BAB 35

1.2K 64 4
                                        

Zambri memerhati Nina yang sedang asyik menikmati makanannya tanpa sedikit pun menghiraukan sekeliling. Gadis itu makan dengan penuh berselera, membuatkan Zambri tersengih sendiri. Tak sangka, masih ada perempuan yang tak terlalu memikirkan soal jaga imejnya.

“Dah lama ke kenal Kak Maya?” soal Zambri, memecah kesunyian.

Nina terus angguk.

"Dia pernah tolong saya waktu kat universiti dulu, and kitaorang roommate juga so that's why sampai ke hari ni kitaorang melekat." Jelas Nina memberitahu, Zambri mengganguk tanda faham.

"Tak hairanlah macam tu, sebab apa yang kitaorang tahu kak Maya introvert orangnya. Tak ramai kawan yang dia ada." Ucap Zambri.

"Lagipun bukan senang Maya nak rapat dengan someone... Walaupun dia anak tunggal, tapi she's have a lot of cousins belah ayah dia. Dan ramai bukan menjanjikan yang dia rapat dengan kesemuanya, mungkin faktor berbeza negara juga kot." Balas Nina pula, tak pasal-pasal mereka berdua jadikan Maya sebagai topik perbicaraan mereka.

“Berbeza negara? Maksud awak?” Zambri mengerutkan dahi, sedikit keliru.

“Hampir semua sepupu Maya menetap di Amerika. Yang tinggal di sini pun boleh kira dengan jari. Itupun dia tak rapat sangat.” terang Nina sambil mengangkat bahu.

Zambri terdiam sejenak, mencerna setiap patah perkataan yang Nina ucapkan.

“Rapat betul awak dengan kakak ipar saya, sampai semua hal pasal dia awak tahu.” ujar Zambri, tersenyum kecil.

Nina mengangkat dagu sedikit, mempamerkan raut bangga.

“Saya sayangkan Maya, sebab tu saya ambil tahu. Sama macam awak juga. Saya tahu semua ahli keluarga awak.”

Zambri ternganga, biar betul perempuan ni

“Semua?” Tanya Zambri.

"Yes! Itu mak ayah awak, itu adik lelaki awak... And tu adik bongsu awak, satu-satunya anak perempuan mak ayah awak." Jelas Nina sambil menunjuk satu persatu ahli keluarga Zambri.

Zambri hambur ketawa, dia gelengkan kepala dengan telatah Nina.

"Bakal isteri awak pun saya dah tahu." Tambah Nina lagi membuatkan Zambri yang tengah minum itu, terus tersedak serta merta.

"Bakal isteri saya? Siapa?" Tanyanya.

"Saya." Sengihnya nakal.

Nina ketawa kecil sambil bangun dari tempat duduknya, lalu meninggalkan Zambri yang masih terkedu di meja makan, cuba mencerna keberanian gadis itu.

----


Maya duduk di satu penjuru yang jauh dari pandangan orang ramai, matanya sayu memerhati para tetamu yang hadir dari kejauhan. Sepintas lalu, pandangannya tertancap ke arah Irfan yang masih berada dalam pangkuan Bunga, riang berbual dengan ibu mentuanya.

Dia menundukkan kepala, jarinya mengusik satu sama lain. Sesekali bibirnya diketap, dan akhirnya, air mata mula mengalir, setitik demi setitik, membasahi kain bajunya.

"Beb..."

Sebuah sentuhan lembut di bahu membuatkan Maya tersentak. Dia mendongak, menatap Nina yang berdiri di sisinya. Jelas kelihatan mata Maya yang berair, kemerahan menahan tangis.

"Hey... Kenapa ni?" Nina melabuhkan duduk di sebelah Maya, tangannya mengusap bahu sahabatnya dengan lembut, cuba menenangkan.

Maya menarik nafas dalam-dalam, seolah-olah mencari kekuatan untuk berbicara. Namun, bibirnya tetap kelu, dan hanya dadanya yang berombak memberitahu betapa hatinya sakit.

Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED)Where stories live. Discover now