Part 12

523 32 4
                                    

Minah sarung kasut tumit tinggi. Selipar dilemparnya ke tempat duduk belakang. Dahlah lewat bangun. Jalan raya sesak tak ingat. Sudahnya setengah jam Minah lewat ke pejabat. Mesyuarat pagi pukul sembilan dah mula. Masak! Mahunya Pak Su bebel berkilo-kilometer!

Sampai saja bilik, Minah betulkan tudung yang masih sempat dibelit-belit. Bila kerja Minah memang bergaya sikit. Taklah orang dok mengata. Dahlah rendang, berfesyen pun tak pandai. Imej mesti jaga. Apatah lagi berdepan staf-staf perempuan Nim Holdings yang semuanya vogue tak hingat dunia!

"Tengku Min. Kenapa lambat?"

Minah sengih. Muka Faizah, setiausaha Minah dah cuak.

"Saya sembelit. Kat toilet lama sangat." Minah jawab selamba. Berkerut dahi Faizah. Ish! Bos aku ni. Ada tu yang dia jawab. Hilang selera aku pagi-pagi ni."Mesyuarat dah lama mula?" Tanya Minah.

"Almost half an hour."

Minah capai fail atas meja. Tergesa-gesa Minah atur langkah. Staf-staf beri salam ternampakkan dia. Minah balas. Tapi setakat angkat tangan. Lambai-lambai. Belok kiri. Belok kanan. Sampai juga bilik mesyuarat. Minah betulkan blouse yang dia pakai. Pintu bilik mesyuarat Minah tolak. Terdengar suara Pak Su. Nada dah serupa orang bagi ceramah!

"Saya perlukan fail kewangan tahunan setiap jabatan dari tempoh tiga tahun lepas. Letak atas meja saya. Kalau ada seratus fail pun, saya akan baca. Jangan risau. Saya ada banyak masa. Dan saya tak akan teragak-agak memecat orang yang tak tahu nak mengambil berat tugas sendiri. Tapi satu pesan saya. Mulai hari ni waktu bekerja sampai pukul enam petang paling lewat. Lepas waktu tu, saya tak nak tengok muka sesiapa pun dalam syarikat ni kecuali pengawal keselamatan dan pekerja bahagian pembersihan. Saya perlukan kualiti kerja bukannya kerja terlebih-lebih masa." Kata-kata Pak Su jelas. Serius sungguh! "Mesyuarat bersurai. Tak ada apa yang perlu digembirakan pun bila bekerja dengan saya." Tambah Pak Su begitu selamba sebelum melangkah ke pintu. Muka Minah yang tak sempat nak duduk Pak Su renung. "Jumpa dengan saya, Tengku Min. Sekarang." Arah Pak Su.

Minah ketap bibir. Aduh! Masalah! Beberapa orang staf dah tersengih tengok Minah. Sempat Minah angkat-angkat kening. Staf-staf dalam bilik mesyuarat sembunyi senyum. Dah faham sangat dengan perangai Minah.

Minah tergesa-gesa ikut Pak Su. Muka lelaki tu dah mencuka. Serupa jeruk timun Minah tengok. Hilang kacak Pak Su. Pagi-pagi dah serius. Sampai pejabat Pak Su, Minah melangkah masuk. Tutup pintu. Minah pandang saja muka Pak Su.

"Amacam? Okey tak muka serius Pak Su?" Tengku Imran tak pasal-pasal sengih. Dari serius, rupa Tengku Imran jadi ceria. Uh! Nasib baik! Berlakon aje lebih mamat ni. Mood Pak Su nampak elok. Kalau tidak, mahunya Minah kena bebel.

"Bolehlah..." Minah cebik bibir. Dia tarik kerusi. Duduk.

"Apasal lambat?"

"Apasal pulak Pak Su serius aje kat meeting tadi?"

"Minah ni... Pak Su tanya Minah, Minah tanya Pak Su balik."

"Mestilah Minah tanya. Sebab lambat Minah, ada kaitan dengan serius Pak Su tu."

"Apa kaitan pulak?"

"Sembelit."

"Huh?"

"Mood Pak Su buat Minah sembelit. Susah nak keluar tan...das." Minah saja muncungkan bibir. Biar panjang sikit harkat.

"Mengarut. Apa kena-mengena sembelit Minah dengan Pak Su?"

Minah ketawa. Tengku Imran geleng kepala. Anak sedara sorang ni. Ada saja nak menjawab. Tengku Imran duduk. Kot hitam yang dipakai dibuka. Sangkut di kerusi. Minah hulurkan fail yang dipegang pada Tengku Imran.

Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now