Bab 15

4.4K 71 20
                                    

DI D'Cantik Spa and Saloon, Indah Halina, Dato Safiya dan Indah Katrina mengambil masa merehatkan diri dengan rawatan tubuh badan. Rawatan muka sudah, rawatan rambut sudah, urut badan sudah, semua sendi-sendi yang longgar-longgar kembali ketat. Ops... Indah tidak urut badan, cari nahas kena tempik dengan Abang Zen nanti. Dia kan awal mengandung, mana boleh kena sentuh berlebih-lebihan.

Rambut Indah hanya boleh potong hujung-hujung sahaja. Cik abang akan muncung kalau terlebih potong. Indah dah tahu jadi takkan buat apa yang Abang Zen tak suka. Kadang-kadang rimas juga berambut lebat dan agak panjang ni. Susah kering waktu pagi. Dahlah sibuk berkejar ke dapur, menguruskan si kecil tu lagi dan si daddy pun sama. Waktu pagi-pagilah manjanya lebih-lebih. Stoking mana, tali leher mana... Semuanya cari Indah. Bukan nak cari di dalam laci sendiri padahal tersusun kemas saja di tempatnya. Tak ada Indah, tak jumpalah semua barang tu. Bukan tak tahu buat sendiri. Saja nak mengada-ada.

Spa milik kawan Dato Safiya itu kerap dikunjungi oleh mereka bertiga. Jika Indah lama tak pergi spa, mulalah emak mentuanya bising. Orang perempuan tak boleh buat main-main bab kecantikan dan tubuh badan ni. Lebih-lebih lagi perempuan yang ada suami. Kena sentiasa berjaga luar dan dalam. Tak mahu suami pandang perempuan kat luar sana.

Indah akur. Yap... Akur sungguh-sungguh. Dia pun tak nak Abang Zen tengok perempuan lain yang ramai cantik jelita di luar sana. Kerja Abang Zen yang selalu jumpa orang sana sini. Kadang-kadang buat Indah risau juga. Siapa tak risau, beb...

Percaya suami... Memanglah percaya tapi taklah letakkan kepercayaan tu seratus peratus. Kena ada curiga juga sedikit. Sebab itu diri sendiri kena tip-top. Tak mudah jadi seorang isteri zaman Instagram, WhatsApp dan WeChat ni. Godaan merata-rata. Di hujung jari berlambak. Tak payahlah cerita yang di luar. Dengan baju seksi dan gaya memikat bagai.

Indah ni memanglah baik. Semua orang sekeliling selalu puji dia punya hati yang baik dan tulus. Abang Zen jangan katalah... Sampai jemu dengar. Tetapi bab berkongsi suami, Indah tak baik dan tak sesuci mana. Jangan cuba-cuba. Abang Zen tu Indah Halina yang punya. Seorang!

Bukan anti poligami, tapi setakat ini Indah tak nampak lagi contoh poligami lelaki Malaysia ni yang betul-betul ikut sunah. Ada yang bagus pun cuma boleh dibilang dengan jari. Yang buruk-buruk dan tidak adil lebih banyak terserlah. Bukan salah hukum Islam. Hukum dah cukup baik, adil dan indah, tetapi salah si pembawanya. Nak ikut sunah, ambil sebahagian-sebahagian saja. Yang menguntungkan lelaki, tapi keadilan untuk si isteri tidak dititikberatkan. Yang teraniaya perempuan juga.

Indah tak mahu semua itu berlaku kepada dirinya. Juga kepada insan yang dia sayang. Sebab itu dia sangat terkilan dengan keputusan ibu untuk menurut kehendak ayah. Indah tak mahu ibu sakit hati dan terseksa perasaan. Cukup-cukuplah dengan penderitaan yang ibu tanggung selama ini. Namun jika itu pilihan ibu, apa daya Indah, kan? Bagi ibu, yang lebih penting kebahagiaan anaknya. Indah bahagia, ibu akan gembira dan bahagia sama.

Oh my Abang Zen! Indah harap apa yang selalu diucapkan oleh suaminya lahir dari hatinya yang betul-betul tulus. Sebenarnya Indah yakin dengan Abang Zen. Teramat yakin! Namun begitu, kita tak boleh nak ramal masa depan kita macam mana. Abang Zen sayang Indah separuh mati pun, jika ditakdirkan ada anasir-anasir jahat datang mengganggu sehingga tak dapat dielak, apa yang mampu Indah lakukan? Ngerinya Indah apabila fikir hal macam tu. Sebab itu dia tak putus-putus berdoa kepada Tuhan untuk kerukunan rumah tangganya. Ya Allah, Ya Rahman...Peliharalah keluarganya.

"Jauh menung anak ibu ni... Kenapa?" Indah Katrina menegur. Dia dan Dato Safiya melabuhkan tubuh di sisi Indah. Kedua-duanya baru keluar dari bilik urutan.

"Ingat abang dialah tu... Pantang berjauh sedikit, mulalah sasau," usik Dato Safiya.

Kedua-dua wanita cantik itu ketawa serentak. Memang ya. Faham benar fasal anak menantu dia orang. Pantang berjauhan, pasti masing-masing macam kucing betina hendak beranak. Gelisah. Macam Si Teanna masa hendak lahirkan anaknya, Prius hasil percintaan dengan Sylphy.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bila Terlajak SayangWhere stories live. Discover now