Bab 6

3.2K 46 0
                                    

Dato SAFIYA bersantai-santai di tepi kolam ikan. Dia leka melihat sekumpulan ikan yang berwarna-warni bebas berenang sesama sendiri. Semakin bertambah ikan-ikan di sini. Dulu dia jarang duduk di sini. Mak Siti dengan Indah saja yang suka lepak-lepak sambil beri ikan makan. Sejak ada Safiena, Dato Safiya pun turut suka tempat ini. Cucu sulungnya sangat taasub dengan air. Pantang lepa, laju aje kakinya menuju ke kolam. Jika tak kolam renang, kolam ikan pun jadi. Pernah sekali dia sudah cecah kaki ke dalam kolam ikan sendirian. Nasib baik sempat nampak. Jika tidak, selamat Safiena jadi kawan ikan dan berenang sama-sama.

Mengingat keletah si kecil itu membuatkan Dato Safiya tersenyum sorang-sorang. Nama saja budak perempuan, nakalnya mengalahkan budak lelaki. Entah dari mana menurun tak tahulah. Dari Tajul Razin sudah tentu bukan. Anak sulungnya sejak keluar dari perut memang baik, menurut perintah, serius dan berdisiplin. Sejak kenal Indah saja baru dia pandai bergurau dan melawak bagai.

Safiena ni sebiji seperti Si Tajul Fahin sewaktu kecil. Ada-ada saja aktiviti persendiriannya jika terlepas pandang. Kalau pasal air, pantang jumpa. Boleh kalah Pandelela Rinong. Tapi Tajul Razin tak mahu ananya jadi olahragawati renang. Katanya, dia tauke kain, malu besar satu dunia tahu pakaian anak dia sangat simple, walaupun two piece yang mahal.

Safiena ni menurun Papa Imnya. Tapi di mana pula kait-mengaitnya? Itukan anak Tajul Razin? Tapi Si Indah pun dalam lembut-lembut, dia tu ganasnya boleh tahan juga. Bukan senang nak menangi hati Tajul Razin jika tidak sifat nakalnya tak terselit sama.

Apabila sudah bercucu, mood Dato Safiya untuk bekerja jatuh merudum. Dia lebih suka lepak di rumah menghadap cucunya yang seorang tu. Kalau ke pejabat pun hati tetap di rumah. Asyik terkenang cucu yang terkedek-kedek itu dah bangun ke, dah mandi ke, makan apa? Macam mana pembantu Mak Siti menjaga cucunya? Elok ke? Macam-macamlah yang mengganggu fikirannya.

Sebab itu dia mengmbil keputusan untuk terus duduk di rumah sahaja. Biarlah Indah yang dibimbing Tajul Razin menguruskan SAIN. Dia jaga cucu. Biar puas main-main dengan cucu sebelum tutup mata malah Tajul-Tajulnya gembira dan menyokong dengan keputusannya. Lebih-lebih lagi Tajul Razin. Bagi mereka, sudah tiba masa untuk Dato Safiya berehat daripada bebanan kerja yang tak pernah berkesudahan. Kesihatannya pun bukan semedang baik.

Walaupun begitu, sekali-sekala dia tetap mengambil berat tentang hal ehwal kedua-dua syarikat yang dikendalikan oleh anak-anak dan menantunya. Taklah lepas tangan begitu sahaja. Laporan bulanan wajib diserahkan. Empayar perniagaan yang dibina bagaikan nyawanya dan sudah jadi darah dagingnya. Tidak mungkin terpisah.

Dato Safiya sudah boleh menarik nafas lega. Nampak gaya anak-anaknya sangat komited dengan kerja dan gigih memajukan syarikat milik keluarga TS Holding dan Gedung Pakaian SAIN. Tajul Razin semakin bersungguh-sungguh bekerja. Maklumlah, ada pembakar semangat di sebelah. Prestasi Tajul Fahin pun cemerlang juga sepanjang tiga tahun ini. Tak rugi dia berhenti kerja di laut sebab di darat dia dapat jana duit berlipat ganda. Dan yang paling Dato Safiya terharu sekali penglibatan Tajul Zahin dalam dunia korporat. Tak sangka si bongsu ini juga punya bakat dalam berniaga. Banyak idea baru yang dibawa.

Pasangan suami isteri Safuan dan Hasma juga tidak kurang jasa mereka di dalam syarikat. Gigih, jujur dan taat. Aset terbaik syarikat tu. Dato Safiya sudah menganggap mereka seperti anak sendiri. Apabila ada salah dia menegur dan yang elok dia tak pernah lokek untuk memuji.

Dato Safiya pernah beritahu anak bongsunya yang Indah akan menyatukan keluarga mereka. Tepat sekali apa yang dikatakan naluri wanitanya. Lihatlah sekarang... Dia boleh mendabik dada dengan keakraban anak-anaknya. Walaupun kadang-kadang ada rasa cemburu antara mereka, semua itu tidak menjadi kudis. Masing-masing pandai mengawal kelakuan supaya hubungan adik-beradik tidak terjejas.

Kehadiran semula Indah Katrina, kawan baik selama-lamanya a.k.a rakan kongsi SAIN a.k.a ibu kandung Indah ke sisi membuatkan hidup Dato Safiya menjadi lengkap. Dia punya keluarga dan kawan idaman dalam melewati baki usianya. Syukur alhamdulillah. Akhirnya semua doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Betapa penyayangnya Dia, tidak pernah lupa memberi apa yang diminta oleh hamba-Nya. Jangan sesekali mendustai nikmat daripada Dia.

Cuma Dato Safiya teringin untuk melihat Tajul Fahin menamatkan zaman solonya. Tak kiralah dengan siapa sekalipun, asalkan perempuan elok-elok. Jika bukan jodoh Tajul Fahin dengan Ilyana yang sudah berubah menjadi perempuan baik itu, Dato Safiya okey saja dengan orang lain.Asalkan anaknya bahagia. Kecuali dengan Indah...

Rupa-rupanya Tajul Fahin ini lagi cerewet dalam bercinta berbanding Tajul Razin. Dalam ramai perempuan yang pernah dia kenal, dengan Indah juga hatinya sangkut ketat sampai susah untuk cangkuk ke hati yang lain.

Hurm... Bilalah giliran Tajul Zahin jika abang yang kedua ini liat benar untuk bertemu jodoh? Entah sempat atau tidak dia melihat menantu kedua dan ketiganya. 

Bila Terlajak SayangWhere stories live. Discover now