Part 5

490 33 0
                                    

Farid hempas pintu. Berpinar sekejap tadi pandangan. Bantal kusyen tu baru beli. Punyalah keras! Terasa macam buah kelapa hempap kepala! Mantap Minah punya skill. Lari pun laju boleh tahan. Nasib baiklah makcik kain batik entah apa nama bersungguh-sungguh minta maaf.

Farid geleng kepala. Anak buat silap. Kenapa maknya pula nampak serba-salah? Mesti Minah ni dah selalu buat perangai. Tapi kenapa? Memang gila agaknya perempuan nama Minah tu. Ikutkan hati, sakit. Mahunya dikejar Minah sampai dapat. Nak kena cium gamaknya. Baru terdiam mulut laser perempuan sengal tu!

Farid lontar badan atas tilam. Kau pun dah kenapa Farid? Nak jadi sewel macam perempuan tu juga? Minah memanglah nampak senget sejak kau jumpa dia. Tak betul-betul, mahunya kau berjangkit. Bukan setakat senget. Mahu-mahunya tumbang terus!

Farid tersengih. Kepala digaru-garu. Baru perasan rambutnya agak panjang. Dah tutup telinga. Rambut depan pun dah sampai dahi. Nak cecah kening. Kecewa punya pasal. Diri pun tak terurus. Tunggul jambang dah mula tumbuh. Terasa kasar kulit muka. Aduhai... apalah nak jadi.

Farid pejam mata. Tidur lagi bagus. Perempuan nama Minah, suh...suh! Pergi jauh-jauh! Berambus!

******

Minah lipat lengan baju. Puan Aza dah cekak pinggang. Berdiri macam askar. Berkerut-kerut dahi. Guna aje isyarat mata. Minah kecut tengok mama punya penangan. Mahunya tak. Mama membebel sejak balik tadi. Minah dah cukup sedia. Nak mengadap hukuman mama.

"Yaaaaaa!!!" Puan Aza jerit sekuat hati. Shinai yang mama pegang, mama angkat tinggi. Minah tak berganjak. Kalau tepat, mahunya shinai jamah kulit kepala. Mama sejak belajar kendo, bukan main berlagak nak tunjuk skill. Minah pejam mata. Entah kenapa saat genting macam ni tak semena-mena muka Farid muncul depan dia!

"Wait!!"Minah angkat dua-dua tangan. Terhenti Puan Aza. Aik! Takut? "Wait...wait..." Minah tarik nafas. Apahal pulak ni? Muka mamat tu. Eh! Kenapa muka dia pulak?

"Kamu ni dah kenapa? Nak main-mainkan mama lagi ke?"

Minah geleng kepala. Dia jadi bingung kejap. Tak jawab soalan mama, Minah tergesa-gesa melangkah. Mama menjerit panggil dia tapi Minah buat tak peduli. Minah terus masuk bilik. Tutup pintu. Terduduk Minah atas lantai. Tengku Aina Aminah binti Tengku Ihsan. Kau ni apahal?!

Minah pandang tingkap bilik. Aishh!! Tak boleh jadi ni. Kau ingat mamat tu kenapa? Dia sajalah tempat kau boleh lepaskan geram. Marah-marah. Sakitkan hati! Minah bangun. Dia duduk di birai katil. Dah dua bulan Minah tahu pasal Farid. Hari lelaki tu ditinggalkan. Tapi baru minggu lepas Minah berani nak berdepan dengan Farid.

Tunggu punya tunggu, Farid tak keluar dari banglo. Mustahil Minah nak tekan lecong pintu. Nampak sangat dia cari lelaki tu. Masuk hari ketiga, Minah nampak Farid. Berdiri di laman depan banglo. Tak peduli orang nampak ke tidak, Minah panjat tembok. Terjenguk-jenguk kepala. Lelaki tu taklah buat perangai pelik-pelik. Siram pokok bunga. Cabut rumput di laman.

Esoknya, Minah datang lagi. Geram sungguh dia tengok lelaki tu. Boleh pulak dilayannya kucing yang datang dari mana tah. Siap bagi nama pulak tu. Comey. Dah tak ada nama lain kot nak bagi. Mengiau-ngiau kucing yang Farid pegang. Macamlah kucing tu faham.

Akhirnya Minah hilang sabar. Pada Minah, Farid tu lembik! Tak ada ciri-ciri lelaki sejati langsung! Kalau Minah laser pun paling kurang Farid laser balik. Tapi nyata Minah silap. Air kopi kat muka jadi saksi. Farid tu berani. Lebih berani dari sangkaan dia. Dan hari ni, terang-terangan Farid panggil dia bongok, bangang depan mama.

Hui..hui..hui...! Bad boy style! Minah memang lemah jiwa jumpa lelaki macam tu. Minah tak peduli! Dah alang-alang sakitkan hati baru dapat jumpa, dia sanggup! Biarlah Farid nak kata apa pun!



Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now