Bab 1

10.6K 144 3
                                    

Prolog

LOCENG di bangunan akademik baru sahaja berbunyi menandakan tamatnya waktu prep. Keadaan agak kecoh di dalam kelas 1 Al-Dinawari apabila para pelajar berebut untuk meninggalkan bilik darjah.

Sofie masih tetap di tempat duduknya. Dia sengaja mengemas barangnya dengan lambat untuk mengelakkan kekalutan itu. Seperti biasa, dia merupakan pelajar terakhir yang beredar dari kelas.

"Lady... Ada surat untuk Lady."

Sarah yang telah sedia menunggu di koridor luar menghampiri Sofie sebaik sahaja gadis itu keluar dari bilik darjah.

Sofie mengerutkan dahinya.

"Surat apa ni, Sarah?" Sofie teragak-agak untuk menyambut surat yang disua oleh Sarah. "Daripada siapa?" soalnya lagi.

"Lady baik dengan dia..." Sarah yang berlainan kelas dengan Sofie tersenyum.

Surat itu disambut selepas memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka. Terketar-ketar tangan Sofie semasa menyelit surat tersebut di dalam buku sejarah. Selepas itu dia terus beredar.

Namun di suatu sudut yang agak terlindung, seorang pelajar putera memerhatikan peristiwa itu dengan penuh harapan.

SOFIE membaca surat tersebut di dalam dorm dengan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu perkara itu menjadi bahan bualan pelajar lain. Namun ternyata sukar bagi Sofie untuk mendapatkan privasi.

Akhirnya Sofie mendapat peluang ketika rakan-rakannya dibuai mimpi. Itu pun Sofie terpaksa meninggalkan bilik dan berdiri di hujung koridor bagi menumpang cahaya lampu tandas malah dia perlu berwaspada kerana tandas terletak di hadapan bilik warden.

Assalamualaikum.

Ke hadapan saudari Lady@Sofie Hany, semoga saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Maaf jika kedatangan surat ini mengganggu saudari.

Saudari,

Sebenarnya tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari yang saya tidak dapat lagi bercakap dengan saudari selepas ini. Ini kerana saya tidak mahu kita berdua digosip. Saya harap saudari faham.

Oleh sebab itu jika saudari tidak keberatan, mulai hari ini kita hanya akan berkomunikasi melalui surat.

Sekian.

Sahabatmu,

-Iqbal Hambali-

"Iqbal tak nak bercakap dengan aku lagi?" Sofie mengetap bibir. Surat itu dirapatkan ke dada. Pelbagai prasangka menjelma dalam fikiran.

Sekilas Sofie teringat bagaimana galaknya dia dan rakannya mengusik Iqbal dengan pelajar perempuan yang merupakan rakan sekolah rendah mereka. Pelajar itu pernah mengaku secara terang-terangan meminati Iqbal.

"Iqbal tak nak kami digosip atau dia sebenarnya marah kerana diejek dengan Balqis?" Berdebar-debar dada Sofie.

Tapi kenapa pula isu gosip yang ditimbulkan? Kenapa Iqbal boleh terfikir macam tu? Lagipun kami bukan pelajar glamor. Antara kami kan tak ada apa-apa hubungan. Jadi kenapa Iqbal takut kami digosip? bisik Sofie lagi.

Sedang kepalanya berserabut memikirkan hal itu, tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dari arah bilik Kak Sakinah, warden dorm.

Putih tapak kaki Sofie berlari ke biliknya untuk menyelamatkan diri.


Bab 1

Sofie terpacak di antara dua buah kios jualan. Pandangannya meliar mencari wajah yang dikenali. Sekali-sekala dia melihat jam tangan dan memusing-musingkan cincinnya. Waktu puncak sebelah pagi telah berlalu tetapi pengunjung yang berurusan di stesen kereta api itu tetap ramai.

Cinta Yang Tak TerungkapOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz