Part 9

472 32 0
                                    

Minah renung air kopi dalam mug. Sejak minggu lepas, selera Minah nak minum kopi bercambah. Sehari, mahunya tiga empat kali. Sampaikan mata rasa segar. Tak boleh nak tidur. Kalaulah mama tahu, mahu Minah kena bebel.

"Ada kamu jumpa Aina?"

Minah angguk. Muka papa, Minah pandang. Tengku Ihsan hela nafas. Minah diam. Nak jawab banyak Minah malas. Mesti mama beritahu papa. Kalau tak, tak akanlah papa tahu.

"Kenapa tak pujuk dia balik?"

"Papa dengan mama pun tak dapat nak pujuk. Minah apalah sangat, papa. Bukan kakak favourite dia pun." Minah juih bibir.

"Kamu tu yang tak tahu cakap elok-elok. Ada kamu senyum dengan adik kamu tu?"

Minah rasa nak menjawab pulak. Ada Aina tu anggap Minah ni kakak dia? Asyik Minah aje nak mengalah. Bila pulak Aina nak bertolak ansur dengan dia? Memanjang Minah yang kena. Tak puas hati sungguh!

"Kamu tu kakak. Kamu mestilah..."

"Mengalah." Minah tak tunggu papa habiskan ayat. "Iyalah tu. Sebab asyik mengalah hidup Minah jadi macam ni. Aina tak tahu langsung nak tunjuk hormat. Nak mengalah macam mana lagi?"

"Minah..."

"Papa..."

"Aina Aminah. Cuba dengar apa papa nak cakap. Mengalah tak semestinya bermaksud kalah. Minah mesti faham tu."

Minah capai mug. Air kopi diteguk. Tengku Ihsan pandang muka anak sulungnya. Tak kata apa Minah bangun. Mug dibawa sekali. Tengku Ihsan geleng kepala. Merajuklah tu. Mahunya seminggu dua. Minah masuk dalam bilik. Mug Minah letak atas meja. Badan dilontar atas tilam.

Minah ambil bantal. Tutup ke muka. Sekuat hati Minah jerit!

Mama selalu cakap. Manusia belajar dari kegagalan. Tapi pada Minah kalau dah gagal, susah dia nak belajar. Cuba banyak kali pun Minah mesti dah tak minat. Termasuklah hal Azli. Lelaki tu tinggalkan dia. Pilih perempuan lain. Gagal cinta dia. Minah tak nak dah dengan Azli. Kalaulah lelaki tu datang balik. Melutut, merayu. Mahunya dia terajang!

Minah ingat lagi. Hari tu dia tertinggal kunci rumah. Nak patah balik pejabat, memang Minah dah malas. Telefon mama. Jawab mama, dia ada hal. Setengah jam baru balik. Telefon papa. Telefon Akbar. Dua-dua tak ada di rumah. Minah pandang jam. Hampir pukul tiga. Minah berhenti kereta depan masjid. Kebetulan bawa telekung. Minah ambil wudhuk. Nak tunaikan solat Zohor.

Minah nampak ada rombongan pengantin. Sibuk nak mulakan akad nikah. Minah ke sudut jemaah perempuan. Tak nak ganggu majlis. Tak lengah, Minah solat sunat. Lepas tu solat Zohor. Selesai solat. Baru nak tanggal telekung, Minah dengar perkataan keramat. Nanti! Tertoleh Minah. Terjenguk-jenguk kepala. Macam tak percaya Minah. Nampak Azli berdiri tengah ruang masjid. Minah bangun tapi macam ribut Azli lari dengan pengantin perempuan.

Dengan telekung masih tersarung Minah lalu pintu satu lagi. Pengantin lelaki Minah tengok dah tak cukup tanah gamaknya mengejar. Azli masuk kereta. Dengan seorang perempuan muka cantik tak ingat! Minah dah tergamam. Tak tahu nak buat apa. Pengantin lelaki pun sama. Majlis jadi kecoh. Minah terduduk atas lantai masjid. Tak percaya sungguh dia! Azli, tunang dia. Lagi seminggu Minah nak nikah!

Hampir setengah jam Minah jadi bingung. Mamai. Digagahkan diri. Minah bangun. Buka telekung. Lipat. Minah atur langkah. Nak turun tangga masjid, Minah nampak bakal pengantin lelaki. Tersandar tepi tangga. Ada sama tiga orang lelaki. Tengah pujuk rasanya. Minah berdiri. Muka bakal pengantin Minah pandang.

Bila tiga orang lelaki tergesa-gesa masuk masjid sebab ada suara memanggil, pengantin lelaki yang entah siapa namanya bangun. Turun masjid. Berdiri kat laman. Minah pandang laman masjid berturap tar. Aduhai... tak panas ke kaki? Minah tergesa-gesa. Ambil selipar yang ada depan masjid. Minah letak depan lelaki yang memang langsung dia tak kenal!

"Pakai selipar ni encik. Panas."

Lelaki tu buat tak tahu. Muka Minah langsung dia tak pandang. Minah ketap bibir. Minah mencangkung. Minah dekatkan selipar pada kaki lelaki itu. Minah hela nafas. Entah kenapa. Minah lebih kesiankan lelaki tu berbanding diri sendiri. Minah dongak. Termangu Minah. Kelopak mata lelaki di depannya bergenang. Minah hela nafas berat. Baru nak melangkah, Minah terhenti. Lelaki tu. Minah dengar suara.

"Terima kasih, cik."

Minah toleh. Lelaki tu pakai selipar yang Minah beri. Minah pandangkan aje. Takut juga lelaki tu buat kerja gila. Tapi nasib baik. Lelaki tu pergi bawah pokok depan masjid. Duduk atas bangku kayu. Minah tak tunggu. Hal Azli buat dia nak segera pulang ke rumah. Minah masuk kereta. Pecut. Lelaki tu Minah tak pernah fikir nak jumpa.

Sampailah satu hari Minah dengar cerita kat tempat kerja. Azhan Farid, anak kedua Dato' Muhammad kena tinggal dek pengantin perempuan. Selidik punya selidik. Rupa-rupanya lelaki yang Minah jumpa kat masjid. Asalnya Minah nak minta maaf sebab Azli buat dajal. Tapi entah macam mana. Lain pula yang jadi.

Mulut laser Minah memang tak boleh kawal!


Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now