Part 2

682 26 2
                                    


"Aku karate! Karate! Karate!!" Minah henyak bantal. Bukan sekali. Bertubi-tubi. Smackdown punya tak ingat. Segala jurus silat turut keluar. Minah tendang bantal sekuat hati. Tercampak. Mendarat di dinding. "Wachaaaa!!!" Kali ni, gaya Bruce Lee gamaknya.

"Adoi la. Apahal kau ni?" Kembar Minah, Akbar tergelak. Perempuan ni bukannya boleh dilayan. Emo semacam!

"Aku jumpa mamat tu. Muka ni. Muka aku ni. Dia simbah air kopi..." Minah melutut. Ala-ala gaya penyanyi rock nyanyi lagu frust. Melutut tak ingat! "Punyalah bangang. Aku jumpa sekali lagi, aku lempang. Berdas-das. Sampai puas."

"Berani juga bakal suami tak jadi tu."

"Apa kau cakap?" Minah beliakkan biji mata.

"Taklah.. maksud aku..."

"Kau tak sayang mulut ya, Akbar? Bakal-bakal kau jangan main sebut aje heh? Sensitif tau tak?" Bidas Minah.

"Tulah kau. Aku dah cakap. Bincang elok-elok. Kau mesti serang diakan? Manalah dia tak angin." Akbar kerling Minah.

"Dia tu emo."

"Sama macam kau."

"Eh! Kau jangan nak samakan aku dengan mamat tu. Aku dengan dia, macam kayu balak dengan ranting pokok. Bumi dengan angkasa. Bukan setakat langit selapis. Berlapis-lapis. Mana ada sama." Minah besarkan mata. Akbar ni pun memang nak kena!

"Handsome tak?"

"Siapa?"

"Azhan Farid."

"Kau ni dah kenapa? Suka dengan dia?"

"Choiii! Selisih!" Akbar tertawa. Gila!

"Manalah tahu. Tukar selera."

"Mengarut. Cuba bila bercakap tu fikir panjang sikit. Ini tak. Kontot. Mananya kau tak dijamu dek air kopi." Akbar geleng kepala.

Minah cebik bibir. Kontot ke. Panjang ke. Dia tak peduli!

"Kau tu apa beza. Bakal isteri tak jadi juga." Akbar sengaja tambah bara. Minah jeling Akbar. Sepantas kilat. Bahu Akbar dirangkul. Headlock punya gaya dia bagi sedas. Akbar meronta. Minah tak bagi peluang!

Akbar tak nak kalah. Ditarik tangan Minah. Dikilas ke belakang. Hampir tersungkur Minah atas tilam. Akbar tertawa. Dia dah lali dengan headlock Minah. Aku pun tahu karatelah!

"Huh! Membela kaum dia. Sakit hati sungguh!" Minah kerling Akbar. Tawa adik kembarnya cukup menyakitkan hati. Minah pantas melangkah. Akbar pura-pura sambung ketawa. Dia bukannya tak kesian dengan Aina Aminah. Tapi emosi kakak kembarnya tak tentu hala.

Minah ke dapur. Duduk dalam bilik Akbar pun tak guna. Hangat! Nak luah perasaan pun tak boleh. Dasar lelaki! Bela kaum sendiri! Huh! Aku ni kakak dia. Patutnya dipujuk aku. Ini tak. Lagi mahu panaskan keadaan.

"Kamu ni dah kenapa Minah? Termuncung-muncung mulut kamu. Dah serupa ikan koi mama tengok." Suara mama. Singgah di cuping telinga.

"Alaaa mama. Macamlah tak biasa. Minah muncung sikit aje. Mulalah mama cakap macam ikan koi, ikan emas, ikan haruan, macam-macam jenis ikanlah." Bukannya Minah tak tahu. Mama memang suka usik dia. Tawa kecil mama dibalas senyum sinis. Sukalah tu...

Puan Aza geleng kepala. Minah kalau diusik, ada saja nak menjawab. Sebulan dua ni lagilah tak boleh nak dibawa gurau. Sensitif memanjang. Side effect kena tinggal gamaknya. Twenty four seven memang sensitif!

"Kamu nak air kopi? Mama buatkan."

Tersedak liur Minah. Air kopi?! Tak ada air lain ke? Huh! Entah kenapa telinga Minah mula rasa berasap. Apa nak jadi dengan dia ni. Dengar kopi nak marah. Dengar orang sebut bakal pun tak boleh. Apatah lagi nak sebut lari. Memang berangin dia dibuatnya.

Minah bangun. Kabinet dapur dibuka. Puan Aza pandang Minah. Sejak bila Minah rajin nak buat air sendiri? Selalunya dia yang buatkan. Puan Aza senyum. Minah capai botol kaca berisi serbuk kopi. Minah tak semena-mena lari. Dibawa sekali botol serbuk kopi! Senyum Puan Aza berubah jadi curiga.

"Minah!" Terjerit Puan Aza. Tergesa-gesa dia ikut Minah. "Minah! Pulangkan serbuk kopi tu!" Jerkah Puan Aza. Ish budak ni! Memang nak kena dengan aku!

"Tak nak!"

Puan Aza singsing lengan baju. Akbar yang baru turun dari tingkat atas mencerun mata. Lihat mama tergesa-gesa keluar. Apahal pulak ni? Akbar ikut sama. Di laman banglo, Minah dah berdiri depan kolam ikan koi mama. Akbar tengok mama dah berubah riak muka. Dan tika itu bebola mata Akbar terarah pada botol serbuk kopi di tangan Minah.

Hoi ai! Kopi favourite papa tu! Kawan papa bawa balik dari Brazil!

"Minah! Pulangkan balik! Mengamuk papa kamu nanti."

"Tak nak!" Sudah! Jawapan Minah konsisten. Kalau dia kata tak nak, maknanya memang taklah!

"Bagi balik. Kena kamu ni nanti." Puan Aza ketap bibir. Lengan baju makin tinggi ditarik. Berangin sungguh menengok Minah. Serbuk kopi pun nak jadi mangsa.

"Dah dahlah tu cik kak oi. Sampai bila nak meroyan ni? Dah serupa perempuan tak cukup akal aku tengok kau ni." Akbar terkekeh ketawa. "Serbuk kopi banyak. Aku belikan yang lain. Yang tu bagi pada mama. Aku belikan selori kopi."

"Eh, Akbar! Mulut kau tu memang tak ada insuranskan? Kau nak pujuk aku ke nak tambah baran aku ni?" Minah mula terasa Akbar tu kecik aje. Ikutkan sakit hati, mahu dibaling botol kopi ke kepala kembarnya tu.

"Aku nak tolong kaulah. Setakat sebotol mana ada kesan. Aku belikan satu treler. Satu kapal. Satu..."

"Minah!"

Terhenti Akbar nak terus menyindir. Masing-masing menoleh. Dari banglo sebelah, kelihatan Sara. Anak jiran. Tunang Akbar. Kawan sekelas Minah waktu sekolah. Sara tersengih-sengih. Tembok batu pun tak heran nak dipanjatnya.

Menggeleng kepala Puan Aza. Ni sorang lagi. Entah apalah yang Akbar berkenan sangat. Bab panjat-memanjat. Serah aje pada Sara. Memang hebat! Spiderman pun kalah! Berlari-lari Akbar dapatkan Sara. Bila terpandangkan muka mama yang nampak lain macam dah.

"Sayang. Dah berapa kali saya cakap? Jangan panjat tembok ni." Akbar pandang Sara. Aduhai. Nasib baiklah aku suka. Kalau tak, mahunya aku tolak jatuh ke bawah.

"Bukannya tinggi pun." Sara tambah senyum. Muka Minah mencuka. Kacau daun betullah! Aku baru nak tunjuk perasaan. Perempuan ni muncul pulak! "Eh! Kau buat apa tu, Minah? Geram dengan kopi ye?" Sara angkat-angkat kening.

"Suka hati akulah. Nak geram ke. Nak suka ke?"

"Amboi! Cantik bahasa."

Minah cerun mata. Bahasa aku aje dia ingat. Bahasa dia? Bagus sangat?!

"Alang-alang aku dah panjat tembok, ada hal aku nak beritahu kau ni."

Minah jeling Sara. Eleh! Macamlah aku heran. Nasib baik tunang Akbar. Kalau tak dah lama perempuan ni aku buat tukun dalam laut. Boleh blahlah! Macamlah best sangat hal dia tu!

"Minah, glamer kau sekarang ni."

Minah pandang Sara. Glamer?

"Twitter... Simbah air kopi kaw-kaw punye..." Sara buat muka gedik. Siap dengan gaya. Melopong mulut Minah. Twitter?

"Mak....!!" Terlepas botol kopi di tangan Minah. Puan Aza terjerit sama. Botol kopi jadi perenang tak terlatih. Tenggelam. Dalam kolam ikan koi! Masak! Kopi favourite suami aku tu...

Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora