"I suruh you lawan balik, balas perbuatan dia, bukannya buka tudung." suara Iskandar tegas, namun terselit nada kecewa. Dia bersandar di kerusi, tangan menopang dagu, matanya redup memandang Maya dengan tatapan penuh pasrah.
Maya menjeling, malas.
"Masalahnya, kalau I dengan tudung I tu, I tak boleh nak lawan... tak boleh nak balas perbuatan dia. Takkan I nak jatuhkan martabat tudung tu pula? Hell no." balasnya lantang, tak mahu kalah.
Iskandar menggelengkan kepala, wajahnya terukir senyum tatkala menjamah makanan yang terhidang di hadapannya.
"Yang buat you macam ni, manusia. Kenapa mesti buat dosa pada Allah?" tegur Iskandar. Maya terdiam seketika, pandangannya dialihkan ke tempat lain, seolah-olah enggan bertemu mata dengan kenyataan yang menjerat dirinya.
"Sebab I manusia, kadang-kadang tergelincir sebab nafsu dan kehendak sendiri. I bukan malaikat, Iskandar. Lagipun, ada sebab I buat semua ni." jawabnya dengan nada dingin.
Iskandar mengangguk, tanda memahami.
"So, you sengaja berpenampilan macam ni supaya dia lepaskan you?"
Maya angguk, tanpa suara. Iskandar terus mimikkan mulutnya.
"Well, all the best. Doa yang baik-baik untuk you... But to be honest lah kan, you still lawa walaupun dah jadi isteri orang tau. Tak berubah dari dulu." ujar Iskandar, sempat memuji. Mendengar kata-kata itu, Maya menghela nafas panjang.
"Lawa macam I ni pun, suami curang kat belakang." balas Maya perlahan, matanya kosong, mengingati perbuatan suaminya yang tak pernah hilang dalam ingatan.
"I boleh kata, Shafiq tu buta. Isteri secantik you, boleh-boleh dia duakan. Pergi pula dengan awek Rusia entah apa-apa. Kalau I lah, dapat isteri full package macam Imaya Adelina ni..." Iskandar berhenti sebentar, menghela nafas.
"I tak tahu nak cakap apa, I kerja dari rumah je, hari-hari nak ada depan mata." lalu menyambung ucapanya dengan nada bergurau.
Maya memalingkan wajah, cuba menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibir. Namun, rona merah yang menjalar di pipinya tetap menghias wajahnya ketika itu. Dia tahu, jika soal menceriakan hati, Iskandar memang tidak pernah gagal.
"Merepek lah you." Singkat Maya, Iskandar tergelak kecil.
Disebalik gelak tawa mereka itu, Shafiq memerhati isterinya dari kejauhan. Maya terlihat bahagia, ketawa lembutnya bergema di udara. Lelaki itu pun, kelihatan tidak kekok dengannya malah terlalu selesa berada di sisi Maya.
Hati Shafiq bagai disiat-siat. Pandangan matanya yang tajam semakin redup, dilitupi kabus rasa kecewa dan pedih yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
"Adakah ini balasan untuk kesilapan aku dulu?"
bisiknya dalam hati. Dia tahu dia bukan suami sempurna. Dulu, dia terlalu tenggelam dalam kerjaya dan khilafnya, hingga Maya dibiarkan sendirian berdepan sunyi dan luka.
Namun kini, melihat Maya bersama lelaki lain, seronok tanpa ada ruang untuknya, rasa sakit hati itu begitu menghentam jiwanya. Seperti duri yang menusuk setiap inci tubuhnya, tidak berdarah, tetapi peritnya mencengkam jiwa. Sejenak, dia teringat saat-saat Maya memohon perhatian darinya dulu, saat dia terlalu sibuk hingga dia gagal melihat kesedihan di mata isterinya.
“Mungkin ini yang Maya rasa. Semua ni kifarah buat aku."
Shafiq mengakui dalam diam, tangannya diggenggam erat seolah ingin menahan diri daripada bertindak melulu. Sebab, di sebalik semua itu, terselit rasa takut, takut kehilangan Maya, takut kehilangan segala yang masih bermakna dalam hidupnya.

YOU ARE READING
Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED)
FanfictionLeftenan komander Shafiq Ilham x Imaya Adelina "Penantian itu bermakna jika dia pengakhirannya." - + Sequel Bunga Untuk Leftenan ATTENTION - Sebelum baca cerita ni, pastikan khatam cerita Bunga Untuk Leftenan dahulu.