BAB 23

1.2K 73 11
                                        

"Astaghfirullahal'azim... Syafiq, apa kau dah buat? Kenapa kau tengking isteri kau sendiri?"

Syafiq meraup wajahnya, seakan mahu menghapuskan garis-garis sesal yang mulai tertanam di hatinya. Kesal bertandang, menikam tiap inci jiwanya selepas tak sengaja meninggikan suara terhadap Maya.

"Bodoh!" Satu keluhan berat dilepaskan.

KNOCK, KNOCK, KNOCK

Pintu bilik diketuk dengan perlahan, cepat-cepat Syafiq menolehkan kepalanya. Kelihatan pintu sedikit renggang, dan sosok Maya ada di situ sedang menjenguk ke dalam untuk melihatnya dalam keadaan takut-takut.

Syafiq mengubah posisi duduknya agar kelihatan tegak, satu senyuman kelat dia berikan pada Maya. Menunjukkan yang dirinya dilanda rasa serba salah, dia cuba melembutkan riak mukanya agar Maya tidak ragu untuk mendekatkan diri.

"Aya..." Seru Syafiq perlahan.

Maya masuk ke bilik mereka dengan raut wajahnya yang dingin tapi dia masih mampu menguntum senyuman pahit, tak mahu dia bermasam muka di hadapan suaminya.

"I... I nak minta maaf, I yang bergurau tak kena tempat. I lupa yang you penat berminggu-minggu kat kem, tak sepatutnya I menambah beban dalam fikiran you. It's my bad." Kata Maya, suaranya mula bertukar serak seolah menahan sebak di dada yang sebentar lagi akan bertukar tangis. Syafiq meraih kedua-dua tangan Maya, lalu dikucup lembut.

"Saya yang minta maaf, saya yang salah. Tak sepatutnya saya bentak awak macam tu... Saya cuma... Saya cuma penat, tambah lagi saya bimbangkan awak kalau ada apa-apa yang jadi sebab itu saya terbawa emosi." Jelas Syafiq panjang lebar.

Maya diam sejenak, sambil menatap beberapa saat wajah Syafiq yang sedang memandangnya. Dengan perlahan Maya tersenyum seraya dengan kepalanya diangguk. Dia turut duduk di lantai, agar berhadapan dengan kedudukan suaminya itu. Lalu tangan kanan Syafiq dicium sekilas, agak lama dia tempelkan bibirnya di situ.

"I faham. Nothing wrong with it... Jangan fikir sangat." Maya menguntum senyuman hingga menampakkan giginya yang tersusun indah.

Syafiq menghela nafas halus, sedikit lega bila Maya tak suka untuk membesarkan masalah yang remeh. Wajah cantik Maya direnungnya penuh mesra, serpihan rambut Maya yang berjuntai diselitkan ke belakang telinga. Terdetik rasa syukur dalam hatinya bila bersama Maya, nikmat Allah yang mana lagi harus didustakan? Sangat beruntung dirinya memperisterikan wanita sebaik Aya.

Sesuai dengan nama yang Syafiq beri padanya. Aya, tanda kekuasaan Allah yang menciptakan manusia seindah isterinya itu.

"I dah masak tadi, let's having a lunch together." Ajak Maya penuh mesra.

"Awak masak apa?" Syafiq sengaja berlama-lama dalam perbualan mereka, sebab dia tahu jauh di sudut hati Maya semestinya dia berkecil hati sebab itu dia menyelitkan pertanyaan kosong agar hati Maya terpujuk.

"Sambal udang petai, favorite you."

Syafiq angguk tanda akur, dengan langkah yang berat dia mengikuti langkah Maya yang membawanya turun ke ruangan dapur. Setibanya di situ, anak mata Syafiq terus mengerling ke arah kek yang dibelinya tadi, masih belum bersentuh ataupun terusik. Takkan Maya tak nampak?

"Sayang." Panggil Syafiq yang mula duduk di kerusi meja makan.

Dalam keadaan sibuk menghidangkan beberapa lauk untuk suaminya, Maya sempat mengangkat kening tanpa melihat ke arah Syafiq.

"Kenapa tak makan kek tu?" Syafiq bertanya.

"Kejap lagi lah I makan, kita makan ni dulu." Jawabnya ringkas.

Maya duduk berhadapan dengan Syafiq sambil menuang air ke dalam gelasnya. Di hadapan mereka, lauk-pauk tersusun kemas di atas meja, dan aroma sambal udang petai memenuhi ruang makan. Syafiq menyuap nasi perlahan-lahan, namun lauk sambal udang petai itu hanya disentuh sedikit, seolah-olah tidak menarik minatnya.

Maya pun perasan. Sejak mula menjamah, suaminya lebih memilih ikan goreng dan sayur campur saja.

"Cuba makan sikit lagi, bukan ke ni lauk kegemaran you?" Maya menegur lembut, senyum tipis menghiasi wajahnya, seakan-akan cuba menyembunyikan kekecewaan kecil dalam hatinya.

Syafiq mengangkat wajah, sedikit teragak-agak sebelum membalas.

"Saya dah kenyang tadi makan dengan member sebelum balik. Sambal udang petai ni saya suka, tapi kena hadkan. Awak kan tahu saya allergic sikit."

Maya tersenyum kelat, berusaha memahami. Sudah setahun mereka berkahwin, dan setahun juga alasan yang sama diberikan oleh Syafiq.

"Oh, allergic..." Dia mengangguk kecil, tangannya mencapai sudu, cuba mengalihkan perhatian ke lauk lain di atas meja.

"You selalu cakap macam tu. Tapi allergic apa eh? Bukan ke dulu you selalu makan ni? Ini mak yang bagitahu i." tambahnya lagi.

Syafiq terdiam seketika. Bibirnya bergerak-gerak, cuba mencari kata-kata yang tepat. Dia tahu, di lubuk hatinya, sambal udang petai ini membangkitkan memori lamanya bersama Althea yang suatu masa dahulu selalu menghantar lauk ini untuknya tanpa lupa walaupun sehari. Memori itu menghantuinya namun Syafiq memilih untuk tidak diucapkan. Dia tak mahu melukakan hati Maya lagi.

"Entahlah." jawab Syafiq ringkas, sambil meletakkan sudu ke tepi pinggan. Kening isterinya sedikit bercantum.

"Mungkin badan saya dah lain sekarang. Saya kena jaga makan." Dia tersenyum kecil, cuba menutup keresahan hatinya.

Maya menunduk, sambil menyeduk sedikit sambal itu ke pinggan sendiri.

"Tak apa kalau you tak nak makan." ucap Maya lembut, hampir berbisik. Matanya tidak bertentang dengan suaminya. Ada sesuatu yang sukar dijelaskan di sebalik nada suaranya itu. Sepi yang pilu, rasa tidak berdaya untuk memaksa.

Syafiq memandang Maya dengan perasaan bersalah yang semakin menebal. Dia tahu Maya cuba sehabis baik menjadi isteri yang sempurna untuknya. Namun, ada bahagian dalam dirinya yang masih terperangkap dengan bayangan masa lalu.

"Aya..." Syafiq memanggilnya lembut, tangannya mencapai tangan Maya di atas meja.

"Maaf kalau saya buat awak rasa macam ni. Tapi, percayalah, saya hargai apa saja yang awak masak. Semua yang awak buat untuk saya... saya hargai." pujuknya lagi.

Mata Maya hampir bergenang, tetapi dia segera memalingkan wajah, agar Syafiq tak melihat air matanya.

"I tak apa-apa. Kalau you tak boleh makan, I tak nak paksa. I cuma nak you okay." katanya sambil tersenyum kelat.

Syafiq memerah nafas panjang, hatinya bagai ditikam rasa bersalah tanpa henti. Dia tahu Maya seorang isteri yang mithali, yang tidak pernah meminta lebih daripada apa yang mampu dia beri. Tetapi dia juga tahu, suatu hari nanti dia perlu jujur bukan untuk mengguris hati Maya, tetapi untuk melepaskan dirinya dari bayangan yang tidak pernah pudar.

Maya bangun dari kerusi, mula membersihkan meja makan dengan senyap. Saat itu, hanya suara sudu dan pinggan bersentuhan menemani ruang makan. Syafiq memandangnya dari jauh, dan sekali lagi hatinya berbisik, Maya tak layak untuk dipertemukan dengan sisa-sisa kenangan lamanya. Dia layak untuk bahagia tanpa beban ini semua.

.
.
.
.
.

Disclaimer - Penulisan author memang suka dengan ayat yang berbunga, dan kiasan sastera serta puitis. Tapi kalau kalian kurang suka atau payah untuk memahami, jangan ragu untuk memberitahu. Biar saya rumitkan lagi.

Hehehe gurau, feel free to tell me. Saya akan perbaiki agar mudah difahami

🌷

Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora