Bab 8

2.6K 43 0
                                    

"MAK SITI, sambal sotong ada lagi tak?" jerit Indah kepada Mak Siti yang jauh di dapur.

"Adaaa... Jangan risau, Mak Siti dah siapkan!" Mak Siti juga separuh menjerit. Dia tahu apa yang puan muda dia mahukan sebenarnya.

Seminggu ini dia bukan seperti Indah yang biasa. Sudah bersalin kulit menjadi sedikit luar biasa. Asyik nak makan saja. Minta itu ini. Balik rumah sendiri pun tetap minta Mak Siti masak. Alasan dia, tekak nak makan makanan Mak Siti aje. Apa yang dimasak sendiri tak ada selera.

Abang Zen sudah menjeling. Apa taknya, Indah sudah habiskan satu pinggan penuh nasi lemak pada pagi-pagi buta ni. Malam semalam Indah merajuk sebab Abang Zen kata dia sudah berisi sedikit. Tapi hari ini dia dah lupa lupa rajuknya. Siap nak tapau nasi lemak ke pejabat lagi.

Sesuatu terlintas dalam fikiran Abang Zen. Spontan dia tersengih-sengih memandang isterinya. Permintaan dia sudah tertunai agaknya...

"Tadi macam nak marah, sekarang senyum sorang-sorang. Abang sihat ke tidak?" Indah pula yang rasa Abang Zen berkelakuan lain macam. Tersengih-sengih semacam.

"Sihat. Sayang tu yang tak sihat."

Indah mengerutkan dahi. Dah pula? Mulalah Abang Zen nak buat perangai pelik-pelik. Ada ke Indah yang sungguh berselera makan ni dikata tak sihat? Mata Abang Zen ni makin kabur ke apa? Rasanya kanta lekap yang dipakai tu baru saja tambah kuasanya minggu lepas.

Abang Zen menambah lagi nasi lemak dan sambal sotong ke atas pinggan Indah. "Sayang makanlah banyak sikit. Abang tak marah."

"Pula. Serius ni? Tapi janji malam nanti jangan kompelin apa-apa, ya?" Bagai orang mengantuk disorong bantal, Indah terus makan. Seperti tak kenyang-kenyang. Jangan kata tak baca bismillah tau. Indah bab-bab tu jarang lupa. Tinggi dia angkat tangan mengaminkan doa Abang Zen tadi.

"Janji." Abang Zen berikrar dengan senyuman meleret.

Abang Zen dia bakal menerima pengalaman baru. Walaupun mereka telah mempunyai Indah Safiena, dahulu mereka berdua tidak merasai pengalaman ini. Yang ada hanyalah perasaan sedih dan sayu sepanjang sembilan bulan tersebut. Kali ini, Abang Zen akan melaluinya bersama dengan Indah. Itu nekadnya. Dia tidak mahu terlepas apa-apa lagi.

Tiba-tiba Indah berhenti menyuap kemudian terus berlari ke bilik air berhampiran. Habis semua nasi lemak serta sambal sotongnya dikeluarkan semula. Abang Zen tidak ketinggalan berada di belakang Indah. Perit pula melihat Indah terseksa memuntahkan segala isi perut.

"Buruk sangat Indah makan, kan abang... Sampai perut pun tak boleh terima..." akui Indah setelah keadaan pulih sedikit.

Sungguh, dia terasa malu pula kepada diri sendiri. Bukan sikit-sikit punya melantak padahal bukan tak tahu sunah Rasulullah dan adab makan bagaimana. Satu pertiga makanan, satu pertiga air dan satu pertiga perut biarlah untuk udara. Ini tidak, selagi boleh sumbat, dia sumbat penuh-penuh dengan makanan.

"Taklah! Mungkin ini pengalaman baru yang kita kena hadapi bersama-sama."

Indah memandang Abang Zen. Hairan. Pengalaman bagai. Suami kesayangannya dah merepek apa pula daaa...

"Abang ni betul ke tidak?" Indah terus meletakkan tangan di dahi Abang Zen. Biasa aje. Tak panas pun.

Abang Zen turunkan tangan Indah. Dia tersenyum. "Dah... Dah... Jangan duk pandang macam abang ni Zombi kacak kampung seberang. Kita jumpa doktor dulu, nanti sayang akan tahu abang ni betul ke tak betul..."

Dato Safiya dan Mak Siti yang memerhati dari tadi terus ketawa. Indah Safiena di sebelah Dato Safiya juga gelak mengekek melihat keletah mommy dan daddynya. Macam faham benar dia.

Indah? Masih blurrr...

Indah memandang Abang Zen. Ini bukan jalan untuk ke pejabat. Kata tak ada mesyuarat di luar, kenapa masuk simpang lain? Sudahlah tekak Indah rasa semacam. Menyesal makan tak hengat tadi. Baru sedar buruknya perangai melantak dia. Itulah, selalu kutuk Hasma kuat melantak. Sekarang sudah terbalik kepada diri sendiri. Betullah kata orang, jangan sedap-sedap mengutuk dan mengumpat orang lain. Takut suatu hari sifat buruk itu berbalik kepada diri sendiri.

Abang Zen senyum aje dari tadi. Kejap-kejap dikerling nakal Indah di sebelah.

"Ke klinik dulu, sayang..." kata Abang Zen macam tau-tau apa yang difikir oleh Indah.

"Abang sakit ke?" Sekali lagi diletakkan belakang tangan di atas dahi Abang Zen. Takkanlah sakit sebab dari tadi wajah Abang Zen lebih manis daripada glukos. Menyengih saja kerjanya. Tajul Fahin si raja sengih tu dah kalah tertiarap. Abang Zen juara pada pagi ini.

"Taklah." Tangan Indah disambar lalu diletakkan ke bibir. "Abang kan sah-sah sihat sebelah sayang."

"Habis tu, nak ke klinik buat apa? Nak mengurat misi?"

Abang Zen tergelak.

"Sayang ni kalau tak banyak bunyi tak sah, ya. Nak cek sayanglah."

Indah mengerutkan dahi.

"Indah tak sakit. Buat malu dengan doktor saja. Muntah-muntah tadi penyakit yang dicari. Tak perlulah ke klinik, takkan abang nak suruh Indah ambil ubat hilangkan selera makan kut?"

Abang Zen gelak lagi. "Memang penyakit sayang tu penyakit dicari... Tapi dicari berdua, bukan sayang sorang-sorang..."

"Hah?" Indah tayang muka tak faham.

Abang Zen masih tergelak. Kemudian dia geleng-geleng kepala beberapa kali. Sebenarnya adakala dia keliru dengan Indah. Seorang yang sangat bijak dan dapat banyak projek besar sejak jadi CEO SAIN, tetapi dalam bab-bab tertentu, dia blur pula...

Bila Terlajak SayangWhere stories live. Discover now