Bab 10

1.5K 28 1
                                    

Lewin berdiri sambil menyeluk saku. Dari jauh dia sudah nampak van yang berlambang universiti itu menyusuri University Road. Kenderaan itu kemudian berhenti di hadapan kawasan foyer bertangga di pintu masuk bangunan utama fakulti kejuruteraan.

Lewin melambai lelaki berkulit sawo matang yang keluar dari perut van.

"Welcome to Southampton!" ucap lelaki Inggeris berketurunan Anglo-Saxons yang bermata biru dan berambut blonde itu. Dengan tangan yang didepangkan, dia melangkah mendapatkan lelaki yang berjaket kulit hitam itu.

Kedua-dua orang lelaki itu saling menumbuk bahu sebelum berpelukan.

"Kau bawa satu beg aje?" tegur Lewin dalam bahasa Melayu yang fasih.

"Macamlah aku tak biasa dengan UK. Nanti aku belilah yang lain di sini," kata Ajmal. "Lagipun aku ni bidan terjun."

Mereka beredar ke ruang lobi untuk mendapatkan lif.

"Skemanya outfit kau sekarang." Ajmal membelek penampilan Lewin sewaktu mereka berada di dalam lif. Semasa bergelar siswazah duhulu, Lewin merupakan anak muda yang ranggi dan bergaya. Namun setelah bergelar pensyarah, penampilannya telah berubah sama sekali.

Lewin menujah penumbuknya ke lengan Ajmal. Hampir serentak dengan itu lif berhenti dan lampu pada butang nombor tiga terpadam.

"Eh, ini bukan aras aku!"

Lewin terbeliak melihat papan tanda penunjuk aras di dinding luar apabila pintu lif terbuka. Jarinya menekan butang Hold sementara kepalanya dijenguk ke luar.

Ajmal turut memanjangkan lehernya.

"Spooky," komen Ajmal apabila mendapati tiada siapa yang menunggu lif.

"Ah, tak ada apa-apalah. Ini kerja budak-budak Royal Navy. Mereka memang gatal tangan. Selalu ubah suai pendawaian panel kawalan lif. Bukan sekali mereka buat kerja ni. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Semasa dalam komuniti tentera, boleh pula mereka mematuhi disiplin," ujar Lewin dengan penuh yakin.

Mata Ajmal melingas memerhatikan ruang dalaman lif.

"Mana kau tahu ini kerja dia orang? Di dalam lif ni tak ada kamera pemantauan," balas Ajmal.

Lewin sekadar tersenyum.

"Jom kita guna tangga kecemasan. Kalau guna lif lagi entah di mana pula kita tiba," putus Lewin sambil menunjuk jalan.

Sambil menuruni tangga, Lewin bercerita tentang pegawai-pegawai muda British Royal Navy yang mengikuti kursus kejuruteraan di universiti itu. Dia tahu Ajmal mempunyai minat yang besar terhadap pasukan keselamatan.

"Kita nak ke mana?" soal Ajmal apabila mereka memasuki ruang koridor yang panjang.

"Ke pejabat aku dulu. Petang nanti baru aku bawa kau berjumpa dengan Profesor Davies. Sepanjang pagi dia mengajar, fully occupied. Oh ya. Bila kau kena melapor diri di Eastleigh?"

"Ikut jadual hari Isnin. Maknanya aku ada tiga hari lapang."

Kepala Lewin terangguk-angguk mendengar jawapan Ajmal.

"Tea as usual. But make it two cups this time!" Sebaik sahaja mereka tiba di pejabatnya, Lewin memesan dua cawan teh melalui setiausaha.

Ajmal memerhatikan Lewin yang sedang membincangkan sesuatu dengan seseorang dalam talian telefon. Lelaki itu menghabiskan sebahagian daripada zaman kanak-kanak dan remajanya di Malaysia kerana mengikut bapanya. Lewin dan ekspatriat itu hanya memiliki antara satu sama lain. Lewin menjadi piatu selepas kematian ibunya dalam sebuah kemalangan jalan raya semasa usianya tiga tahun.

Cinta Yang Tak TerungkapWhere stories live. Discover now