Part 14

493 38 0
                                    

Priiiittttt!!!!! Prittttt!! Priiiiiittttttt!!

Tu dia! Terkejut Minah. Bunyi wisel buat Minah terbeliak biji mata. Laju Minah lompat turun dari katil. Berlari ke dapur dan capai sepasang selipar. Depan pintu bilik air. Minah bergegas semula ke bilik. Tingkap bilik Minah buka. Menyerbu angin memenuhi ruang.

Hampeh! Sejuk! Serupa angin waktu Subuh!

"Oi! Memekak! Orang nak tidurlah!"

Serentak jeritan suara garau Minah dek kerana baru tersedar, Minah layangkan selipar. Arah padang terletak begitu hampir dengan rumah. Bukan sebelah tapi dua-dua selipar Minah baling. Pada sekumpulan budak lelaki. Sibuk main bola sepak. Rasakan! Segera tingkap bilik Minah tutup. Puas hati aku. Minah tarik selimut. Selubung. Tapi tiba-tiba Minah termangu.

Eh! Kat mana aku ni? Bukannya bilik aku. Bergegas Minah bangun. Pandang keliling bilik. Masya Allah! Homestay! Apahal aku baling selipar? Bukannya kampung aku pun... Minah garu kepala. Baru teringat. Minah tertidur sebab penat sangat memandu tadi.

"Assalamualaikum!"

Sudah! Dahlah datang tempat orang. Mesti Minah kena tuduh saja tunjuk lagak.

"Assalamualaikum penghuni homestay. Ada orang ke tidak ni?"

Malas Minah turun dari katil. "Ish... aku tak sengajalah. Ingat rumah aku tadi." Bebel Minah geram. Segera Minah sarung tudung. "Waalaikumussalam." Jawab Minah. Selak pintu depan Minah buka. Terkuak daun pintu.

"Oi cik Minah. Selipar kau ke ni?"

Minah tersentak. Depan mata Minah. Farid berdiri. Sambil pegang selipar Tat Seng. Farid senyum kelat renung muka Minah. Mak oi! Aku mimpi ke apa ni? Minah gosok mata tak percaya. Apa dibuatnya kat sini? Ikut aku ke apa? Dunia ni bukannya kecik. Kat sini juga nak terjumpa!

"Bukan." Laju Minah jawab. Gila nak mengaku selipar tu dia punya.

"Hai Minah. Tak akan selipar ni jatuh dari langit pulak." Farid senyum sindir.

"Yalah kot."

"Yalah kot..." Sinis, Farid ajuk ayat Minah. "Bangang sungguh jawapan. Tak pergi sekolah ke apa?" Sindir Farid selamba.

Ewah! Ewah! Laser sungguh mulut Encik Azhan Farid. Tak ada insurans ke? "Amboi! Tak sayang mulut nampak...," Sengaja Minah beliakkan mata. "Kalaulah dah jawapan aku tu bangang, yang kau ni bangang jugak nak bertanya selipar tu datang dari mana kenapa?" Soal Minah tak mahu mengalah.

"Eh! Perempuan ni...," Geram, Farid campak selipar atas tangga batu depan Minah. "Sekali lagi selipar ni melayang kat padang tu, aku tak teragak-agak buat sup. Beri cik Minah makan. Ingat tu." Ugut Farid keras sebelum berlalu.

"Eiii...." Minah turun tangga. Sarung sandal. Minah ikut Farid. Geram betul Minah. Malaysia ni nak kata kecik tak juga. Banyak tempat boleh pergi. Sini juga Farid muncul. "Eh! Kau buat apa kat sini?" Minah langkah lebih laju. Dapat Minah halang langkah kaki Farid.

"Tempat ni tak ada cop nama kau pun. Suka hati akulah. Kau apa susah?"

Minah renung Farid.

"Marah?" Farid sengih. Farid tahu Minah makin menyampah tengok dia. Hal mocha cappucino. Belum sempat Minah nak jawab, terdengar suara orang. Terjerit-jerit panggil Farid.

"Abang Farid!" Seorang budak lelaki remaja lambai-lambai tangan. Sambil berlari.

"Apahal kau ni Paku?"

Minah cerun mata. Paku? Dah tak ada nama lain ke?

"Abang Farid, Poyo hilang. Dah tiga jam."

"Laaa... pergi mana pulak?"

Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now