Bab 9

2.5K 39 1
                                    

"SIS... You pregnant?" tanya Tajul Fahin. Sudah lama dia memerhati Indah yang lain macam. Hari ini dia baru berkesempatan tanya. Hanya mereka bertiga di dalam bilik mesyuarat. Dia, Indah dan Ilyana.

Indah tersenyum. Dia dan Abang Zen belum buat pengumuman besar-besaran lagi. Masih terlalu awal untuk dihebahkan. Berbagai kemungkinan boleh berlaku. Dia tak minta yang bukan-bukan, cumanya mereka masih menunggu masa yang lebih sesuai. Tapi mama dan ibu sudah sedia maklum awal-awal. Tak boleh main sorok-sorok dengan dua orang tu. Tak cakap pun dia orang tahu sendiri. Sangat pakar kaum-kaum ibu ni...

"Mama bagi tahu, eh?" Mama ni tak boleh simpan rahsia kalau bab cucu. Teruja mengalahkan menantu yang mengandung.

Tajul Fahin menggeleng. Matanya tunak memandang wajah kakak iparnya. Rasa kasihnya tak pernah berkurang kepada perempuan ini. Tuhan sahaja yang tahu.

"Tak. Mama tak sebut apa-apa pun." Sengih.

"Habis, mana tahu?"

"Instinct. Tengok sis lain daripada biasa. Eh, betullah ni?" Tajul Fahin ceria. Mata masih memandang Indah. Girang hatinya. Macam dia pula ayah kepada anak di dalam perut Indah.

Indah mengangguk perlahan. Segan. Terasa diperhati oleh lelaki yang tak sepatutnya. Bagi Indah, cukuplah mata Abang Zen yang memerhati dengan pandangan intim. Tak perlu orang lain walaupun adik ipar sendiri. Tak selesa. Selebihnya dia tak suka! Nasib baik bukan di hadapan Abang Zen. Jika tak, muncung lagi bibir seksi itu. Satu hal pula Indah kena pujuk. Dahlah badan sendiri pun tak berapa nak larat.

Ilyana di sebelah Tajul Fahin yang menjadi pemerhati sejak tadi berubah air mukanya. Keruh. Tadinya wajahnya manis apabila Tajul Fahin sudi melayan dia itu ini. Pagi-pagi dah sampai di rumahnya untuk menjemput dia ke tempat kerja. Sanggup Tajul Fahin menempuh jalan yang sesak demi dia. Terharu. Ternyata rasa itu hanya sementara apabila terang-terangan, hati Tajul Fahin masih pada Indah. Hingga Indah mengandung pun dia perasan.

Untungnya Indah. Ramai lelaki berlumba-lumba untuk memberi kasih sayang kepada dia. Tidak seperti Ilyana, perempuan kering-kontang. Miskin kasih sayang lelaki. Kadang-kadang terfikir juga apalah kekurangannya hingga susah benar untuk raih bahagia? Dulu Tajul Razin tolak dia mentah-mentah seolah-olah Ilyana Tan Sri Hamdan tidak ada harga langsung. Ketika hatinya hancur lebur hingga bawa diri ke Mekah, Tajul Fahin tiba-tiba datang menabur kasih.

Ya... Masa itu dia terima dengan hati terbuka. Ikhlas. Dia tahu Tajul Fahin ketika itu juga jujur mendekatinya. Tapi lama-kelamaan dia tahu, Tajul Fahin tidak pernah berubah. Maksud Ilyana, hati dan perasaan Tajul Fahin terhadap Indah! Yang lain memang dia berubah dua ratus peratus. Tajul Fahin bukan lagi seperti yang dia kenal sejak kecil. Tajuk Fahin yang dulu seorang kaki perempuan, kaki enjoy, suka main-main dan suka lepas tangan dalam hal-hal penting. Sekarang Tajul Fahin dah bersalin kulit menjadi lelaki dan anak yang baik dan bertanggungjawab. Hatinya yang satu itu saja yang tidak berubah!

Itu sebabnya Ilyana asyik menangguh tarikh perkahwinan mereka. Apa guna kahwin jika hati suami tak ada kepada isteri, kan? Ilyana tak yakin untuk hidup dalam keadaan macam tu. Belum kahwin pun dia selalu terasa hati, inikan pula jika berstatus isteri. Dia bukan bidadari yang reda untuk berkorban perasaan demi cinta kepada lelaki. Dia hanyalah perempuan biasa, yang inginkan perhatian serta kasih sayang. Dia dambakan rasa cinta yang tulus. Bukan di mulut kata lain, dalam hati lain pula bicaranya.

Tajul Fahin sendiri pun tak pernah kesah tentang perkahwinan mereka. Apabila Ilyana tunda, dia buat muka relaks. Ini pun membuatkan Ilyana makin tawar hati. Semakin lama... semakin pudar rasa itu. Dia sahaja yang selalu mengharap sedangkan Tajul Fahin tak endah dia pun. Sedihnya...

Relationships are hard, but if you really love someone, you will try everything to make it work.

Dalam kes antara Ilyana dan Tajul Fahin, rasanya hanya Ilyana saja kut yang kerja keras sedangkan Tajul Fahin usahanya ke arah orang lain. Entah apa yang dia ingin capai, Ilyana kabur.

Ilyana sanggup berubah. Belajar untuk jadi perempuan baik. Cuba menjadi perempuan berhati bidadari seperti Indah. Buang segala ego diri yang menggunung, kikis hasad dan dendam. Dah berusaha tidak gedik dan tidak mengada-ada lagi. Ramai saudara-mara dan kawan mommy memuji sikap positifnya sekarang termasuklah Dato Safiya.

Sayangnya... Semua itu masih belum mampu mengalihkan pandangan tunang sendiri.

"Heh, sis... Zen kata you all nak ke Vietnam lagi?"

"Haah. Ada jenis kain di sana yang spesial. Boleh jadikan eksklusif untuk Gedung SAIN. Itulah nak deal sebelum orang lain ambil."

"Tapi you larat ke dalam keadaan sekarang ni? Muka tu dah pucat. Just rest at home, sis. I am sure Zen boleh handle alone."

"Boleh lagi kut. Tengoklah macam mana nanti...Tak percayalah nak lepas Abang Zen pergi sorang-orang dekat sana."

"Amboi... Untungnya Abang Zen ada orang sayang sampai macam tu sekali. Tapi kesihatan you dan baby lagi penting buat masa ni. Abang Zen sah-sah sihat dan gagah. Dia takkan beralih arah kepada amoi-amoi Vietnam sana tu sebab cinta dia kepada you cinta mati tau. So, jangan fikir bukan-bukan. Fikir diri sendiri dulu. SAIN tu dah untung berbilion-bilion. Jadi jangan risau orang potong jalan. Lagipun staf lain kan ramai. Hantar saja dia orang. You tu kena jaga diri," nasihat Tajul Fahin panjang lebar. Berlebih-lebih pula bunyinya. Macamlah Indah tak tahu jaga diri sendiri. Macamlah Abang Zen tak tahu jaga bini.

Dan Ilyana semakin makan hati. Terasa diri halimunan. Tak wujud di situ. Sikitpun orang tak kesah dengan wajahnya yang keruh dan tengah bersedih ini.

Aduhai... Kasihannya Ilyana yang malang...

Bila Terlajak SayangWhere stories live. Discover now