi la.. diorang suruh aku join misi tangkap Dyna sebab ada orang buat report, so aku pergi.. tapi Dyna terlepas. Lepastu Kyle call aku suruh pergi rumah Alya. Memang lambat la aku balik semalam." Ujar Rezza.

" Kesian.. dah jum la. Seingat aku ada meeting harini." Kata Darwish.

Rezza mengangguk kepalanya. Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam pejabat SPAJR.


" Weh Tuan Suhaimi panggil kau Darwish" kata Sarah kepada Darwish.

" Kenapa?" Soal Darwish.

" Entah, pergila dulu.."

" Ya la.. kau nak pergi bilik meeting ke?" soal Darwish lagi.

" Haah, aku dengan Rezza pergi dulu.." jawab Sarah.

" Ok" kata Darwish sebelum dia melangkah pergi.



Darwish melangkah masuk ke dalam pejabat Tuan Suhaimi selepas dipanggil. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Tuan Suhaimi.

" Kau nak apa?" Soal Darwish, mendatar.

" Dyna yang bunuh Alya." Kata Tuan Suhaimi.

" Mana kau tahu? Bukan ka Rezza kejar Dyna malam tu?" Soal Darwish.

" Diorang dah siasat. Diorang tunjuk gambar Dyna dekat budak yang call bantuan, dan budak tu kata Dyna lah yang datang rumah dia." Terang Tuan Suhaimi.

" So? Kau nak buat apa?" Soal Darwish lagi.

" Aku nak bunuh perempuan tu secepatnya. Dia dah berani bertindak." Kata Tuan Suhaimi.

" Ya aku tahu kau nak bunuh dia, tapi how? Apa plan kau?"

" Perangkap dia. Dyna akan datang dekat kita kalau kita sentuh orang yang dia sayang. Alya sentuh family dia, dia bunuh Alya. Apa kata kita sentuh kawan baik dia.." Ujar Tuan Suhaimi, sinis.

" Siapa? Fahrin?" Soal Darwish.

" Bukan.. dia ada kawan baik, perempuan. Ameerah D'Laila. Dia target yang paling senang."

" Kenapa tak target sepupu dia yang terbaring dekat hospital tu?"

" Dyna mesti akan awasi dia. Lagipun orang ramai, senang kantoi nanti." Kata Tuan Suhaimi.

" Takut juga kau kalau kantoi." Kata Darwish perlahan sahaja suaranya.

" Eh, tapi macam boleh... Emm, aku target dua-dua lah." Kata Tuan Suhaimi.

" Ikut suka kau la nak buat macam mana pun. Aku taknak masuk campur. Pastikan apa yang kau plan tu berjaya." Kata Darwish lagi.

" Aku perlukan anak buah kau. Diorang kena tolong aku dapatkan sasaran."

" Sebelum ni kau ada minta juga. Diorang tolong Alya, lepastu mati kena bunuh macam tu aje. Ingat senang nak dapatkan orang yang pandai buat kerja?"

" Itu salah diorang la sebab tak pandai jaga diri. Perempuan macam Dyna pun 4 orang tak boleh settle kan. Kau bagi la orang terbaik yang kau ada, baru lah senang." Kata Tuan Suhaimi.

Endyna Daisha: HER REVENGE   [C]Where stories live. Discover now