Bab 5

6.2K 111 26
                                    

USAI solat subuh, Abang Zen memaksa Indah bersiap-siap lalu mengheret tangan Indah menuju ke kereta. Baby Safiena ditinggalkan bersama Nenek Katrina dan Datuk Halim yang tinggal di sebelah rumah. Sepatutnya hari minggu ini adalah hari mereka sekeluarga, bukannya keluar berdua-duaan macam pasangan pengantin baru. Tapi hari ini Abang Zen ingin buat kelainan dari kebiasaan.

Berkerut dahi Indah memandang suaminya yang santai memandu menghala jalan ke Pantai Timur.

"Abang nak bawa Indah ke mana?"

"Mana-mana sayang nak pergi. Genting? Fraser? Cherating? Pilih!"

"Kita?" Jari telunjuk Indah dihala ke suami kemudian diri sendiri. Kening diangkat-angkat. Abang Zen selalu buat bahasa syarat begitu... Indah pun belajarlah daripada sifunya.

"Haah. Kita. Berdua." Selamba Abang Zen menjawab. Faham benar maksud Indah itu. Sepatutnya si kenit tu dibawa bersama.

Jari-jemari Indah disulam ke jemarinya. Kemudian dia meletakkan jari-jemari Indah ke bibir.

"Hari ni boleh tak lupa sekejap status ibu, sayang? Abang nak perhatian seorang girlfriend sepenuh masa. Boleh, kan?" rayu Abang Zen lagi dengan suara penuh romantiknya.

"Abang dah lupa anak ke? Jalan-jalan tanpa dia mana meriah hidup."

"Pleaselah, sayang. Hari ni biarlah tanpa Safiena. Dah lama kita tak outing berdua, kan? Abang rindu..."

"Mengada-adalah abang. Kan hari-hari kita berdua. Pergi kerja sama. Di pejabat tu asyik pandang muka abang aje."

"Yalah tu... Bila balik rumah abang kena tolak tepi. Semua Safiena lebih." Abang Zen buat suara merajuk.

"Tengok tu... Dengan anak sendiri pun nak berkira. Itupun ada hati nak request-request tambah!" Dalam manja-manja, Indah sempat perli sayang.

"Mestilah. Babies kan tanda cinta abang kepada sayang. Tapi saat ni I just need you. Rindu dengan Indah Halina yang single. Rindu masa kita berdua masa bercinta dulu. Ingat tak Genting, Fraser Hill?"

Indah tarik muncung. "Genting tak sukalah! Abang tipu aje masa tu."

"Mana ada tipu. Abang rindu nak mati tau. Nak gila rasa." Tangan lembut Indah dikucup lagi, lagi dan lagi. "I love you so much, sayang." Abang Zen memandang Indah dengan mata penuh cinta.

"Abang ni kenapa? Bukan nak minta izin kahwin lain, kan?"

Tajul Razin terus ketawa berdekah-dekah. Indah ni tak habis-habis tembak dengan soalan itu. Dengan muka comel dia. Lawak.

"Kalau betul, boleh?"

"Boleh!" Laju Indah menjawab. "Dengan syarat Indah sambung koma. Sekali dengan Safiena Indah ajak koma. Kalau nak abang kahwin tiga empat pun boleh. Yang penting Indah dan anak tak nampak. Selamat berbahagialah abang."

Sreeekkk... Kereta baru Tajul Razin berhenti mengejut di bahu jalan. Tubuh Indah hampir terhumban ke hadapan cermin tapi sempat ditahan oleh tangan suami yang gagah. Nasib baik juga awal pagi minggu belum banyak kereta di atas jalan. Walaupun Tajul Razin ialah manusia yang penuh bertanggungjawab, sesekali kalah juga dengan emosi. Masa tu tak fikir panjang dah. Buat saja apa yang terlintas.

Pucat muka Indah. Baru sebut fasal koma... Takkan cepat benar?

"Dah berapa kali abang pesan, jangan suka-suka mulut cakap macam tu... I don't like, Indah! Control your mouth!" bentak Abang Zen selepas itu. Tak peduli tahap terkejut Indah yang masih bersisa.

Indah tunduk. Mulut becoknya tidak berani mengulas apa-apa. Gerun dengan cara Abang Zen. Salah sendiri juga. Abang Zen selalu beri amaran jangan cakap merapu macam tu. Suaminya betul-betul tak suka.

Tajul Razin menggerakkan kereta semula. Sampai di satu simpang, dia membuat pusingan U. Wajah terus mencuka. Mood beromantik sudah lari.

Indah sedikit panik. Abang Zen tak habis-habis dengan perangai tak dijangkanya. Dari sebelum kahwin hingga sudah punya anak. Boleh kata Indah sudah masak dan boleh hafal tabiat suaminya. Namun sikap degil Indah juga adakalanya menjadi punca. Tahu yang Abang Zen marah kalau begitu begini, Indah main selamba buat-buat lupa.

Pipi Abang Zen dikucup oleh Indah sekali. Selepas itu kepalanya dilentokkan di bahu suaminya. "Indah minta ampun dan maaf. Indah janji tak sebut lagi," bisik Indah perlahan.

Abang Zen masih beriak serius. Mata tetap ke hadapan, konon-konon fokus dengan pemanduan. Hati sebenarnya dah cair. Cuma nak dipujuk lebih banyak lagi. Mana mungkin sikit itu saja usahanya. Kenalah tambah. Ceh... Mengada-ada. Kalah Safiena.

Indah mengurut pula tangan Abang Zennya. Menyampahlah... Merajuk pun tak kena tempat. Kalau di rumah, bebas nak buat macam-macam. Ni dalam kereta, apalah yang boleh dibuat? Terhad.

Tangan melarat hingga ke tangan Abang Zen di stereng kereta. "Abang pusing balik, ya? Kita pergi Cherating. Nak rasa angin laut dengan abang. Tadi nak bagi tau sebenarnya yang Indah pun rindu sangat nak jalan-jalan berdua. Dah lama kan kita tak buat? Asyik kena kacau dengan si kenit tu aje. Boleh, kan? Abang pusing balik, ya?"

Ada sikit senyum senget. Ada juga jelingan menggoda. Tak ke mananya rajuk-rajuk tu. Cepat saja hilang dengan rayuan Indah.

"Betul Cherating? Tak nak Fraser Hill?"

"Cherating la..."

"Okey... Tengok air laut nanti tak mahu ingat baby tau. Lepas tu terus ajak balik. Abang juga yang frust..."

"Tak... Janji. Satu hari nak bercinta sepenuh masa dengan merak kayangan."

Senyum Abang Zen semakin lebar. Manis menggoda! Senyum yang selalu membuatkan Indah rasa cemburu. Apa tidaknya, jika senyuman itu untuk Indah tak apalah, tapi jika untuk perempuan lain, bikin tekanan darah selalu meninggi. Jangan ingat Abang Zen saja yang tahu cemburu. Indah lagilah tau. Cuma Indah tak tunjuk sangat. Indah kan dari dulu bijak cover-cover. Aiseh...

"Sayang, abang pun minta maaf pasal tadi."

"Alright... Kosong... Kosong."

"Sumpah, sayang. Tak pernah terlintas dalam hati abang untuk ada perempuan lain. Kalau lelaki lain mungkin suka ada lebih daripada seorang isteri. Tapi bukan abang. Fizikalnya memang abang lebih daripada mampu, tapi spiritualnya tak layak langsung. Nak tahu kenapa?"

Indah yang bijak berbicara tu tiba-tiba jadi kelu. Hanya menanti jawapan dari bibir Abang Zen.

"Kalau ada perempuan lain pun, mereka semua akan teraniaya dan terseksa batin sebab cinta abang hanya untuk seorang perempuan saja. Indah Halina. Tak mungkin abang dapat bahagi kasih dengan orang lain. Jadi jangan gurau-gurau fasal benda ni tau. Tak kelakar."

Hek eleh... Abang Zen ni tak kasi orang gurau, dia yang selalu mulakan dulu, omel Indah dalam hati. Tapi Indah tetap tersentuh dengan pengakuan Abang Zen. Indah pun...Mana ada lelaki lain dalam hati ini. Sumpah! Cinta hanya untuk Abang Zen. Cinta maut tak ada tandingan. Mailah lelaki hebat mana pun, Abang Zen juga yang penuh dalam hati.

"Diam-diam tu mengata abang dalam hatilah tu..."

Indah bagi penumbuk manja ke bahu Abang Zen. Tahu saja dia.

Kereta sudah lama dipusing semula menuju arah Kuantan. Bulan madu singkat yang entah untuk kali keberapa ratus!

Bila Terlajak SayangWhere stories live. Discover now