Part 20

443 27 0
                                    

*update 2 parts... 

Farid atur langkah sepanjang jalan tepi sawah. Budak-budak kampung berlari. Sambil tarik tali layang-layang. Riuh suara mereka bermain. Farid ukir senyum. Teringat kecil-kecil dulu. Farouk, Farid, Fauzan dan Fuad. Mereka empat beradik. Setiap kali pulang ke kampung memang meriah. Berlari tepi sawah. Terjun sungai. Lastik burung. Masuk kebun. Sampaikan arwah ibu selalu marah. Datang kulit cerah. Habis musim cuti sekolah, kulit masing-masing dah serupa orang minyak. Gelap!

Umur dah masuk angka tiga puluh dua, terasa macam banyak yang hilang. Tinggal hanya memori. Kenangan. Farid ukir senyum. Teringatkan arwah ibu saat ini. Teringatkan ikan keli goreng cili padi yang ibu selalu buat. Waktu Farid masih kecil.

"Farid suka?" Puan Kalsum senyum. Lihat Farid berselera makan. Empat orang anak, Farid yang paling gemar makan ikan keli.

"Suka." Farid angguk. Puan Kalsum senyum lebih lebar. Muka Farid direnung. Makin Farid menginjak usia, ramai yang sangka Farid bukan anak kandung dia. Farid lain dari adik-beradik yang lain. Wajah Farid. Fizikal Farid. Pernah Farid menangis pulang dari sekolah. Sangkakan dia hanya anak angkat. "Ibu, nanti masakkan Farid ikan keli lagi ya?"

Farid tersenyum. Ikan keli. Dah lama Farid tak makan. Sejak arwah ibu tak ada. Selera Farid nak sentuh ikan keli pun hilang. Tak ada yang serupa masakan ibu. Arwah ibu pun dah lama tak ada. Farid dah biasakan diri. Tekak pun dah ubah selera.

"Uik! Menung jauh nampak..."

Farid tersentak. Dia dongak. Terkejut Farid. Johan tersengih pandang dia.

"Hoi! Kau buat apa kat sini?"

"Ek eleh... kampung aku ni. Masih mahu tanya." Johan tepuk bahu Farid. Johan berdiri sebelah kawan baiknya itu.

"Aku lupalah." Farid garu kepala.

"Kau nak lupa pun agak-agaklah. Aku lahir kat sini. Kau kenal aku dari kecil pun kat sini."

"Balik cuti?"

"Sampai Isnin. Saja nak tenangkan fikiran kusut. Lagipun abah aku cakap tuan tanah kebun pisang yang abah aku sewa tu datang. Nak naikkan sewa kot." Johan sengih. "Kau?"

"Esok aku balik. Tapi tak tahu lagilah pukul berapa. Saja nak jumpa Nek Wan."

"Aku ingat kau tak nak balik kampung ni dah." Usik Johan.

"Mana boleh tak balik. Nek Wan tu emak ayah aku. Mahunya mulut Nek Wan bising tak ada sesiapa balik jenguk dia." Farid sengih. Walaupun Johan muda tiga tahun dari dia, mereka berdua senang berkau beraku. "Hari tu aku jumpa kau. Apasal kau tak cakap nak balik sini?"

"Dah tu, kau cakap dengan aku?"

"Memanglah aku tak cakap." Farid cebik bibir.

"Hah... sama ajelah tu." Johan ketawa. Farid pun ketawa sama. Kemudian, dua-dua diam. Layan perasaan. Tak tahu nak mulakan ayat baru. Farid hela nafas. Dikerling muka Johan.

"Ashikin datang semalam. Tadi baru balik." Beritahu Farid. Alang-alang Johan ada depan mata, mahunya diluahkan segala rasa hati.

"Dia nak apa?" Mencerun mata Johan. Berani sungguh perempuan tu datang. Macam tak ada buat salah!

"Minta maaf katanya. Entah iya entah tidak." Keluh Farid.

"Ashikin datang sorang?"

"Berdua. Dengan lelaki tulah."

"Amboi! Selamba aje muka. Kau tak bahasakan? Kalau aku, dah lama aku perli. Sindir. Muka tebal betul budak berdua tu." Agak meninggi suara Johan. Ketara lelaki itu terasa geram. Farid senyum sumbing. Bukan setakat sindir. Farid tambah drama dengan Minah. Muka cuka Ashikin mampu buat Farid rasa nak ketawa berdekah. "Ashikin beritahu kau dia nak kahwin?" Tanya Johan.

Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now